NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu 02/1 PT3 Set 2 - Disediakan Ckg. Jimrny
Total questions: 34
Worksheet time: 21mins
Semut- semut_______air kopi yang tumpah di atas meja itu.
mendatangi
mengerumuni
mendekati
menghurungi
Banyak orang mengatakan bahawa bencana alam yang berlaku ketika ini berpunca ............kerakusan manusia memanipulasi sumber alam.
dari
daripada
pada
oleh
Puncak gunung itu .............kerana diliputi kabus yang kelihatan tebal.
berkepul-kepul
berpintal - pintal
berbalam - balam
bergumpal - gumpal
Saya sungguh........kerana tidak sempat berjumpa dengan
kawan lama saya di majlis itu.
terharu
terkilan
terasa
tersinggung
Pak Abu mencantas________pisang di kebunnya.
pelepah
ranting
batang
dahsn
Peragawati itu sedang ................. pakaian tradisional yang diperbuat daripada songket.
mempamerkan
menunjukkan
memperagakan
mempersembahkan
Kenyataan yang dikeluarkannya .............. dengan pendapat yang diputuskan dalam mesyuarat itu.
bercanggah
berubah
bertelagah
bersaing
Kerani itu telah menampal surat daripada Jabatan Kastam pada papan kenyataan untuk perhatian kakitangan jabatan itu.
daripada
pada
untuk
tiada kesalahan
Selepas kemangkatan ayahanda baginda, putera raja itu telah dilantik menjadi sultan bagi menggantikan Almarhum sultan.
kemangkatan
dilantik
Almarhum
tiada kesalahan
Bila kedua-dua orang pelajar perempuan itu saling mencerca keburukan masing-masing maka terjadilah pergaduhan.
Bila
saling mencerca
masing-masing
Tiada kesalahan
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih bahulu termasuklah telur putih, majerin, gula dan tepung gandum.
Bahan-bahan
Kuih bahulu
telur putih
Tiada kesalahan
Emak menyuruh adik memperkemas ruang tamu kerana barang permainannya yang bersepah.
memperkemas
barang
bersepah
Tiada kesalahan
Penduduk kampung telah memberikan beberapa buah pandangan semasa sesi dialog dengan Pegawai Daerah baharu.
memberikan
buah
dengan
Tiada kesalahan
Haji Uzir mempersetujui untuk membiayai perusahaan ternakan ayam menantunya dengan meminjam wang daripada bank.
mempersetujui
membiayai
memimjam
tiada kesalahan
I. Oleh sebab hujan turun dengan lebatnya pagi tadi, kedatangan pelajar ke sekolah adalah dingin sekali.
II. Sambutan perayaan Hari Kebangsaan pada tahun ini agak dingin jika dibandingkan dengan tahun lalu.
III. Dalam kegelapan malam itu, dia meraba raba mencari selimut untuk melindungi dirinya daripada dingin.
IV Sejak peristiwa itu, Halim bersikap dingin terhadap tunangnya
I dan II sahaja
II dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
I. Apabila ayah sampai di rumah, dia terus menjulang adik di atas bahunya.
II. Api dari rumah yang terbakar itu menjulang sehingga jelas kelihatan dari rumah saya.
III. Rakyat akan menjulang tinggi pemimpin yang bersih dan amanah dalam menjalankan tugasnya.
IV. Gadis itu menjulang kepalanya di tingkap untuk melihat ibunya pulang dari kerja.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I,II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
I. Pihak anggota keselamatan telah berjaya mengesan kedudukan musuh yang diburu.
II. Kebanyakan pelajar berazam untuk mencapai kedudukan yang lebih baik dalam pelajaran.
III. Nenek mengalami sakit pinggang akibat jatuh kedudukan semasa hendak ke tandas kerana lantai licin.
IV. Tempat kedudukan Siti di dalam kelas telah diubah oleh guru.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II, dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Adnan mempunyai banyak pilihan untuk memperoleh tempat di institusi pengajian tinggi.
mempunyai banyak pilihan dalam
banyak mempunyai pilihan untuk
mempunyai pilihan yang banyak dalam
mempunyai banyak pili han untuk
Basikal yang rosak itu telah ayah perbaiki.
ayah telah baiki
telah diperbaiki oleh ayah
telah dibaiki oleh ayah
telah ayah perbaiki
Pameran aeroangkasa itu ialah yang terbesar sekali di antara pameran yang pernah diadakan dirantau ini.
adalah yang terbesar antara
ialah yang terbesar di antara
adalah yang terbesar sekali antara
ialah yang terbesar sekali di antara
Walaupun saya menafikannya, Cikgu Amir masih bertanya kepada saya tentang tuduhan tersebut.
masih bertanya saya
masih bertanya pada saya
masih menanyakan kepada saya
masih bertanya kepada saya
Harga buku yang mahal akan menghalang usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat di negara ini.
