wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU UPSR

Total questions: 15

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Setelah sultan mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu pun diserahkan kepada putera _____________.

a)

baginda

b)

tuanku

c)

beta

d)

nya

2.

Di _________________ pokok itu, tumbuh sekaki cendawan yang besar saiznya.

a)

penjuru

b)

hujung

c)

dasar

d)

pangkal

3.

Tapak tangan Pak Hassan ______________ selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi.

a)

menggelupas

b)

menggerutu

c)

melecur

d)

melecet

4.

Saya ___________________ menuntut di Universiti Putra Malaysia enam tahun yang lalu.

a)

mahu

b)

masih

c)

pernah

d)

sedang

5.

Kerajaan menggalakkan penggunaan bahan yang ___________ untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.

a)

suci murni

b)

mesra alam

c)

mudah alih

d)

mesra pengguna

6.

Tunku Abdul Rahman merupakan ________________ ulung yang banyak berjasa kepada negara.

a)

negarawan

b)

usahawan

c)

sejarawan

d)

dermawan

7.

Di tepi tangga rumah nenek ada __________ tempayan yang digunakan untuk menadah air hujan.

a)

sebuah

b)

sekaki

c)

seketul

d)

setongkol

8.

___________ penonton akan dihiburkan dengan ____________ persembahan daripada murid tahun satu.

a)

Ramai....sedikit

b)

Para....beberapa

c)

Kebanyakan.... para

d)

Beberapa... sesetengah

9.

Kemajuan dari segi material dengan kemajuan dari segi moral harus kita ____________ untuk mewujudkan sebuah negara yang bertamadun.

a)

seimbang

b)

diimbang

c)

imbangi

d)

imbangan

10.

Bahagian _____________ yang menyokong bumbung rumah itu telah patah akibat dihempap pokok kelapa.

a)

kekisi

b)

tetupai

c)

kekuda

d)

tetambak

11.

Radhi dan Zain mendayung perahu ______________ arus bagi menyelamatkan diri daripada hanyut di kawasan jeran yang sangat curam.

a)

mengharung

b)

menyusur

c)

mengikut

d)

menongkah

12.

Banjir besar yang ___________ kampung itu menyebabkan kerugian yang ditanggung oleh penduduk amat besar.

a)

ditenggelami

b)

penenggelaman

c)

menenggelami

d)

menenggelamkan

13.

Pilih ayat kata banyak makna yang betul.


I. Ahmad telah menerima bahagian pusakanya.

II. Saya hanya dapat bahagian kek itu.

III. Nenek Zaiton sering sakit pada bahagian kakinya.

IV. Kereta yang mengalami kemalangan itu rosak pada beberapa bahagian.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

I, II dan III

d)

I, III dan IV

14.

Pilij ayat yang sama maksud.


Cikgu Salim memberi kebenaran kepada Anis untuk ke kedai buku.

a)

Anis meminta kebenaran untuk pergi ke kedai buku.

b)

Anis mendapat kebenaran daripada Cikgu Salim untuk pergi ke kedai buku.

c)

Anis dan Cikgu Salim mendapat kebenaran untuk ke kedai buku.

d)

Cikgu Salim mendapat kebenaran daripada Anis untuk ke kedai buku.

15.

Ketika Azam ditimpa kesusahan, Husinlah yang sering menolongnya.


Pilih perkataan sinonim bagi kesusahan.

a)

padah

b)

musibah

c)

cabaran

d)

kemalangan