Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANTI NAMA DIRI

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan Kata Ganti Nama Diri Pertama

a)

Saya

b)

Beta

c)

Kami

d)

Hamba

2.

Yang manakah merupakan Kata Ganti Nama Kedua?

a)

Dia

b)

Tuanku

c)

Kalian

d)

Tuan hamba

3.

Berikut merupakan Kata Ganti Nama Diri Ketiga KECUALI

a)

Pak Abu

b)

Beliau

c)

Mereka

d)

Patik

4.

"__________ akan mencemar duli untuk melihat keadaan rakyat yang dilanda wabak penyakit," kata Bendahara Tun Perak kepada Temenggong Ali.

a)

Beta

b)

Baginda

c)

Patik

d)

Beliau

5.

"Cikgu Rashidah menyuruh __________ menghantar borang senarai semak UPSR dengan segera," kata Musyidah kepada kawan-kawannya.

a)

saya

b)

kamu

c)

kita

d)

kalian

6.

Beberapa orang murid terlibat dalam pertandingan kawad kaki. _______ berlatih bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan pasukan.

a)

Mereka

b)

Dia

c)

Kalian

d)

Kami

7.

Sekarang sedang berlangsung siaran Perutusan Khas Perdana Menteri. _________ akan menerangkan tentang tatacara kerajaan menangani wabak COVID 19.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Baginda

d)

Mereka

8.

“Ibu, duit _______ hilang,“ kata Umair kepada ibunya.

a)

kita

b)

kami

c)

saya

d)

mereka

9.

Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.

a)

Dia

b)

Kita

c)

Kami

d)

Mereka

10.

“Jika _______ ada masalah sila jumpa saya,” kata Cikgu Sarah kepada saya.

a)

mereka

b)

kamu

c)

kami

d)

dia

11.

Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.

a)

Dia

b)

Nya

c)

Kamu

d)

Saya

12.

Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.

a)

dia

b)

nya

c)

beliau

d)

beta

13.

Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh,” kata cikgu.

a)

dia

b)

kita

c)

kamu

d)

mereka

14.

Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul.

a)

mereka

b)

awak

c)

saya

d)

kami

15.

“Boleh _______ tumpang bertanya?” kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.

a)

kamu

b)

awak

c)

kami

d)

saya

16.

“Ampun _______ tuanku,” sembah Hang Tuah kepada raja.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

baginda

17.

“Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya,” kata Ani kepada kawan-kawannya.

a)

dia

b)

awak

c)

beliau

d)

kalian

18.

Azira seorang murid yang pintar. ____ belajar di kelas 3 DLP.

a)

Hamba

b)

Patik

c)

Dia

d)

Saya

19.

“ _____ akan menurut perintah, tuanku,” kata Hang Tuah kepada sultan.

a)

Hamba

b)

Beta

c)

Baginda

d)

Patik

20.

Ramli dan Fikri tinggal di asrama. ____________akan pulang ke rumah pada cuti hujung minggu.

a)

Mereka

b)

Dia

c)

Kami

d)

Kita