wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA (SIMPULAN BAHASA) TAHUN 4-6

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat ___________ bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.

a)

jalan tengah

b)

jalan pintas

c)

jalan belakang

d)

jalan keluar

2.

Oleh kerana Siti seorang yang sangat cuai, dia ____________ berjaga-jaga untuk menyiapkan kerja sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.

a)

mengambil peluang

b)

mengambil langkah

c)

mengambil berkat

d)

mengambil masa

3.

Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu _______sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya.

a)

gelap mata

b)

putih mata

c)

rambang mata

d)

Rabun mata

4.

Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang sedang diajar

a)

terang hati

b)

sampai hati

c)

cekal hati

d)

ada hati

5.

Rahman merupakan ______ pasukan rumah sukan harimau. Tidak hairanlah segala kemahuannya dituruti.

a)

tulang empat kerat

b)

ringan tulang

c)

keras tulang

d)

tulang belakang

6.

Sahabat yang baik tidak patut ___________ kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.

a)

membuka tembelang

b)

membuka mata

c)

membuka mulut

d)

membuka langkah

7.

Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut _________. , nanti kita juga yang akan menyesal.

a)

darah gemuruh

b)

darah daging

c)

darah muda

d)

darah dingin

8.

Amran berkata, "Inilah _______________saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ."

a)

kata sepakat

b)

kata hikmat

c)

kata dua

d)

kata putus

9.

Mat Deris begitu __________ menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama terbiar

a)

ada hati

b)

cekal hati

c)

kecil hati

d)

rendah hati

10.

Sejak peristiwa hitam itu Puan Salwa _________ untuk membenarkan anaknya menyertai perlawanan bola sepak.

a)

jauh hati

b)

kecil hati

c)

berat hati

d)

patah hati

11.

En. Hamidon seorang yang______________.Beliau sentiasa menghormati dan melayani pekerja - pekerjanya.

a)

rendah diri

b)

pilih kasih

c)

mata duitan

d)

hidung tinggi

12.

Pemuda teksi itu tidak sanggup ................ dengan penumpangnya yang kurang sopan.

a)

berhati batu

b)

berhati perut

c)

bertegur sapa

d)

bertikam lidah

13.

Tuan doktor, kami berdua sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum mendapat ___________________.

a)

anak tiri

b)

anak emas

c)

anak angkat

d)

cahaya mata

14.

Kawan-kawan sekalian, kita mestilah ____________ dengan kejayaan mereka kalau mereka boleh mengapa kita tak boleh?

a)

ambil hati

b)

iri hati

c)

cekal hati

d)

besar hati

15.

Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik kita akan dapat ______________ .

a)

bekas tangan

b)

tanda mata

c)

buah hati

d)

mengadu nasib

16.

Urusan .............. kereta Proton Satria itu diserahkan kepada Syarikat Sinar Baru.

a)

campur tangan

b)

guna tenaga

c)

temu janji

d)

jual beli

17.

Pakcik Ismail tidak akan mendengar walaupun kita bercakap kuat dengannya kerana dia __________________

a)

telinga lintah

b)

telinga periuk

c)

pekak badak

d)

pekak monyet

18.

Kakinya luka terpijak paku kerana tabiatnya yang gemar .................. ketika merayau dibelakang rumah

a)

berkaki bangku

b)

berkaki ayam

c)

berkaki botol

d)

berkaki bola

19.

Walaupun Puan Rogayah .................... , namun dia sangat disayangi oleh anak-anak Encik Zali kerana tingkahlakunya yang baik.

a)

ibu ayam

b)

anak emas

c)

buah hati

d)

ibu tiri

20.

Sejak tamat sekolah, kerjanya cuma ................... di rumah. Dia sedikitpun tidak mahu berusaha mencari kerja.

a)

makan angin

b)

memilih bulu

c)

makan tidur

d)

bermain mata