NEW
Font size
WorksheetsRBT TING 1
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Definisi reka bentuk dan teknologi yang betul adalah…
penyusunan bahan secara terancang.
penyusunan bahan secara tidak terancang
penyusunan bahan secara terancang dengan mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik.
penyusunan bahan secara terancang tanpa mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik.
Reka bentuk abstrak merupakan satu bidang yang melibatkan proses mereka bentuk sesuatu
produk yang dapat dilihat dan dipegang.
produk yang dapat dipegang tetapi tidak boleh dihidu.
produk yang dapat dipegang tetapi tidak boleh dilihat
produk yang dapat dilihat tetapi tidak boleh dipegang.
Antara berikut, bidang reka bentuk dan teknologi yang manakah tergolong dalam reka bentuk konkrit?
Seni masakan.
Komunikasi pengiklanan
Perkhidmatan sewaan.
Perkhidmatan pengangkutan.
Antara berikut, pasangan elemen reka bentuk dan penerangan yang manakah betul?
WARNA : Teknik yang memberikan impak atau kesan terhadap orang yang melihat.
RUPA : Ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek.
GARISAN : Cantuman atau sambungan satu ciri titik yang mempunyai ukuran panjang dan jarak.
TEKSTUR : Kesan melalui pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek.
Elemen ruang terbahagi kepada dua jenis iaitu…
I. Ruang positif.
III. Ruang dalaman
II. Ruang luaran.
IV. Ruang negatif.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Terdapat 7 prinsip reka bentuk yang dapat diaplikasikan pada pembinaan sesuatu produk supaya menjadi lebih menarik, selesa dan memberi kepuasan kepada pelanggan. Antara prinsip- prinsip reka bentuk ialah…
I. Kontras
II. Kesimbangan
III. Kesatuan
IV. Harmoni
I dan II
I, II dan III
II dan IV
I, II, III dan IV
Kontras ialah perbezaan ketara pada ciri elemen yang digunakan. Pilih contoh perbezaan dibawah dengan tepat.
Kedudukan : Besar dan kecil.
Saiz :Bulat atau besegi.
Tekstur : Jauh dan dekat
Warna : Terang dan gelap
Pengurusan projek reka bentuk terbahagi kepada tiga komponen besar iaitu…
I. skop kerja
II. tempoh masa
III. penjanaan idea
IV. kos projek
I dan II
I, II dan IV
II dan IV
I, II, III dan IV
Penjanaan idea reka bentuk produk buaian gantung berdasarkan penemuan sarang burung tergantung di Hutan Amazon merupakan idea yang dijana melalui langkah…
menterbalikkan kedudukan.
menukar saiz objek.
meniru persekitaran.
menterbalikkan fungsi.
Antara berikut, yang manakah menunjukkan formula pengiraan jumlah kos yang betul?
Jumlah kos modal = Kos bahan + Kos upah + Kos overhed
Jumlah kos modal = Kos bahan - Kos upah - Kos overhed
Jumlah kos modal = Kos bahan + Kos upah - Kos overhed
Jumlah kos modal = Kos bahan - Kos upah + Kos overhed
