NEW
Font size
WorksheetsKuiz 11_Kata Adjektif
Total questions: 20
Worksheet time: 13mins
Datuk Halim mengasah sabit kelapa sawit itu sehingga ________________.
tajam
kasar
kesat
tumpul
________________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kota Tinggi itu.
Indah
Kelam
Suram
Sayup
Julia berasa _________________ apabila ternampak seekor ulat di dalam seulas buah durian yang diambilnya itu.
geli
haru
kelam
gundah
Baju Ching Tia sudah ______________kerana kerap dipakainya.
Uzur
lusuh
layu
kelam
Takashi berjoging dan menanam pokok bunga pada waktu __________________.
sesak
tegang
sunyi
senggang
Masakan itu amat ________________kerana dimasak dengan cili yang terlalu banyak.
kelat
pahit
pedas
payau
Madam Ling berasa ________________ kerana menerima hadiah daripada anak-anaknya bersempena dengan Hari Ibu.
Cemas
terharu
terkejut
kecewa
Pengawas itu sering membawa buku _______________ di dalam poket bajunya.
kecil
besar
tebal
panjang
Telur ayam ini berbentuk ___________________ .
kuboid
bulat
buncit
bujur
Bibir wanita itu sungguh __________________ .
jingga
ungu
merah
kuning
Kaki Cik Reen sakit kerana sering memakai kasut tumit _____________________ .
rendah
dekat
jauh
tinggi
Rumah yang _______________ itu kepunyaan seorang lelaki tua yang tidak diketahui asal-usulnya.
lama
usang
roboh
busuk
Bola ragbi berbentuk __________________ .
lekuk
leper
bulat
lonjong
Encik Rahman ________________ terhadap kecuaian keraninya.
marah
suka
rindu
ragu
Pokok rambutan di dusun datuk berbuah __________________.
penuh
besar
harum
lebat
Pokok langsat yang ditanam oleh ayah Raju itu berbuah _________________.
lebat
penuh
ketat
padat
Perahu nelayan itu telah dihanyutkan oleh arus _________________.
laju
deras
kencang
pantas
Biskut coklat yang dibeli oleh Xiang Ling sungguh enak dan ________________.
rangup
lemau
rapuh
hangit
Pada hujung minggu, Deswiin menonton televisyen hingga _________________ malam.
hari
larut
gelap
nampak
"Tidak perlu _____________ dengan ayah di kampung kerana emak kamu menjaga ayah dengan baik," kata Pak Rody kepada anak-anaknya.
gembira
risau
sedih
takut
