wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EJAAN YANG BETUL- SET 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Stesen televisyen swasta itu telah menyiarkan filem-filem ___________ Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee untuk mengingati pemergiannya.

a)

legenda

b)

lagenda

c)

lejenda

2.

Pemakaian _______ yang berlainan warna telah menjadi ikutan muda-mudi pada masa sekarang.

a)

Stoking

b)

stoking

c)

setokin

d)

stokin

3.

Pihak pengurusan pasar raya itu memperkenalkan tiket _________ untuk memudahkan pengunjung meletakkan kenderaan di premis tersebut.

a)

pra-bayar

b)

Prabayar

c)

prabayar

4.

Salmi tetap berpegang pada adat dan budaya ______ walaupun berada di luar negara lebih daripada tujuh tahun.

a)

Timur

b)

timor

c)

timur

5.

Hubungan _____________ yang terjalin erat membolehkan negara Malaysia dikenali seantero dunia.

a)

antara bangsa

b)

antarabangsa

c)

antara-bangsa

6.

Pada setiap tahun, kerajaan memperuntukkan jutaan ringgit untuk membiayai pusat-pusat serenti dan menjalankan kempen ____________.

a)

antidadah

b)

anti dadah

c)

anti-Dadah

7.

Pertandingan menulis __________ sewajarnya diperbanyak demi meningkatkan kemahiran menulis bahan ilmiah

a)

esei

b)

essei

c)

essey

8.

Rakyat Malaysia turut berbangga dengan pencapaian ________ kurang upaya dalam beberapa acara yang dipertandingkan pada peringkat antarabangsa.

a)

atlit

b)

atlet

c)

atlete

9.

Penerokaan angkasa lepas merupakan bidang baharu yang perlu _____________ oleh generasi muda agar kemajuan negara kita setanding dengan negara-negara lain.

a)

dicebori

b)

diceburi

c)

dicebur

10.

Pertandingan mewarna yang disertai oleh pelajar _________ itu dapat meningkatkan kemahiran seni lukis.

a)

prasekolah

b)

pra-sekolah

11.

Remaja hendaklah mengelakkan diri daripada melepak di _____________________ kerana perbuatan sedemikian tidak mendatangkan sebarang faedah.

a)

kompleks beli belah

b)

kompleks membeli belah

c)

kompleks beli-belah

d)

komplek beli-belah

12.

Matlamat kerajaan _____________ kemiskinan tidak akan berjaya tanpa adanya kerjasama antara semua pihak.

a)

membasmi

b)

membasmikan

13.

Pencapaian ____________ pelajar-pelajar sekolah itu amat mengagumkan

a)

akedemik

b)

akademik

14.

Pihak polis telah menemui pemilik ______________ antarabangsa yang hilang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

a)

passport

b)

pasport

c)

paspot

15.

Pelantikan Perdana Menteri ke-8 telah mendapat perkenan daripada Yang ______________.

a)

di Pertuan Agong

b)

di-Pertuan Agong

c)

di-Pertuan Agung

16.

Penjual barangan kosmetik itu __________ golongan wanita sebagai pelanggan mereka.

a)

menyasarkan

b)

mensasarkan

c)

menyasari

17.

Kerajaan bercadang untuk menguatkuasakan undang-undang yang tegas kepada pengguna _________ yang gagal mematuhi peraturan lalu lintas.

a)

jalan raya

b)

jalanraya

18.

Setiap rakyat Malaysia hendaklah fasih bertutur dalam bahasa Melayu untuk menunjukkan kecintaan mereka terhadap bahasa ___________ negara.

a)

resmi

b)

rasmi

c)

rasam

19.

Matlamat sekolah mengadakan program _____________ adalah untuk meningkatkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar.

a)

gotong-royong

b)

gotong royong

c)

gotongroyong

20.

Upacara pelantikan pengawas sekolah bagi _______ 2020 akan dirasmikan oleh Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka.

a)

sesi

b)

sessi