wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sains 27.3.2020

Total questions: 76

Worksheet time: 34mins

Name
Class
Date
1.
Minuman apakah yang menguatkan tulang kita
a)
air kosong
b)
teh ais
c)
susu
d)
sirap limau
2.
Kenapa kita perlu makan makanan seimbang
a)
mengikut selera makan
b)
sedap
c)
menjaga kesihatan badan kita
d)
badan memerlukan zat yang mencukupi
3.
Makanan apa yang mengandungi pelbagai vitamin
a)
nasi
b)
ulam - ulaman
c)
jus
d)
buah - buahan
4.
Bagaimanakah cara menjaga kebersihan makanan
a)
cuci tangan sebelum makan
b)
jangan makan makanan tercemar
c)
tutup makanan dengan tudung salji
d)
simpan makanan di dalam peti sejuk
5.
Makanan seimbang membantu ketahanan badan daripada 
a)
jatuh
b)
jangkitan penyakit
c)
membesar
d)
sihat dan cerdas
6.
Rantai makanan bermula dengan tumbuhan hijau yang dikenali sebagai ....................... .
a)
pengeluar
b)
pengguna
7.
Apakah yang dimaksudkan dengan Rantai Makanan?
a)
Hubungan makanan antara haiwan di dalam suatu habitat.
b)
Hubungan kekeluargaan di dalam suatu habitat.
8.
Di dalam rantai makanan haiwan omnivor dan karnivor dikenali sebagai..................... .
a)
pemangsa
b)
pengguna
9.
Haiwan bergantung pada tumbuhan dan haiwan lain untuk mendapatkan .............................
a)
khasiat
b)
makanan
10.
Tumbuhan mendapat tenaga daripada .................................... .
a)
cahaya matahari
b)
baja
11.

Antara berikut, yang manakah kemahiran manipulatif yang diamalkan ketika menjalankan penyiasatan tentang pengaratan paku besi.

I Paku besi dimasukkan ke dalam kelalang kon

II Menyimpan semula tabung uji dengan selamat

III Membersihkan tabung uji yang telah digunakan

IV Keadaan paku besi selepas semingg diperhatikan

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I dan III sahaja

d)

III dan IV sahaja

12.

Sekumpulan murid kelas Tahun 4 Berlian ingin memerhatikan tentang rupa bentuk dan kedudukan spirakel seekor belalang.

Antara alat berikut, yang manakah boleh digunakan untuk menjalankan penyiasatan tersebut?

a)
b)
c)
d)
13.

Apakah radas atau peralatan sains yang digunakan untuk mengukur isipadu air?

a)

Jam randik

b)

Termometer

c)

Silinder penyukat

d)

Pembaris

14.

Apakah pemerhatian yang boleh direkodkan dari balang kedap udara selepas enam jam ?

a)

Semua lipas mati

b)

Lipas mati kerana tidak mendapat udara

c)

Bilangan lipas yang mati semakin berkurang

d)

Beberapa ekor lipas mati dan terdapat lipas yang masih hidup

15.

Berikan inferens/sebab ikan mati di dalam akuarium dalam Rajah (permukaan air dilitupi dengan lapisan minyak).

a)

Ikan mati kerana kekurangan oksigen

b)

Ikan mati kerana air sungai tercemar

c)

Ikan mati kerana kualiti air semakin bersih

d)

Ikan mati kerana makanan tidak mencukupi

16.

Satu penyiasatan dijalankan oleh sekumpulan murid 4 Mutiara. Kesemua ayam pada awalnya mempunyai jisim yang sama. Sepuluh ekor anak ayam dimasukkan ke dalam reban A dan dua puluh ekor anak ayam dimasukkan ke dalam reban B. Kesemua reban ayam diberikan 2 kg bijirin jagung dan air yang sama banyak setiap hari. Selepas dua minggu, jisim anak ayam ditimbang dan direkodkan.


Apakah pemboleh ubah dimanipulasi dalam penyiasatan ini ?

a)

Jisim anak ayam selepas dua minggu

b)

Saiz anak ayam selepas dua minggu

c)

Kuantiti makanan dan air yang diberikan

d)

Bilangan anak ayam yang dimasukkan ke dalam reban

17.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkumuhan?

a)

Gerak balas badan manusia terhadap ransangan luar.

b)

Proses menarik dan menghembus nafas.

c)

Proses penyingkiran bahan buangan dari badan

d)

Proses penyingkiran tinja daripada badan manusia.

