NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu (Kata Penguat)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Haiwan yang ___________ besar di darat ialah gajah.
betul
benar
sekali
paling
Antara batu permata itu, berlian yang ___________mahal.
paling
sekali
benar
betul
Rasa kopi yang dibancuh oleh Ros _________ manis.
nian
agak
betul
benar
Arumugam merupakan penjaga gol pasukan negara yang __________ handal.
paling
sekali
betul
nian
Cerita yang dikarang oleh Maniam itu _________ menarik.
amat
betul
benar
sekali
Rasa buah durian tembaga itu _________ sedap.
betul
benar
sekali
sangat
Sang Kancil merupakan haiwan yang __________ pintar.
paling
sekali
betul
nian
________ cantik pemandangan yang kamu lukis ini, puji Halim kepada Zainal.
Sungguh
Sekali
Betul
Nian
Suhu di dalam bilik hotel ________ sejuk sehingga saya menggigil.
terlalu
sekali
betul
nian
Haiwan yang besar ___________ di air ialah ikan paus.
agak
paling
sekali
terlalu
Pintar __________Sang Monyet kerana berjaya menipu Sang Harimau yang garang itu.
sungguh
terlalu
paling
agak
Puding jagung yang dibuat oleh kakak lembik ___________.
agak
betul
paling
terlalu
Air sungai itu jernih __________ sehingga kelihatan ikan-ikan di dalamnya.
amat
agak
paling
terlalu
Pilih penggunaan kata penguat yang betul.
Bodoh nian kamu jika cepat mempercayai kata-kata jurujual itu.
Sungguh kurang sopan perangai kamu.
Betul kurus kamu sekarang.
Lembut nian kek yang dibuat oleh Mazni itu.
Pilih penggunaan kata penguat yang betul.
Gulai lemak kepala ikan yang emak masak enak betul.
Soalan-soalan ujian Bahasa Melayu kali ini susah paling.
Datuk dan nenek paling gembira apabila cucunya pulang ke kampung.
Kebun datuk kelihatan nian hebat di kampung itu.
Pilih penggunaan kata penguat yang betul.
Awal terlalu kalian sampai pagi ini, kata Encik Ali kepada anak buahnya.
Mengapakah nian lambat awak ke sini? tanya Encik Tan kepada Swee Meng.
Siti paling cantik di mata para peminatnya, jelas seorang peminat kepada seorang wartawan hiburan.
Sarifah berbaju amat tercantik pada pagi ini, kata rakan-rakannya.
Pilih ayat-ayat yang yang betul.
I Cuaca pada hari ini panas betul.
II Samad sekali kurang minat untuk belajar.
III Pemandangan di Pulau Kapas amat indah
IV Sally kelihatan sungguh manis apabila berbaju kurung.
I dan II
III dan IV
I, II dan III
I, III dan IV
Pilih ayat-ayat yang yang betul.
I Ruang bilik ini sangat sempit.
II Cantik nian puteri-puteri di dalam istana itu.
III Tukang masak itu handal paling memasak makanan
barat.
IV Kawan-kawan Ramli sering mengganggunya kerana
sikapnya yang lembut terlalu.
I dan II
III dan IV
I, II dan III
I, III dan IV
Pilih ayat-ayat yang yang betul.
I Betul cantik tulisan kamu.
II Ibu jatuh sakit kerana sangat sedih setelah kematian
ayah.
III Saya berasa senang sungguh apabila awak dapat
membantu saya.
IV Pertumbuhan ekonomi negara meningkat ke tahap
yang paling tinggi.
I dan II
II dan III
I, III dan IV
II, III dan IV
Pilih ayat-ayat yang yang betul.
I Persembahan penyanyi itu hebat sekali.
II Makanan yang dimasak oleh ibu amat sedap sekali.
III Kura-kura amat gembira apabila berjaya mengalahkan arnab.
IV Dia berasa teramat gembira sekali setelah menjuarai pertandingan itu.
I dan II
III dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
