WorksheetsKata Ganda
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Puan Tong memasukkan _______ kaca itu ke dalam balang kaca yang baru dibelinya.
bebuli
lelabah
kekuda
rerama
Abel tidak dapat makan makanan yang keras kerana _____ sakit.
gegendang
lelangit
kekisi
bebuli
Kita perlu membersihkan tempat takungan air untuk menghindari _________ daripada membiak.
pepatung
lelabah
pepijat
jejentik
Encik Stewart memasang ____________ pada tingkap rumahnya.
kekisi
jejari
kekuda
tetupai
Datuk Azman melayan ________ yang datang ke rumahnya dengan tangan terbuka.
lelaki
tetamu
kekuda
pepatung
Abang menggunakan __________ untuk membuat sudut tegak.
kekisi
sesiku
rerambut
bebenang
Orang ramai __________ membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak di Stadium Nasional Bukit Jalil.
berebut-rebut
berjuntai-juntai
bertindih-tindih
bertindan-tindih
Beberapa ekor __________ ditemui merangkak-rangkak di kebun Pak Mat.
jejentik
rerama
kekura
bebiri
Fatimah menyusun __________ lama yang berselerakan di dalam bilik itu.
obor-obor
mata-mata
masak-masak
majalah-majalah
Emak sedang mengupas __________ itu untuk dijadikan bahan masakannya.
bebawang
dedaun
bebenang
dedalu
Jalan raya yang menghubungkan Merapoh dengan Gua Musang __________.
liang-liuk
herot-benyot
huyung-hayang
bengkang-bengkok
__________ bunga kertas itu dipangkas oleh tukang kebun supaya kelihatan kemas dan rimbun.
Deduri
Bebunga
Bebatang
Reranting
Puteri Laila memakai sepasang __________ berlian yang cantik.
kisi-kisi
siku-siku
mata-mata
anting-anting
Sara menangis __________ kerana abangnya tidak membelikan aiskrim kegemarannya.
terlintang-pukang
terlompat-lompat
terguling-guling
teresak-esak
__________ kering yang gugur bertimbun di bawah pokok mangga itu telah dibakar oleh ayah.
Dedaun
Rerumput
Lelalang
Beburung