18.

Makanan yang dihadam di dalam perut akan diserap oleh organ K. Apakah organ K?

a)

Usus besar

b)

Usus kecil

c)

Tinja

d)

Dubur

19.

Apakah yang dimaksudkan dengan penyahtijaan?

a)

Proses penyingkiran bahan buangan

b)

Bahan makanan yang diserap oleh badan

c)

Proses penyingkiran tinja melalui dubur

d)

Bahan makanan yang baik

20.

Manakah susunan aliran udara yang betul semasa pernafasan ?

a)

hidung - paru-paru - trakea (menarik nafas) , paru-paru - trakea - hidung (menghembus nafas)

b)

hidung - trakea - paru-paru (menarik nafas) , paru-paru - trakea - hidung (menghembus nafas)

c)

paru-paru - trakea - hidung (menarik nafas) , hidung - trakea - paru-paru (menghembus nafas)

d)

hidung - trakea - paru-paru (menarik nafas) , Trakea - paru-paru - hidung (menghembus nafas)

21.

Antara haiwan berikut, yang manakah membiak dengan cara yang sama seperti haiwan dalam rajah?

a)
b)
c)
d)
22.

Namakan gigi yang ditunjukkan dalam rajah.

a)

gigi kacip

b)

gigi taring

c)

gigi geraham

d)

gigi kekal

23.

Saya sejenis gigi. Saya digunakan semasa makan daging. siapakah saya?

a)
b)
c)
24.

Antara magnet berikut, yang manakah adalah magnet silinder?

a)
b)
c)
d)
25.

Apakah tindakan magnet bertanda A dan B?

a)

A- menarik, B- menolak

b)

A- menolak, B- menarik

c)

A- menarik, B- menarik

d)

A- mensrik, B- tiada tindakan

26.

Tabiat makan haiwan dalam rajah ialah.....

a)

karnivor

b)

herbivor

c)

omnivor

27.

Perhatikan rajah yang ditunjukkan. Deria yang terlibat ialah...

a)

deria bau

b)

deria rasa

c)

deria melihat

d)

deria sentuh

28.

Makanan di bawah baik untuk kesihatan gigi kecuali...

a)
b)
c)
d)
29.

Pilih haiwan yang mempunyai ciri yang sama dengan penyu.

a)
b)
c)
d)
30.

Namakan jenis akar yang ditunjukkan dalam rajah.

a)

akar serabut

b)

akar tunjang

c)

akar selari

d)

akar jejala

31.

Antara tumbuhan berikut, yang manakah membiak melalui batang bawah tanah?

a)
b)
c)
d)
32.

Rajah menunjukkan sepohon pokok keembung. apakah ciri-ciri pokok tersebut.

a)

berbunga

b)

batang berkayu

c)

akar tunjang

d)

urat daun selari

33.

Pilih tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri seperti dalam rajah.

a)
b)
c)
d)
34.

Rajah di bawah menunjukkan perkara yang patut dilakukan di bilik sains kecuali....

a)
b)
c)
d)
35.

Rajah menunjukkan satu ciri benda hidup. Apakah ciri itu?

a)

membesar

b)

membiak

c)

bernafas

d)

bergerak

36.

Rajah menunjukkan keperluan asas tumbuhan. Apakah P, Q dan R?

a)

P- cahaya matahari, Q- udara R- air

b)

P- cahaya matahari, Q- makanan R- air

c)

P- cahaya matahari, Q- udara, R- tempat perlindungan

37.

Makanan yang memberi tenaga kepada kita ialah....

a)
b)
c)
38.

Rajah menunjukkan seekor gajah. Y ialah....

a)

tanduk

b)

gading

c)

belalai

39.

Pilih objek yang mempunyai persamaan dengan guli.

a)
b)
c)
d)
40.

