wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAB 3 TINGKATAN 4

Total questions: 50

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Kebangkitan Tok Janggut di Kelantan merupakan rentetan daripada cetusan kebangkitan masyarakat Islam sedunia terhadap penjajah Barat yang menakluki negara Islam.

Apakah isu yang diperjuangkan oleh beliau?

I Eksploitasi ekonomi oleh penjajah

II Pengenalan cukai

III Mempertahankan agama Islam

IV Pengenalan undang-undang Tanah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Perang Dunia Pertama tercetus di Eropah bermula pada tahun 1914 sehingga tahun 1918. Mengapakah Amerika Syarikat turut terlibat dalam perang tersebut?

a)

Menguji senjata

b)

Permintaan Britain

c)

Mempertahankan Serbia

d)

Menyekat ideologi Komunis

3.

Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara-negara di Eropah?

a)

Keperluan bahan mentah meningkat

b)

Kerjasama antara etnik diperkukuhkan

c)

Pakatan tentera dibentuk

d)

Sistem pemerintahan Beraja tamat

4.

Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914.

Apakah faktor yang menyebabkan perang tersebut ?

a)

Perancis bersekutu dengan Rusia

b)

Wilayah Jerman diceroboh

c)

Bakal raja Austria dibunuh

d)

Pearl Harbour diserang

5.

5. Perang Dunia Kedua tercetus pada tahun 1939 apabila Jerman menyerang Poland.

Apakah faktor yang mencetuskan perang tersebut?

I Pembunuhan Franz Ferdinand di Sarajevo

II Perkembangan kuasa imperialis baharu

III Kegagalan Perjanjian Versailles

IV Kemelesetan ekonomi dunia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Petikan berikut berkaitan dengan Perang dunia Kedua.


"Pada 1 September 1939, Hitler ( Jerman ) mara ke sempadan Poland . Dua hari kemudiannya, setelah mendesak agar Hitler berundur, Britain dan Perancis menyertai perang."

Sumber : B.H Liddell Hart History of the Second


Apakah alasan Britain dan Perancis menyertai perang tersebut ?

a)

Menguji kekuatan tentera

b)

Mempertahankan keselamatan

c)

Merampas kembali wilayah

d)

Menyekat pengaruh komunis

7.

Perjanjian Versailles merupakan perjanjian yang paling komprehensif, di mana sebahagian kuasa besar telah bersetuju untuk menghukum Jerman dan negara lain yang tewas dalam Perang Dunia 1. Antara syarat dan terma yang utama ialah :

1. Penyerahan kesemua tanah jajahan atau koloni Jerman sebagaimana yang dimandatkan oleh Liga Bangsa ( League of nations ):

2. Wilayah Alsace – Lorrine dipulangkan kepada Perancis.

3. Penyerahan Eupen Malmedy kepada Belgium. Memel kepada Lithuania, daerah Hultschin kepada Czechoslovakia.

4. Poznania, iaitu sebahagian Prussia Timur dan Upper Selesia diserah kepada Poland.

5. Danzig dijadikan bandar yang bebas

6. Plebiscites ( sejenis pungutan suara ) diadakan di sebelah utara Schleswig untuk menyelesaikan isu sempadan Denmark – Jerman.

7. Jerman membayar hutang perang sebanyak £6.600 juta.

Dipetik dan diubahsuai daripada : Wikipedia


Mengapakah Jerman dihukum sedemikian rupa?

a)

Mengaut hasil negara lain

b)

Dituduh memulakan peperangan

c)

Melakukan penghapusan etnik

d)

Menyebarkan fahaman komunis

8.

Apakah tindak balas Jerman terhadap syarat Perjanjian Versailles yang telah ditandatangani?

a)

Menutup pintu sempadan

b)

Berdamai dengan negara jiran

c)

Memperkuat sistem pertahanan

d)

Melaksanakan sistem demokrasi

9.

Tokoh berikut adalah pemimpin Jerman yang dituduh mengingkari Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919.

Apakah bukti tuduhan tersebut?

a)

Memperbesar angkatan tentera

b)

Menakluki wilayah Itali

c)

Menyertai Kuasa Bersekutu

d)

Mengamalkan pemerintahan diktator

10.

Peristiwa berikut berlaku semasa Perang Dunia Kedua.


Tarikh

6 dan 8 Ogos 1945

Peristiwa

Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki


Mengapakah Amerika Syarikat mengambil tindakan demikian?

a)

Menguji kekuatan senjata

b)

Mengingkari Perjanjian Versailles

c)

Mengelakkan perang berpanjangan

d)

Mengatasi masalah kemelesetan ekonomi

11.

