wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS KSSM T4 BAB 1-4

Total questions: 30

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Antara peralatan perlindungan berikut, yang manakah dapat menapis udara melalui sistem HEPA filter?

a)

topeng

b)

kebuk wasap

c)

kabinet aliran laminar

d)

kabinet keselamatan bilogi

2.

Antara pemadam kebakaran berikut, yang manakah sesuai untuk memadam api yang berpunca daripada peralatan elektrik?

a)

Pemadam kebakaran jenis air

b)

Pemadam kebakaran jenis karbon dioksida

c)

Pemadam kebakaran jenis buih

d)

Pemadam kebakaran jenis serbuk kering

3.

Sekolah anda didatangi oleh pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri untuk menjalankan audit ke atas alat pemadam kebakaran. Berikut ialah perkara yang diperiksa kecuali

a)

tarikh luput pemadam kebakaran

b)

jenis pemadam kebakaran

c)

bilangan pemadam kebakaran

d)

pembekal pemadam kebakaran

4.

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya bahagian badan seseorang terbakar?

a)

Guna air untuk memadam api

b)

sembur dengan buih

c)

Selimutkan dengan selimut kebakaran

d)

Guna pasir untuk memadamkan api

5.

Peralatan perlindungan diri yang berikut digunakan di makmal sekolah kecuali

a)

Kot makmal

b)

Topeng muka

c)

Topi keselamatan

d)

Sarung tangan getah

6.

Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri bahan yang boleh dibuang ke dalam singki?

a)

Bahan yang reaktif

b)

Mempunyai nilai pH 6

c)

Mempunyai nilai pH 10

d)

Sebatian pelarut organik

7.

Bagaimanakah anda membuka laluan saluran pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri?

a)

Dongakkan kepala dan tolakkan dagu ke atas

b)

Dongakan kepala dan tujahkan rahang

c)

Tolakkan dagu ke atas

d)

Angkatkan rahang

8.

Berapa lamakah untuk memeriksa sama ada mangsa yang tidak sedarkan diri bernafas secara normal?

a)

Tidak lebih daripada 10 saat

b)

Kira-kira 10 saat

c)

Tepat 10 saat

d)

Lebih daripada 10 saat

9.

Anda menghadapi seorang dewasa yang tidak sedarkan dan tidak bernafas,apakah yang perlu anda lakukan terlebih dahulu?

a)

Mulakan CPR dengan 30 mampatan dada

b)

Berikan lima kali bantuan pernafasan awal

c)

Berikan dua kali bantuan pernafasan awal

d)

Hubungi 999 meminta meminta defibrilator luaran automatik dan ambulans

10.

Mengapakah CPR penting?

a)

Ia menyediakan bekalan darah dan oksigen yang kecil ke otak dan organ penting

b)

Ia menghalang aorta daripada runtuh

c)

Ia mengekalkan degupan jantung

d)

Ia menghalang serangan jantung

11.

Apakah posisi yang sesuai untuk melakukan Heimlich Manouevre ke atas mangsa yang tercekik?

a)

Bersandar di dinding

b)

Duduk di atas kerusi

c)

Berbaring di atas lantai

d)

Berdiri tegak

12.

Mengapakah termometer klinik perlu digoncang sebelum digunakan?

a)

Untuk menghilangkan haba

b)

Untuk menghilangkan kotoran

c)

Untuk membersihkan termometer

d)

Untuk mengembalikan merkuri kepada kedudukan asalnya

13.

Antara yang berikut, yang manakah tekanan darah normal?

a)

140/100 mmHg

b)

130/90 mmHg

c)

120/80 mmHg

d)

90/50 mmHg

14.

Pada bahagian badan manakah denyutan nadi biasanya diukur?

a)

Pergelangan tangan

b)

Tapak tangan

c)

Kepala

d)

Pipi

15.

Jika BMI anda ialah 18.0 kg m-2, apakah status BMI anda?

a)

kurang berat

b)

normal

c)

berat berlebihan

d)

Obes

16.