Pokok padi sesuai ditanam di kawasan....

a)

tanah pasir

b)

tanah kebun

c)

tanah liat

41.
Apakah maksud haiwan yang hidup bersendirian?
a)
Haiwan yang makan haiwan lain sahaja
b)
Haiwan yang dapat mencari makanan sendiri
c)
Haiwan yang tidak hidup secara berkumpulan
d)
Haiwan yang tidak membiak dengan haiwan lain
42.
Antara haiwan yang berikut, yang manakah hidup bersendirian?
a)
Monyet
b)
Gajah
c)
Panda
d)
Rusa
43.
Antara haiwan yang berikut, yang manakah hidup bersendirian?
a)
Monyet
b)
Gajah
c)
Panda
d)
Rusa
44.
Maklumat berikut menunjukkan langkah-langkah untuk menyiasat persaingan antara tumbuhan.
J - Simpan kedua-dua bekas, P dan Q di dalam almari.
K - Masukkan 5 biji kacang hijau ke dalam bekas P dan 20 biji kacang hijau ke dalam bekas Q.
L - Selepas satu minggu, perhatikan pertumbuhan anak benih kacang hijau.
M - Masukkan kapas lembap ke dalam dua bekas, P dan Q.
Pilih urutan yang betul bagi langkah-langkah itu.
a)
M K J L
b)
M J K L
c)
J K L M
d)
K  J L M
45.
Badak Sumatra, Tapir dan Penyu adalah spesies haiwan terancam. Antara haiwan yang berikut, yang manakah tergolong dalam kumpulan yang sama?
a)
Burung pipit
b)
Burung gagak
c)
Burung merpati
d)
Burung merpati
46.
Antara yang berikut, yang manakah kesan buruk masalah pembalakan?
I   Hujan asid
II  Tanah runtuh
III Banjir kilat
IV Pencemaran air
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
47.
Apakah maksud pemeliharaan?
a)
Cabaran untuk mendapatkan keperluan asas yang terhad
b)
Keadaan di mana spesies pupus dari Bumi
c)
Mengekalkan keadaan habitat hidupan liar
d)
Untuk memperbaiki keadaan ke bentuk asalnya untuk mengelakkan kepupusan
48.
Maklumat berikut menunjukkan empat keadaan bagi sebiji bola.
W - Bola berubah arah apabila ditanduk.
X - Bola menjadi lebih ringan apabila angin dipam keluar.
Y - Bola berhenti apabila ditangkap.
Z - Bola terapung apabila dimasukkan ke dalam sebuah besen berisi air.
Antara yang berikut, yang manakah kesan-kesan daya?
a)
W dan X
b)
W dan Y
c)
X dan Y
d)
Y dan Z
49.
Segumpal tanah liat boleh dibentuk menjadi sebuah pasu. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang kesan daya?
a)
Daya mengubah gerakan
b)
Daya mengubah bentuk
c)
Daya menentang gerakan
d)
Daya mengubah jisim
50.
Penutup sebuah tingkap boleh laras sukar digerakkan. Apakah yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini?
a)
Guna minyak pelincir
b)
Guna larutan garam
c)
Guna kusyen udara
d)
Pasang alas bebola
51.
Apakah fungsi corak bunga pada tapak kasut?
a)
Membuatkan kasut kelihatan menarik
b)
Menambahkan geseran pada kasut
c)
Memastikan kasut tahan lebih lama
d)
Menambahkan jisim kasut
52.
Maklumat berikut menunjukkan beberapa kesan daya geseran.
J - Menghauskan permukaan suatu objek
K - Membolehkan kita berjalan tanpa tergelincir
L - Memperlahan kereta ketika kecemasan
M - Menghasilkan haba di dalam enjin kereta
Antara yang berikut, yang manakah keburukan daya geseran?
a)
J dan K
b)
J dan M
c)
K dan L
d)
L dan M
53.
Antara maklumat berikut, yang manakah diperlukan untuk menentukan kelajuan satu objek yang sedang bergerak?
I   Masa
II  Jisim
III Jarak
IV Suhu
a)
I dan II
b)
I dan III
c)
II dan IV
d)
III dan IV
54.
Sebuah bot bergerak sejauh 200 km dalam masa 2 jam. Apakah kelajuan bot itu?
a)
100 km/j
b)
120 km/j
c)
130 km/j
d)
140 km/j
55.
Salleh mengambil masa 30 saat untuk menunggang basikal sejauh 360 m. Apakah kelajuan basikal itu?
a)
10 m/s
b)
12 m/s
c)
14 m/s
d)
15 m/s
56.
Apakah kesan aktiviti ini?
a)
Daya boleh mengubah bentuk suatu objek
b)
Daya boleh mengubah arah pergerakan objek
c)
Daya boleh menggerakkan objek pegun
d)
Daya boleh menghentikan pergerakan objek
57.

Mikroorganisma ialah ...........

a)

hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

b)

hidupan seni yang boleh dilihat di bawah mikroskop

c)

hidupan seni yang boleh dilihat menggunakan teleskop

d)

hidupan seni boleh dilihat dengan mata kasar

58.

