wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SET 4 BM PT3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Minyak masak yang sudah lama tidak digunakan akan mengeluarkan bau yang ______

a)

hapak

b)

busuk

c)

tengik

d)

pedar

2.

Pasangan pengantin diraja itu duduk di atas ______ sebaik sahaja selesai diarak oleh oleh pasukan kompang istana.

a)

paterana

b)

mahligai

c)

singgahsana

d)

takhta

3.

Normala dikatakan ______ disebabkan perangainya yang tidak menentu dan sukar diramalkan.

a)

ringan kepala

b)

kepala angin

c)

keras kepala

d)

kepala batu

4.

Janny lebih rela bersuamikan nelayan yang berhati mulia _______ lelaki kaya yang bermata keranjang.

a)

kecuali

b)

kerana

c)

pada

d)

daripada

5.

Kerja-kerja membaiki jambatan yang runtuh itu diketuai oleh seorang ______ perunding dari sebuah syarikat kontraktor.

a)

jurutera

b)

jurubatu

c)

jurumudi

d)

jurureka

6.

Pihak sekolah terpaksa ______ jumlah kemasukan pelajar baru kerana menghadapi masalah kekurangan bilik darjah.

a)

mengehadkan

b)

menghadkan

c)

mengehad

d)

menghad

7.

______ Yasmin tidak termakan gulai yang pedas itu, ______ adiknya, Yusmin.

a)

Baik ... ataupun

b)

Bukan sahaja ... walaupun demikian

c)

Bukan sahaja ... bahkan juga

d)

sedangkan ... apatah lagi

8.

Kanak-kanak mangsa culik itu kelihatan ______ ketika menceritakan kejadian yang dialaminya kepada anggota polis.

a)

terkapah-kapah

b)

terkatah-katah

c)

terkapai-kapai

d)

terkapa-kapa

9.

Kudin tidak cemerlang dalam pelajaran ______ kegemarannya menghabiskan masa dengan menghadap permainan komputer.

a)

maka

b)

oleh sebab

c)

adalah

d)

ialah

10.

Kaedah ______ tanah yang terbiar di kampung itu pasti akan dapat mendatangkan pelbagai faedah kepada penduduk sekitar.

a)

baik pulih

b)

terima pakai

c)

tebus guna

d)

kitar semula

11.

Mayat bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai ______ di sungai oleh sekumpulan pemuda yang sedang memancing ikan.

a)

terkial-kial

b)

terkapai-kapai

c)

teroleng-oleng

d)

terlambai-lambai

12.

Beliau sanggup ______ jawatannya itu kepada orang lain jika ada pihak yang tidak menyukainya lagi.

a)

memberikan

b)

memindahkan

c)

melepaskan

d)

menggugurkan

13.

Para pedagang yang berlabuh di Melaka menggunakan _____ untuk berkomunikasi antara datu sama lain.

a)

bahasa Melayu

b)

Bahasa Melayu

c)

Bahasa melayu

d)

bahasa melayu

14.

Dia amat gemar ______ laksa Johor yang dibuat oleh ibunya.

a)

kepada

b)

akan

c)

tentang

d)

terhadap

15.

Ibu memasak nasi ______ untuk adik kerana dia bleum tumbuh gigi.

a)

halus

b)

lembut

c)

empuk

d)

lembik

16.

Kakak meletakkan ______ agar pintu bilinya tidak tertutup apabila ditiup angin.

a)

pemukul

b)

pengandar

c)

penyandar

d)

penyendal

17.

Kedengaran ombak menderu dan ______ bunyi riaknya di tepi pantai.

a)

menderau

b)

menderu

c)

mendesau

d)

mendesing

18.

“Jangan ______ apabila berhadapan dengan pasukan yang lebih handal,” pesan jurulatih itu kepada para pemain.

a)

cuak

b)

ngeri

c)

culas

d)

seram

19.

______ tingkap rumah Pak Ali terpaksa ditukar kerana telah reput dimakan anai-anai.

a)

jejari

b)

kekisi

c)

tetupai

d)

kekuda

20.

Keong menggunakan beberapa ______ kain untuk membuat layar kapalnya.

a)

helai

b)

keping

c)

kajang

d)

lembar