Bagaimanakah Perang Dunia Kedua (1939 – 1945) bermula di Eropah?

a)

Rusia memasuki Berlin

b)

Jerman menyerang Poland

c)

Itali menceroboh Perancis

d)

Austria mengancam Serbia

12.

Rajah di atas merujuk kepada pakatan ketenteraan negara di Eropah yang wujud pada akhir abad ke-19.


Apakah implikasi pembentukan pakatan tersebut?

a)

Perebutan bahan mentah

b)

Peningkatan ekonomi dunia

c)

Permulaan persaingan kuasa

d)

Pembentukan perpaduan sejagat

13.

Apakah masalah yang dihadapi oleh negara bekas tanah jajahan Barat selepas Perang Dunia Kedua?


I Membangunkan sektor ekonomi

II Mewujudkan perpaduan kaum

III Membentuk sempadan negara

IV Menghapuskan warisan penjajah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Jadual di atas menunjukkan perbelanjaan dalam Perang Dunia Pertama.


Antara berikut yang manakah kesan ekonomi kepada negara yang menganggotai pakatan tersebut?


I Kadar inflasi meningkat

II Beban hutang bertambah

III Penganugerahan bertambah

IV Nilai mata wang meningkat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Apakah faktor pembubaran Liga Bangsa?

a)

Kemelesetan ekonomi dunia

b)

Perluasan pengaruh komunis

c)

Kegagalan menghalang peperangan

d)

Pengisytiharan kemerdekaan kebanyakan negara

16.

Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara-negara di Asia Tenggara?

a)

Kuasa raja dipulihkan

b)

Kerajaan republik dibentuk

c)

Semangat kebangsaan meningkat

d)

Wujud pelbagai aliran politik

17.

Jepun muncul sebagai kuasa imperialis baharu di bawah pemerintahan ?

a)

Boestamam

b)

Maharaja kanaki

c)

Maharaja mikado meiji

d)

Maharaja chulan

18.

Mengapakah Austria-Hungary mengisytiharkan perang terhadap Serbia?

a)

Dituduh menghasut rakyat Austria berketurunan Serb

b)

Dituduh memberikan bantuan kewangan dan senjata kepada puak Serb

c)

Dituduh menceroboh wilayah kekuasaan Austria

d)

Dituduh menimbulkan kekacauan

19.

‘Deklarasi 14 perkara Woodrow Wilson’


Apakah Prinsip utama deklarasi ini?


I Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri

II Sempadan negara berasaskan bangsa

III Menjanjikan kebebasan dan kedaulatan kepada semua

IV Menamatkan segala pentuk imperialisme Barat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Setelah meguasai Eropah Barat, Jerman melancarkan serangan Barbarossa untuk menawan Rusia. Mengapakah Rusia menjadi sasaran Jerman?

a)

Untuk menguasai kekayaan sumber minyak Rusia

b)

Untuk menghapuskan faahaman komunisme

c)

Untuk menjayakan cita-citanya menguasai seluruh Eropah

d)

Untuk menguasai jalan perdagangan darat ke China

21.

Operasi D-Day merujuk kepada pendaratan tentera Bersekutu di Pantai Normandy, Perancis.


Apakah kepentingan kajayaan operasi tersebut?

a)

Menandakan penglibatan Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Kedua

b)

Menjadi titik tolak kepada kejayaan kuasa Bersekutu menewaskan tentera Jerman

c)

Membawa kepada penglibatan Perancis dalam Perang Dunia Kedua

d)

Tentera Jerman di Perancis menyerah diri kepada tentera Bersekutu

22.

Dasar perluasan kuasa Jepun terhadap Korea, Manchuria dan China mempengaruhi USA, Britain dan Belanda yang mengenakan sekatan ekonomi terhadapnya.


Apakah tujuan sekatan ekonomi ini dikenakan?

a)

Menghalang hubungan perdagangan antara Jepun dengan negara Eropah

b)

Menghalang Jepun mendapatkan bahan mentah bagi keperluan industri dan peperangan

c)

Menghalang Jepun daripada memasarkan barangannya di pasaran dunia

d)

Memaksa Jepun menamatkan dasar pemodenan dan perindustriannya

23.

Mengapakah Tanah Melayu menjadi sasaran awal dasar perluasan kuasa Jepun terhadap Asia Tenggara?