Rajah menunjukkan sejenis mikroorganisma. Apakah nama mikroorganisma tersebut?

a)

bakteria

b)

fungi

c)

protozoa

d)

virus

59.

Perhatikan rajah di bawah. Yang manakah merupakan interaksi intraspesies?

a)
b)
c)
d)
60.

Rajah di bawah menunjukkan aktiviti pemuliharaan kecuali...

a)
b)
c)
d)
61.

Rajah menunjukkan sejenis tumbuhan. Apakah jenis interaksi tumbuhan itu?

a)

komensalisme

b)

parasitisme

c)

mutualisme

d)

persaingan

62.

Rajah menunjukkan satu bentuk simbiosis antara haiwan. Pilih pernyataan yang betul.

a)

Buaya dan burung sama-sama mendapat keuntungan

b)

Burung akan menjadi makanan buaya

c)

Burung mendapat faedah manakala buaya tidak mendapat apa-apa

d)

Buaya mendapat faedah manakala burung rugi

63.

Rajah menunjukkan satu aktiviti yang melibatkan daya. Apakah daya yang terlibat?

a)

tolakan

b)

tarikan

c)

tolakan dan tarikan

d)

geseran

64.

Apakah kesan daya daripada aktiviti yang ditunjukkan dalam rajah?

a)

daya mengubah arah pergerakan objek

b)

daya mengubah bentuk objek

c)

daya memberhentikan objek yang sedang bergerak

d)

daya menggerakkan objek pegun

65.

Rajah menunjukkan kesan daya geseran. Apakah faktor yang mempengaruhi daya geseran?

a)

luas permukaan

b)

jenis permukaan

c)

jisim objek

d)

kecondongan permukaan

66.

Rajah menunjukkan seorang lelaki menolak sebuah kotak. Arah daya geseran ialah.....

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

67.

Rajah menunjukkan fasa-fasa Bulan. Namakan fasa X dan Y.

a)

X- Bulan sabit, Y- Bulan purnama

b)

X- Hampir purnama, Y- Bulan separa

c)

X- Bulan separa, Y- Hampir purnama

d)

X- Anak bulan, Y- Bulan separa

68.

Kejadian fasa-fasa Bulan disebabkan oleh....

a)

Bulan berputar pada paksinya dari barat ke timur.

b)

kedudukan Bulan yang menerima cahaya matahari adalah berbeza

c)

Bulan memantulkan cahaya matahari ke Bumi

d)

Bulan adalah satelit semula jadi

69.

Rajah menunjukkan satu penyiasatan untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan objek. Pemboleh ubah dimanipulasi ialah.....

a)

ketinggian objek

b)

tempat objek diletakkan

c)

luas tapak objek

d)

masa objek tumbang

70.

Susun objek dalam rajah mengikut kestabilan menurun.

a)

P, R, Q

b)

P, Q, R

c)

Q, P, R

d)

Q, R, P

71.

Rajah menunjukkan proses fotosintesis. Apakah gas P dan Q?

a)

P- karbon dioksida, Q- oksigen

b)

P- oksigen, Q- karbon dioksida

c)

P- oksigen, Q- nitrogen

d)

P- karboh dioksida, Q- wap air

72.

Rajah menunjukkan sebuah kuboid. Hitung isipadu kuboid itu.

a)

6 cm3

b)

8 cm3

c)

12 cm3

d)

24 cm3

73.

Pilih pernyataan yang betul.

a)

Suhu ialah darjah kepanasan suatu kesejukan suatu objek

b)

Jisim ialah kuantiti jirim yang terdapat dalam suatu objek

c)

Ais yang melebur akan membebaskan haba

d)

Hubungan makanan antara hidupan di kenali sebagai rantai makanan

74.

Rajah menunjukkan ciri-ciri tiga sifat kimia bahan. Pilih sifat kimia yang betul.

a)

K- asid, L- alkali, M- neutral

b)

K- alkali, L- asid, M- neutral

c)

K- neutral, L- asid, M- alkali

d)

K- asid, L- neutral, M- alkali

75.

Rajah menunjukkan satu proses yang dialami manusia. Apakah proses itu?

a)

penyahtinjaan

b)

perkumuhan

c)

respirasi

d)

pepeluhan

76.

Rajah menunjukkan kegigian sejenis haiwan. Tabiat makan haiwan itu ialah....

a)

herbivor

b)

karnivor

c)

omnivor

d)

multivor