wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN ISLAM SPM

Total questions: 15

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Menyembelih binatang tertentu kerana menyambut kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kepaa Allah S.W.T.

a)

Qurban

b)

Aqiqah

c)

Sembelihan

2.

Denda yang dikenakan kepada orang yang melakukan

kesalahan semasa mengerjakan haji atau umrah kerana

meninggalkan perkara wajib haji dan umrah atau melakukan perkara yang dilarang semasa ihram haji atau umrah.

a)

Kifarah

b)

Qazaf

c)

Dam

d)

Ihram

3.

Denda yang dibayar mengikut susunan dan boleh ditukar

mengikut nilaian harga dam.

a)

Dam Takhyir dan Taqdir

b)

Dam Tertib dan Takdil

c)

Dam Takhyir dan Takdil

4.

Sempadan masa bagi jemaah haji bagi memulakan niat ihram bermula dari bulan Syawal hingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah.

a)

Miqat Makani

b)

Miqat Imani

c)

Miqat Zamani

5.

Pertambahan akibat penangguhan bayaran.

a)

Riba al-Nasiah

b)

Riba al-Fadl

c)

Riba al-Hakimie

6.

Tawaf rukun yang wajib ditunaikan oleh mereka yang mengerjakan haji sekiranya ditinggalkan atau tertinggal menyebabkan ibadat haji tidak sah.

a)

Tawaf Qudum

b)

Tawaf Wadak

c)

Tawaf Ifadah

d)

Tawaf Sunat

7.

Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami.

a)

Iddah

b)

Hadhanah

c)

Khuluk

8.

Pembatalan ikatan perkahwinan melalui kuasa Qadhi yang dipohon oleh isteri atau dengan sebab-sebab yang

diharuskan oleh syara’

a)

Iddah

b)

Fasakh

c)

Ijab perkahwinan

d)

Lian

9.

Mas kahwin atau pemberian wajib daripada suami kepada isteri samaada berbentuk wang, atau sesuatu yang bernilai.

a)

Fasakh

b)

Iddah

c)

Ijab

d)

Mahar

10.

Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak.

a)

Qazaf

b)

Nusyuz

c)

Poligami

d)

Zihar

11.

Merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak /cerai/yang mengandungi makna keduanya.

a)

Nusyuz

b)

Qazaf

c)

Talak

d)

Iddah

12.

Berikut adalah syarat sah korban

a)

Binatang yang dikorbankan cukup umur

b)

Dilakukan sebelum solat hari raya aidiladha

c)

Mestilah binatang al-an'am

d)

menggunakan alat yang tajam

13.

Berikut ialah hikmah ibadat Qurban KECUALI

a)

Mengagungkan syiar Islam yang merupakan tanda takwa bagi mendekatkan diri kpd Allah

b)

Menghayati semangat pengorbanan agung yang telah dilakukan oleh nabi Ibrahim a.s

c)

Bagi memeriahkan lagi perayaan bersama sahabat handai dan sanak saudara terdekat

d)

Tanda bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat supaya rezeki sentiasa diberkati.

14.

En.Zulhilmi tdak melakukan saie ketika menunaikan ibadat haji. pilih pernyataan yang betul

a)

Ibadat haji En.Zulhilmi tetap sah dan hanya perlu membayar dam

b)

Ibadat haji En.Zulhilmi tidak sah dan perlu membayar dam

c)

Ibadat haji En.Zulhilmi tidak sah dan perlu melakukannya pada tahun berikutnya

d)

Ibadat haji En.Zulhilmi Sah kerana Saie bukan rukun

15.

Puan Shalnizatika melakukan sembelihan seekor ayam pada hari raya pertama Aidilfitri. pilih pernyataan yang betul.

a)

Sembelihan tidak sah kerana hanya lelaki boleh melakukan sembelihan

b)

Sembelihan sah kerana dilakukan pada awal bulan syawal

c)

Sembelihan sah kerana penyembelihan tidak merujuk kepada lelaki sahaja

d)

Sembelihan tersebut tidak sah kerana bukan dalam bulan Zulhijjah