I Tanah Melayu merupakan tanah jajahan British

II Mendapat sokongan dan bantuan darpada orang tempatan

III Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah

IV Kedudukan Tanah Melayu yang strategik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Apakah tujuan Jepun mewujudkan KAO KUNRENJO di Tanah Melayu

a)

Mengatasi masalah kekurangan pegawai kerajaan

b)

Melatih tentera sukarela

c)

Menyokong cita-cita politik Jepun

d)

Memberi peluang kenaikan pangkat kepada pemimpin tempatan

25.

Bagaimana tentera Jepun mengatasi masalah kemelesetan ekonomi dan kadar inflasi yang tinggi

a)

Memperkenalkan sistem ekonomi kawalan

b)

Mengimport makanan dan barangan dari Jepun

c)

Mencetak wang kertas sendiri

d)

Memperkenalkan kad catuan makanan

26.

GERAKAN FI-SABILILLAH

PASUKAN TENTERA SELEMPANG MERAH


Yang manakah berkaitan dengan pertubuhan di atas?

a)

Mempertahankan hak dan maruah orang Melayu

b)

Membangkitkan kesedaran nasionalisme orang Melayu

c)

Menghalau Jepun dari Tanah Melayu

d)

Menuntut kemerdekaan daripada penjajah

27.

Matlamat pembentukan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ialah...

a)

Menyatupadukan penduduk tanah Melayu dengan Indonesia

b)

Mencapai kemerdekaan bersama-sama Indonesia

c)

Menentang kehadiran semula penjajah Barat

d)

Menyertai gerakan bawah tanah menentang Jepun

28.

Apakah sumbangan MPAJA dan Force 136 di Tanah Melayu

a)

Menentang tentera Jepun

b)

Membanteras pengaruh komunis

c)

Menjalankan pemerintahan ketenteraan

d)

Memastikan keselamatan rakyat tempatan

29.

Perang Dunia Pertama berlaku kerana faktor berikut kecuali

a)

Krisis rantau Balkan

b)

Persaingan kuasa imperialis

c)

Kegagalan Liga Bangsa

d)

Pakatan ketenteraan

30.

Perang Dunia Kedua di Eropah tercetus akibat faktor berikut kecuali

a)

Kemunculan ideologi seperti Nazisme

b)

Jerman tidakpuas hati dengan Perjanjian Versailles

c)

kegagalan Liga Bangsa

d)

perluasan kuasa Jepun

31.

Selepas peperangan diisytiharkan Jerman memulakan serangan Blitzkrieg bagi menakluki negara di Eropah Barat.


Apakah maksud istilah ini ?

a)

serangan udara

b)

serangan kilat

c)

serangan besar-besaran

d)

perang terhadap Poland

32.

Perang Dunia Kedua di Eropah berakhir dengan kejayaan Kuasa Bersekutu.


Faktor utama kejayaan Kuasa bersekutu ialah kerana ...

a)

kerjasama kuasa besar dan strategi balas yang berkesan

b)

kelemahan Liga Bangsa

c)

Operasi Barbarossa

d)

Kelemahan strategi Blitzkrieg

33.

Apakah maksud operasi yang diberikan nama kod "D-day"?

a)

kejayaan tentera bersekutu mendarat di Normandy Perancis

b)

kegagalan Jerman menawan Rusia

c)

serangan kilat Jerman ke atas Rusia

d)

kerjasama Tentera Bersekutu

34.

Siapakah Perdana Menteri Jepun yang mengheret Jepun ke Perang Dunia Kedua

a)

Jeneral Yamashita

b)

Jeneral Hideki Tojo

c)

Jeneral Shogun

d)

Jeneral Hirohito

35.

Apakah maksud istilah" Orde baharu"

a)

Pakatan tiga negara

b)

Rancangan Jepun untuk mengyingkirkan kuasa Barat di Asia

c)

Sekatan ekonomi

d)

Dasar luar Jepun

36.

Apakah tujuan Amerika dan Britain mengenakan sekatan ekonomi keatas Jepun ?

a)

menghalang Jepun daripada memperoleh bahan mentah

b)

menghalau Jepun dari Tanah Melayu

c)

menghalang Jepun bekerjasama dengan Jerman

d)

membantu pemodenan Jepun

37.

Jepun mula menduduki Tanah Melayu pada 8 Disember 1941.


Bandar manakah yang mula-mula diduduki oleh tentera Jepun?

a)

Jitra

b)

Singgora

c)

Alor Star

d)

Kota Bharu

38.

Kemaraan tentera Jepun untuk menakluki Tanah Melayu mulai 8 Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942 melalui utara Semenanjung Tanah Melayu.


