wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PPI BM 456 PEMAHAMAN 2

Total questions: 17

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.
Encik Muhamad tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana ________ sedang dirawat di hospital.
a)
dia
b)
kalian
c)
beliau 
d)
mereka
2.
“________ telah mengarahkan laksamana dan hulubalang untuk menghapuskan lanun durjana di perairan Selat Melaka,” kata Bendahara kepada baginda Sultan.
a)
Beta
b)
Hamba
c)
Tuanku
d)
Patik
3.
Perusahaan ________ songket secara tradisional masih diusahakan oleh golongan wanita  terutamanya di Terengganu.
a)
menekat
b)
menenun
c)
menyulam
d)
menganyam
4.
Jamal ________ otak untuk mencari dan mengisi jawapan yang betul pada ruangan teka silang kata itu.
a)
memerah
b)
mengilap
c)
menerjah
d)
mencanai
5.
Pasukan bola baling Sekolah Kebangsaan Kota Setia gigih menjalani latihan. ________, mereka  menjuarai pertandingan itu.
a)
Setelah itu
b)
Kalau begitu
c)
Oleh itu
d)
Namun demikian
6.
Klinik Kesihatan Seberang Perak ________ kempen membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes dalam kalangan penduduk di taman itu.
a)
terhebat
b)
kehebatan
c)
memperhebat
d)
memperhebatkan
7.
Rahmat belajar dengan ________ supaya dia boleh memperoleh kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini.
a)
tekun
b)
rajin
c)
bernas
d)
kuat
8.
Suara Kartini ________ sungguh sehingga mengganggu adiknya yang sedang tidur lena.
a)
lunak
b)
garau
c)
manja
d)
nyaring
9.
Sebuah khemah yang dipasang di ________ padang sekolah itu adalah untuk pegawai sukan yang bertugas.
a)
atas
b)
bawah
c)
tengah
d)
belakang
10.
Para pelancong dapat melihat cahaya ________ yang hinggap pada pokok berembang pada waktu malam.
a)
bari-bari
b)
obor-obor
c)
sibur-sibur
d)
kunang-kunang
11.
Mak Intan menyusun beberapa ________ lidi yang sudah siap beraut sebelum diserahkan kepada pelanggannya. 
a)
bilah
b)
berkas
c)
batang
d)
tongkol
12.
“Jagalah ________ kamu apabila bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kamu,” pesan Puan Hamisah kepada anak gadisnya.
a)
tutur kata
b)
tutur nista
c)
tutur bicara
d)
tutur bahasa
13.
“Lemang dan rendang ayam yang dihidangkan oleh ibu ini enak sungguh,” kata adik kepada kakak.
a)
Adik dan kakak sedang menikmati lemang dan rendang ayam masakan ibu yang sungguh enak
b)
Adik memberitahu kakak tentang keenakan lemang dan rendang ayam yang telah disajikan oleh ibu
c)
Adik diberitahu tentang keenakan lemang dan rendang ayam yang dimasak oleh ibu dan kakak mereka
d)
Adik dan kakak diberitahu tentang kepandaian ibu membuat lemang dan rendang ayam yang sangat enak
14.

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

Soalan-soalan dalam peperiksaan bulanan sangat mudah.

a)

senang

b)

murah

c)

sukar

d)

susah

15.

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

Anak bongsu Puan Su belajar di SJKC Man Wah.

a)

muda

b)

besar

c)

sulung

d)

kecil

16.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi.

Apakah acara yang terakhir sempena Minggu Kemerdekaan?

a)

Acara tersebut ialah pertandingan mewarna bagi murid-murid tahap satu.

b)

Terdapat pelbagai acara sempena Minggu Kemerdekaan.

c)

Minggu Kemerdekaan akan dirasmikan oleh guru besar.

d)

Tujuan Minggu Kemerdekaan diadakan adalah untuk menyemai semangat

patriotik di kalangan murid.

17.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi.

Apakah yang dilakukan oleh Kamaruddin?

a)

Datuk memanggil Kamaruddin untuk mencabut uban pada rambutnya.

b)

Kamaruddin sedang mencabut uban pada rambut datuknya di anjung rumah.

c)

Kamaruddin akan diberikan upah kerana telah mencabut uban datuknya.

d)

Rambut datuk Kamaruddin sudah banyak yang berwarna putih.