wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM011 bahagian A

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Fifi mewarna bentuk-bentuk ___________ yang terdapat di dalam buku latihannya.

a)

segi tiga

b)

bulatan

c)

sfera

d)

empat segi

2.

Nenek __________ abang nasi goreng kampung untuk sarapannya.

a)

gorengkan

b)

menggoreng

c)

menggorengkan

d)

gorengan

3.

Pasangan pengantin diarak dengan menaiki ___________ sebelum mereka bersanding di atas pelamin.

a)

kereta lumba

b)

kereta tolak

c)

kereta lembu

d)

kereta kuda

4.

Tina : _________ biarkan makanan ini bertutup, __________

ambilkan tudung saji.

Johan: Baiklah, kakak.

a)

Jangan . . . tolong

b)

Sila . . . usah

c)

Mohon . . . harap

d)

Jemput . . . harap

5.

Puteri Arisya bertitah kepada mak inang,"_____________ amat berkenan akan bunga ros kuning ini".

a)

Hamba

b)

Patik

c)

Beta

d)

Tuanku

6.

Vivian dan keluarganya bercuti di negeri-negeri _________ pada bulan yang lepas.

a)

ada angin

b)

ambil angin

c)

tukar angin

d)

atas angin

7.

Lelaki itu bersikap seperti __________ kerana tidak mahu melakukan sebarang pekerjaan selepas tamat belajar.

a)

kambing dihalau ke air

b)

bunyi cempedak jatuh

c)

langau di ekor gajah

d)

hempedu lekat di hati

8.

Mak Cik Munah memasukkan beberapa __________ serai ke dalam rendang ayamnya supaya lebih sedap.

a)

ruas

b)

batang

c)

rumpun

d)

berkas

9.

Daging ini masih liat walaupun telah direbus selama beberapa jam.

Pilih perkataan antonim bagi liat.

a)

kenyal

b)

lembut

c)

lembik

d)

padu

10.

Nenek telah jemu makan bubur ayam itu.

Pilih perkataan sinonim bagi jemu

a)

gemar

b)

tekun

c)

jelak

d)

suka

11.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Cendol ini telah lapuk.

b)

Penduduk kampung mengalihkan pokok yang lapuk itu.

c)

Pondok itu telah lapuk akibat ditinggal lama.

d)

Adat-adat bangsa kita masih menjadi teladan bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

12.

Ayat yang sama maksud.

Encik Yus bernyanyi sambil memainkan piano di ruang tamu.

a)

Encik Yus memainkan piano lalu bernyanyi di ruang tamu.

b)

Sambil bernyanyi, Encik Yus akan memainkan piano.

c)

Encik Yus bernyanyi sebelum memainkan piano di ruang tamu.

d)

Sambil memainkan piano di ruang tamu, Encik Yus bernyanyi.

13.

Bilakah lembu-lembu itu akan ditambat?

a)

Lembu-lembu itu telah ditambat pada pangkal pokok.

b)

Lembu-lembu itu akan ditambat nanti.

c)

Lembu-lembu itu akan ditambat oleh Yong.

14.

Landskap kawasan itu telah disiapkan pada minggu lepas.

a)

Landskap kawasan itu dilakukan oleh siapa?

b)

Landskap apakah yang dibuat olehnya?

c)

Bilakah landskap kawasan itu disiapkan?

d)

Mengapakah landskap kawasan itu dibuat?

15.

Pilih ayat yang betul.

a)

Radio itu berbunyi semenjak awal pagi.

b)

Juruacara mengumumkan kedudukan tetamu kehormat.

c)

Peserta larian amal sedang mendaftar di meja pendaftaran.

d)

Orang ramai membeli sekolah pakaian anak-anak semasa jualan murah.