Mengapakah suhu badan manusia meningkatkan melebihi 370C semasa demam?

a)

Suhu optimum bagi badan manusia

b)

Mencegah pertumbuhan patogen

c)

Meningkatkan kadar peredaran darah

d)

Mengurangkan risiko kecederaan

17.

Berapakah suhu badan normal manusia?

a)

35.90 C

b)

36.90 C

c)

38.90 C

d)

39.90 C

18.

Termometer manakah yang sesuai digunakan untuk menyukat suhu bayi yang berumur 2 bulan?

a)

Termometer klinik

b)

Termometer rektal

c)

Termometer makmal

d)

Termometer inframerah

19.

Rajah menunjukkan sejenis termometer.

Termometer jenis ini paling sesuai mengesan suhu bahagian manakah pada tubuh?

a)

Dahi

b)

Pipi

c)

Mulut

d)

Leher

20.

Apakah faktor yang mempengaruhi kadar denyutan nadi manusia?

a)

Merokok

b)

Kesakitan

c)

jantina

d)

Ubat-ubatan

21.

Apakah penyakit yang sering dikaitkan dengan hipertensi?

a)

Pening-pening

b)

Muntah-muntah

c)

Stroke

d)

Kerap pengsan

22.

Antara berikut, yang manakah bukan cara untuk menurunkan jisim badan ?

a)

Memantau jisim badan seminggu sekali

b)

Merubah cara pemakanan dan penyediaan makanan

c)

Mengambil makanan yang tinggi gula dan kolesterol

d)

Melakukan senaman 3 kali seminggu

23.

Antara berikut yang manakah kesan jisim badan berlebihan?

a)

Diabetes melitus

b)

Rabun Malam

c)

Anoreksia nervosa

d)

Riket

24.

Antara kenderaan berikut, yang manakah bukan kenderaan hijau?

a)

kereta solar

b)

kereta elektronik

c)

kapal terbang

d)

kereta api elektrik

25.

Antara yang berikut , yang manakah isu sosiosaintifik dalam sektor tenaga?

a)

Kesan pembakaran bahan api fosil

b)

Kumbahan , sisa kimia dan sampah sarap

c)

Penerokaan hutan

d)

Pembakaran terbuka

26.

Antara gas rumah hijau yang berikut, yang manakah merupakan gas utama dalam jejak kaki karbon?

a)

Ozon

b)

Metana

c)

Nitrus oksida

d)

Karbon dioksida

27.

Antara berikut manakah contoh yang betul untuk menerangkan 'Pemulihan" dalam dalam konsep 5R ?

a)

Menukar tayar terpakai kepada pasu bunga

b)

Menukar sisa makanan kepada baja kompos

c)

Mengasingkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula

d)

Hanya membeli barang yang benar-benar diperlukan sahaja

28.

Apakah aktiviti yang boleh mengurangkan jejak kaki karbon?

a)

Penanaman semula pokok menambahkan spesis flora dunia

b)

Penanaman semula pokok mengurangkan pencemaran alam sekitar

c)

Penanaman semula pokok mengurangkan pembukaan tanah baharu

d)

Penanaman semula pokok menambah bilangan pokok yang menyerap gas karbon dioksida

29.

Apakah kelebihan pengasingan sisa pepejal isi rumah dalam pengurusan sisa?

a)

Memudahkan proses kitar semula

b)

Memudahkan pereputan sisa pepejal

c)

Mengurangkan ruang dalam lori sampah

d)

Memudahkan bahan sisa digunakan semula

30.

Antara yang berikut ,yang manakah kesan daripada amalan kecekapan tenaga?

a)

Meningkatkan kos sara hidup

b)

Pertambahan penggunaan tenaga yang digunakan setiap tahun

c)

Menjejaskan ekonomi negara

d)

Peningkatan dalam penjimatan sumber tenaga