wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu (Peribahasa)

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.
dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan 
a)
air dicencang tiada putus 
b)
seperti anjing dengan kucing 
c)
seperti kacang melupakan kulit 
d)
bagai isi dengan kuku 
2.
Jelaskan maksud peribahasa, "Bagai buluh ditarik songsang"?
a)
Seseorang yang mendapat harta pusaka yang banyak, tidak tahu menggunakan harta itu.
b)
Orang yang mendapat sesuatu barang yang disukai akan bersifat tamak dan tidak akan memberikan barang itu kepada orang lain.
c)
Orang yang tidak mahu mengikut perubahan masa, pada hal keadaan di sekelilingnya telah berubah.
d)
Menunjukkan kesukaran mempengaruhi seseorang atau sesuatu kumpulan mengikut seperti yang dikehendaki.
3.
Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut?
a)
Malas berdayung, perahu hanyut.
b)
Biduk lalu, kiambang bertaut.
c)
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
d)
Seperti mencurah air ke daun keladi.
4.
Berikan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut:-
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
a)
Ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
b)
Burung terbang dipipiskan lada
c)
 Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
d)
Rusa masih di hutan, kancah sudah dijerang
5.
Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut:-
a)
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
b)
Bagaimana tepuk, begitulah tarinya
c)
Kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai yang tak rata
d)
Bagaimana contoh begitulah gubahannya
6.
Jelaskan maksud peribahasa  berikut:-
Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
a)
Makin kaya (berilmu) makin sombong
b)
Orang besar atau mulia tidak akan hilang atau jatuh martabatnya.apabila merendah diri
c)
Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
d)
Orang yang jahat, jika bergaul dengan orang yang baik-baik tidak akan berubah tabiatnya.
7.
Nyatakan jenis peribahasa bagi peribahasa berikut:-
"Seperti pungguk rindukan bulan"
a)
Bidalan
b)
Pepatah
c)
Simpulan bahasa
d)
Perumpamaan
8.
Antara peribahasa berikut yang manakah tergolong dalam peribahasa jenis Bidalan?
a)
 Bersatu teguh bercerai roboh
b)
Busuk macam bangkai
c)
 Sudah terhantuk baru tengadah
d)
Rambut sama hitam, hati lain-lain 
9.
tidak pernah bercerai, sangat cocok 
a)
bagai aur dengan tebing 
b)
bagai dakwat dengan kertas
c)
seperti anjing dengan kucing 
d)
seperti pahat dengan penukul 
10.
pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan
a)
ringan mulut 
b)
kata putus 
c)
diam-diam ubi 
d)
jaga mulut
11.
Nyatakan jenis peribahasa bagi peribahasa berikut:-
"Belum duduk, sudah belunjur".
a)
Simpulan Bahasa
b)
Pepatah
c)
Bidalan
d)
Perumpamaan
12.
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut:
"Kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin"
a)
Seperti kera mendapat bunga.
b)
Bagai duri dalam daging.
c)
Bagai kumbang putus tali
d)
Seperti abu di atas tunggul
13.
Berikan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut:-
" Cacing kepanasan"
a)
Cacing naik ke mata
b)
Cacing gila
c)
Bagai cacing kena air panas
d)
Cacing Kerawit
14.

Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


Membuka pekung di dada

a)

Menepuk air didulang terpercik ke muka sendiri

b)

Sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi

c)

Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit

d)

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

15.

Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

a)

carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua

b)

banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

c)

burung terbang dipipiskan lada

d)

seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit

16.

Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

a)

lain dulang lain kakinya

b)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

c)

habis madu, sepah dibuang

d)

tiada rotan akar pun berguna

17.

Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


burung terbang dipipiskan lada

a)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

b)

menahan lukah di pergentingan

c)

lembu dogol jangan dibalun

d)

seperti cincin terlekat dijari

18.

Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.


Penduduk kampung Seronok sentiasa menghadapi susah dan senang bersama-sama ibarat kata peribahasa ___________________

a)

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

b)

ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk

c)

ulat lupa akan daun

d)

bagai dakwat dengan kertas

19.

Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.


Walaupun Tan Sri Aliff kaya dan berpengaruh dalam masyarakat, namun beliau tetap merendah diri dan sering bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat bak kata peribahasa____________________

a)

ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

lain dulang lain kakinya

d)

tanduk bersendi gading

20.

Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.


Sikap Marissa yang melupakan jasa ibu angkatnya tidak ubah seperti______________kerana dia sanggup melupakan ibu angkatnya apabila bertemu semula dengan ibu kandungnya.

a)

ulat lupa akan daun

b)

abu di atas tunggul

c)

cincin terlekat dijari

d)

gunting dalam lipatan