Mengapakah Jepun memilih laluan berkenaan?

a)

Mendapat sokongan Siam

b)

Jalan raya di pantai timur dan barat sangat sesuai

c)

Penduduk di utara Tanah Melayu menyebelahi Jepun

d)

Mengelak pertahanan British yang kuat di sebellah selatan

39.

Kempeitai merupakan pasukan polis tentera Jepun yang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan pentadbiran Jepun.


Tugas kempeitai ialah...

a)

Menyebarkan propaganda Jepun

b)

Melancarkan serangan ke Tanah Melayu

c)

Menjalankan dasar penjepunan di Tanah Melayu

d)

Menjalankan pengintipan terhadap sesiapa yang didapati bersalah

40.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menimbulkan kesan positif kepada penduduk di Tanah Melayu.

Antaranya ialah...


I Kedudukan penduduk Tanah Melayu lebih terjamin

II Kebangkitan semangat nasionalisme

III Penduduk Tanah Melayu yakin dan percaya kebolehan diri

IV Penduduk Tanah Melayu berani berperang dengan British

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

41.

Mengapakah nilai mata wang Jepun iaitu wang pokok pisang sangat rendah?

a)

Penggunaannya terhad

b)

Dicetak tanpa kawalan

c)

Bersaing dengan mata wang lain

d)

Penggunaan sistem tukaran barang masih meluas

42.

Semasa pendudukan Jepun, institusi raja dikekalkan.

Mengapakah Jepun berbuat demikian?

a)

Membalas bantuan yang diberikan

b)

Untuk mendapatkan sokongan orang melayu

c)

Menghormati amalan tradisional orang melayu

d)

Menganggap kedudukan sultan setaraf dengan maharaja Jepun

43.

Menjelang tahun 1945, tentera Bersekutu mendesak Jepun untuk menyerah diri tetapi mereka enggan.


Apakah tindak balas tentera Bersekutu terhadap Jepun?

a)

Memulaukan barangan

b)

Menyekat bekalan makanan

c)

Menggugurkan bom atom

d)

Mengepung pengkalan tentera

44.

“Asia untuk orang Asia”


Penggunaan slogan di atas oleh Jepun sebagai propaganda kepada penduduk Tanah Melayu bertujuan untuk...

a)

Meluaskan kuasa

b)

Menyatukan wilayah

c)

Menyebarkan ideologi

d)

Menamatkan penjajah asing

45.

Kaum cina diberi layanan kasar oleh Jepun di Tanah Melayu kerana...

a)

Suka membantah arahan Jepun

b)

Bersaing dengan Jepun dalam perniagaan

c)

Peristiwa Perang China-Jepun

d)

Bekerjasama dengan India dalam menentang Jepun

46.

Gerakan anti Jepun adalah gerakan menentang pendudukan Jepun secara gerila


Antara berikut, gerakan manakah yang tidak terlibat dalam gerakan anti Jepun?

a)

Force 136

b)

Gerila Kinabalu

c)

Askar Melayu Setia

d)

Kesatuan Melayu Muda

47.

Siapakah Rejimen Askar Melayu yang berjuang menentang Jepun di Pasir Panjang?

a)

Leftenan Adnan Saidi

b)

Yeop Mahidin Mohamed Syariff

c)

Koperal Yaakob Bidin

d)

Leftenan Ibrahim Alla Ditta MC

48.

Force 136 telah menjalankan kerjasama dengan pertubuhan gerila melayu untuk menentang Jepun melalui cara berikut KECUALI...

a)

Menyebarkan propaganda

b)

Membekalkan senjata

c)

Melakukan sabotaj

d)

Melancarkan Operasi Zipper

49.

Mengapakah Pemberontakan Jesselton yang menentang pendudukan Jepun di Sabah mengalami kegagalan?

a)

Pemimpinnya menyerah diri

b)

Tidak mendapat kerjasama penduduk

c)

Kekurangan senjata

d)

Strategi tentera Jepun yang berkesan

50.

Beliau memulakan gerakan penentangan terhadap Jepun dengan cara menyebarkan risalah dan propaganda menggunakan gelaran ‘Lion of Malaya’. Baliau juga berjaya mendalangi sabotaj terhadap landasan kereta api yang menjejaskan pengangkutan tentera Jepun.


Beliau ialah...

a)

Sybil Kathigasu

b)

Tengku Mahmood Mahyiddeen

c)

Albert Kwok

d)

Gurchan Singh