WorksheetsSEJARAH BAB PART 2
Total questions: 20
Worksheet time: 8mins
Gambar berikut menujukkan lukisan yang terdapat di Gua Chauvet, Perancis . Apakah yang dapat dibuktikan oleh masyarakat Zaman Prasejarah dengan lukisan pada dinding gua tersebut?
Mengamalkan upacara ritual.
Mempunyai kemahiran melukis.
Menjalankan aktiviti memburu binatang.
Melaksanakan urusan perniagaan.
Gambar berikut menunjukkan Catal Huyuk, Turki.
Kawasan tersebut telah didiami oleh manusnia Zaman Prasejarah antara 7100-600 SM.
Apakah aktiviti utama manusia pada ketika itu?
Perikanan
Pertanian
Pelayaran
Pertukangan
Gambar berikut menunjukkan Stonehenge di Britain yang dibina antara 3700 hingga 1600 SM.
Apakah yang boleh dikaitkan dengan binaan tersebut?
Kawasan perkuburan dan kawasan perumahan.
Kawasan perkuburan dan tempat mengadakan upacara ritual.
Kawasan perumahan dan tempat mengkaji bintang.
Tempat mengkaji bintang dan tempat mengadakan upacara ritual.
Maklumat berikut menerangkan lokasi X pada Zaman Prasejarah.
X - wujud antara 18000 hingga 11000 SM
- Ditemui rangka manusia yang dikenal sebagai Peking Man.
Apakah X?
Stonehenge, Britain
Bhimbetka, India
Zhoukoudian, China
Shahr-iSokhta, Iran
Peta berikut menunjukkan lokasi Zaman Prasejarah di Thailand antara 3600 hingga 500 SM.
Lokasi tersebut menunjukkan manusia yang hidup pada Zaman
Paleolitik & Mesolitik
Paleolitik & Logam
Mesolitik & Neolitik
Neolitik & Logam
Lenggong, Perak merupakan antara tapak Zaman Prasejarah yang terpenting di rantau Asia.
Apakah penemuan penting yang dapat membuktikan manusia Zaman Prasejarah di negara kita?
Penemuan Perak Man
Penemuan Peking Man
Penemuan cop mohor
Perjumpaan batu bersurat
Maklumat berikut berkaitan dengan tapak prasejarah di Sa Hyun, Vietnam.
- Tapak Zaman Logam yang paling menonjol di Asia Tenggara.
- Berusia antara 1000SM hingga 200 M.
Apakah aktiviti utama yang dijalankan oleh manusia di lokasi tersebut?
Menenun kain.
Membuat tembikar.
Mengutip hasil hutan.
Menjalankan perniagaan.
Pada Zaman Neolitik, manusia mulai tinggal secara menetap .
Tumpuan petempatan mereka terletak di kawasan?
pedalaman & dataran tinggi.
pedalaman & pesisiran pantai.
dataran tinggi & lembah sungai.
lembah sungai & pesisiran pantai.
Mengapakah aktiviti mengumpul makanan semakin berkurangan pada Zaman Neolitik?
Aktiviti pertanian dijalankan.
Perkongsian makanan berlaku
Bahan makanan semakin kurang.
Perpindahan manusia ke tempat lain.
Apakah kesan apabila manusia mula bercucuk tanam dan menternak binatang?
Bermula pengkhususan kerja dan perkongsian makanan.
Bermula pengkhususan kerja dan perdagangan tukar barang.
Berlaku perkongsian makanan dan kehidupan secara nomad.
Bermula kehidupan secara nomad dan perdagangan tukar barang.
Apakah tujuan manusia Zaman Neolitik melakukan upacara ritual?
Menghargai jasa.
Membentuk perpaduan.
Mewujudkan perdamaian.
Menunjukkan kebanggaan.
Manusia Zaman Neolitik menguruskan mayat dengan teliti dan mengebumikan mayat dengan sempurna.
Mengapakah mereka berbuat demikian?
Kepercayaan animisme.
Kehidupan mereka bahagia.
Kepercayaan kehidupan selepas mati.
Kesayangan mereka kepada si mati.
Peraltan yang dihasilkan oleh manusia Zaman Logam lebih mementingkan
saiz
kualiti
bentuk
nilai estetika
Apakah faktor yang membolehkan aktiviti pertanian dijalankan secara besar-besaran?
Tanah luas & Modal kecil.
Tanah luas dan peralatan moden.
Modal kecil & buruh murah.
Buruh murah & peralatan moden.
Berikut menunjukkan Zaman Prasejarah yang pernah dialami oleh masyarakat di Asia Tenggara.
Zaman Paleolitik ---> X ----> Zaman Neolitik
Apakah Zaman X?
Logam
Moden
Hoabinhian
Prapaleolitik
Antara berikut, yang manakah tapak Zaman Neolitik di Malaysia?
Gua Madai, Sabah & Gua Kecil, Pahang
Gua Mada, Sabah & Bukit Tegun Lembu, Perlis
Gua Kecil, Pahang & Lubang Angin, Sarawak
Lubang Angin, Sarawak & Bukit Tegun Lembu, Perlis
Gambar berikut menunjukkan peralatan yang ditemukan di Kota Tampan, Perak.
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan penemuan peralatan tersebut?
Manusia telah mengenali logam.
Kemahiran manusia Zaman Neolitik.
Manusia menjalankan aktiviti pertanian.
Kewujudan Zaman Paleolitik di negara ini.
Penemuan berikut dapat membuktikan kewujudan Zaman Prasejarah di negara kita.
Lukisan gua dan ukiran batu
Apakah kepentingan penemuan tersebut?
Melambangkan kemahiran manusia.
Menandakan kemunculan sistem tulisan.
Menggambarkan kehidupan harian manusia.
Membuktikan kewujudan pengkhususan pekerjaan.
Apakah bahan yang digunakan oleh manusia Zaman Prasejarah untuk membuat lukisan pada dinding gua?
Cat & Pisau
Cat & Oker merah
Pisau & Arang
Arang dan Oker Merah
Masyarakat Zaman Prasejarah mengamalkan budaya megalit.
Amalan tersebut adalah berkaitan dengan
pertanian
perburuan
kesenian
kepercayaan
