NEW
Font size
WorksheetsKUIZ MODUL 4- PERKONGSIAN
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Petikan Akaun Realisasi berikut diperoleh daripada buku Perkongsian Masri
dan Maznah.
Untung atau rugi dibahagi antara Masri dan Maznah dengan nisbah 1:2.
Berapakah untung atau rugi bagi Maznah?
Rugi RM1 100
Rugi RM2 200
Untung RM1 100
Untung RM2 200
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah Perniagaan Perkongsian.
Jumlah aset (termasuk bank RM5 000) 60 000
Jumlah liabiliti 7 500
Kos pembubaran 4 250
Aset direalis 40 000
Berapakah rugi realisasi?
RM8 250
RM16 750
RM19 250
RM23 250
Antara berikut, yang manakah terkandung dalam Akta Perkongsian 1961?
I Untung rugi dibahagi sama rata antara rakan kongsi
II Semua pekongsi tidak berhak menerima gaji
III Tiada faedah atas pinjaman
IV Faedah atas ambilan adalah 8%
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Tujuan penyediaan Akaun Pengasingan Untung Rugi adalah untuk.........
Menentukan untung kasar atau rugi kasar
Menghitung untung bersih atau rugi bersih
Menunjukkan kedudukan kewangan perkongsian
Menghitung pembahagian untung atau rugi pekongsi
Apakah tujuan perniagaan perkongsian membuat Ikatan Perjanjian Perkongsian?
Untuk menetapkan hak dan tanggungjawab setiap pekongsi
Untuk mengelakkan daripada perkongsian dibubarkan serta-merta
Untuk memastikan untung atau rugi perkongsian dibahagi sama rata.
Untuk menggalakkan pekongsi melabur modal dengan lebih banyak.
Maklumat berikut diperoleh daripada Akaun Semasa Linda.
Berapakah nilai X jika baki Akaun Semasa Linda pada 31 Disember 2018 sebanyak
RM6 170?
Debit RM3 800
Kredit RM3 800
Debit RM5 960
Kredit RM5 960
Antara berikut, manakah yang akan dicatatkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan
Perkongsian?
I Kongsi untung
II Modal pekongsi
III Ambilan pekongsi
IV Akaun Semasa Pekongsi
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Akaun di bawah ini diperoleh daripada buku sebuah perniagaan perkongsian.
Urus niaga manakah yang merujuk kepada catatan di atas?
Pembayaran kepada pembekal
Perolehan daripada penjualan perabot
Penerimaan diskaun kerana menjelaskan hutang
Pembayaran belanja realisasi
Kartina merupakan rakan kongsi dalam satu perkongsian. Beliau memberi pinjaman
sebanyak RM 10 000 kepada perniagaan perkongsian. Kadar faedah atas pinjaman ialah
12% setahun.
Antara berikut, yang manakah merupakan catatan jurnal berkaitan faedah pinjaman ?
Debit Akaun Pengasingan Untung Rugi RM1 200
Kredit Akaun Modal Kartina RM1 200
Debit Akaun Pengasingan Untung Rugi RM1 200
Kredit 200Akaun Semasa Kartina RM1 200
Debit Akaun Semasa Kartina RM1 200
Kredit Akaun Pengasingan Untung Rugi RM1 200
Debit Akaun Untung Rugi RM1 200
Kredit Akaun Modal Kartina RM1 200
Antara berikut, yang manakah ciri-ciri perniagaan perkongsian?
I Liabiliti adalah terhad
II Modal disumbangkan oleh pemegang syer
III Untung atau rugi diagihkan antara pekongsi mengikut perjanjian
IV Perkongsian akan dibubarkan jika salah seorang pekongsi meninggal dunia
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Adam dan Chempaka ialah pekongsi – pekongsi dalam sebuah perkongsian. Pada 31Disember 2018, mereka bersetuju untuk membubarkan perkongsian itu. Pada tarikh tersebut, jumlah aset ialah RM 25 000 dan jumlah liabiliti ialah RM 1 000. Semua aset telah direalisasi dengan RM 27 000 dan liabiliti telah dijelaskan sepenuhnya. Belanja realisasi ialah RM 600. Untung Rugi dibahagi mengikut nisbah 3:1.
Hitungkan untung realisasi bagi pekongsi Adam.
RM 350
RM 400
RM 1 050
RM 1 400
Apakah butiran yang direkodkan dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi?
Faedah atas pinjaman
Faedah atas ambilan
Gaji belum bayar
Ambilan
Manakah butir yang dikreditkan dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi?
Gaji pekongsi
Kongsi Untung
Faedah atas modal
Faedah atas ambilan
Nyatakan catatan bergu bagi merekodkan “Rugi Realisasi” semasa berlakunya
pembubaran perkongsian.
Debit Akaun Modal
Kredit Akaun Realisasi
Debit Akaun Realisasi
Kredit Akaun Modal
Debit Akaun Untung Rugi
Kredit Akaun Modal
Debit Akaun Modal
Kredit Akaun untung Rugi
Butiran manakah yang direkod di bahagian kredit Akaun Semasa pekongsi?
Ambilan
Kongsi rugi
Faedah atas ambilan
Faedah atas pinjaman
Kenderaan diambil alih oleh pekongsi semasa pembubaran.
Apakah akaun yang terlibat kesan daripada urus niaga di atas?
Debit Akaun Kenderaan
Kredit Akaun Realisasi
Debit Akaun Realisasi
Kredit Akaun Kenderaan
Debit Akaun Modal Pekongsi
Kredit Akaun Realisasi
Debit Akaun Realisasi
Kredit Akaun Modal Pekongsi
Pernyataan manakah yang menyebabkan akaun modal berbaki debit pada tarikh pembubaran?
I Ambilan yang banyak
II Sumbangan modal yang besar
III Nilai aset yang diambil alih rendah
IV Rugi realisasi melebihi jumlah modal
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut, yang manakah menyebabkan pembubaran perkongsian?
I Seorang daripada rakan kongsi diisytiharkan muflis
II Seorang daripada rakan kongsi telah meninggal dunia
III Mahkamah memerintahkan supaya perkongsian tersebut dibubarkan
IV Seorang daripada rakan kongsi mendapat kerugian daripada perkongsian tersebut
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Antara berikut, yang manakah komponen ekuiti pemilik perniagaan perkongsian?
I Modal
II Ambilan
III Untung Bersih
IV Akaun Semasa
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah dokumen yang perlu dirujuk oleh pekongsi sekiranya tiada sebarang perjanjian dibuat semasa menubuhkan perniagaan mereka?
Ikatan Perkongsian
Perjanjian Perkongsian
Akta Perkongsian 1961
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