Rakyat di negara ini kurang membaca kerana harga buku yang
mahal.
Pemupukan minat membaca dalam kalangan rakyat di negara ini menjadi semakin merosot lantaran kenaikan harga buku
Usaha menanam minat suka membaca dalam kalangan rakyat
di negara ini terhalang oleh harga buku yang tinggi.
Membaca buku sukar dijadikan amalan dalam kalangan rakyat
negara ini kerana melibatkan kos yang tinggi.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru beriltizam untuk membantu pihak sekolah menjalankan pelbagai aktviti pendidikan.
Aktiviti pendidikan akan dilaksanakan oleh pihak sekolah kerana Persatuan Ibu Bapa dan Guru berhasrat untuk membantu.
Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru berjanji akan bertanggungjawab menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan di sekolah.
Pelbagai aktiviti pendidikan akan dibantu oleh pihak sekolah bersama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
Pihak sekolah akan menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan dengan adanya komitmen Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
MARDI ialah satu daripada institusi yang bertanggungjawab membangunkan industri pengeluaran sayur-sayuran di negara ini
Institusi pengeluaran sayur-sayuran di negara ini merupakan tanggungjawab MARDI.
Industri pengeluaran sayur-sayuran di negara ini dimajukan oleh MARDI.
MARDI merupakan institusi yang bertanggungjawab mengeluarkan sayur-sayuran di negara ini.
Satu daripada institusi yang bertanggungjawab memajukan industri pengeluaran sayur - sayuran ialah MARDI.
I. Sudah berhari-hari mereka membincangkan projek ternakan kambing.
II. Mereka sebulat suara mahu mengadakan jamuan kelas
di Restoran Minah Garang.
III. Oleh sebab ketiadaan wang, dia terpaksa menolak tawaran ke sekolah berasrama penuh.
IV. Di antara soalan yang diajukan adalah tentang penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
I. Mereka sedang berbalas-balas e-mel.
II. Baju milik Ahmad mahal - mahal belaka.
III. Kedai Fiza menghadap Pejabat Tanah Daerah Muar.
IV. Daun pokok mangga itu berguguran kerana cuaca panas amat.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
I. "Tolong angkatkan beg ini ke bilik tetamu," kata ibu.
II. "Sila siram pokok bunga di halaman rumah," kata kakak.
III. "Eh, rupa rupanya kamu pun ada di sini!" kata Amin kepada Salim.
IV. "Apa pandangan awak tentang kes kecurian di kampung ini?" tanya Putera Ameera.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Peribahasa yang tidak menggambarkan maksud melakukan perbuatan yang sia-sia ialah ........................... .
bagai bersuluh di siang hari
bagai pohon tidak berbuah
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai mencurah garam ke laut
Peribahasa, malu berdayung perahu hanyut bermaksud .......
segan bertanya sesuatu, akibatnya akan sesat jalan
sesorang yang tidak mahu belajar akan cetek ilmu pengetahuan
perbuatan yang sudah terlanjur tentulah sukar diubah lagi
disebabkan malas berusaha, seseorang sukar memperoleh kejayaan
"Saya sanggup berkongsi teknik belajar dengan anda kerana saya percaya bahawa kecemerlangan ini ialah anugerah Tuhan dan bukannya untuk dibanggakan," ujar Joshua sebelum meninggalkan pentas.
Situasi di atas sesuai dengan peribahasa .............
kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan
ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Saya sungguh........kerana tidak sempat berjumpa dengan
kawan lama saya di majlis itu.
terharu
terkilan
terasa
tersinggung
I. "Tolong angkatkan beg ini ke bilik tetamu," kata ibu.
II. "Sila siram pokok bunga di halaman rumah," kata kakak.
III. "Eh, rupa rupanya kamu pun ada di sini!" kata Amin kepada Salim.
IV. "Apa pandangan awak tentang kes kecurian di kampung ini?" tanya Putera Ameera.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Saya sungguh........kerana tidak sempat berjumpa dengan
kawan lama saya di majlis itu.
terharu
terkilan
terasa
tersinggung
I. Mereka sedang berbalas-balas e-mel.
II. Baju milik Ahmad mahal - mahal belaka.
III. Kedai Fiza menghadap Pejabat Tanah Daerah Muar.
IV. Daun pokok mangga itu berguguran kerana cuaca panas amat.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
