wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Kerja ( Cara Mengangkat )

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Encik Samuel ____________ anaknya yang sedang menangis.

a)

mengepit

b)

menggalas

c)

memikul

d)

mendukung

2.

Mohan dapat ___________ kotak yang berat itu kerana badannya kuat.

a)

mengambil

b)

mengangkat

c)

memikul

d)

menjunjung

3.

Mary ___________ beg sekolah yang berat ke sekolah.

a)

mengandar

b)

memikul

c)

menggalas

d)

menjulang

4.

Pak Samli ___________ dua buah bakul yang berisi sayur-sayuran untuk dijual di pasar.

a)

mengandar

b)

memikul

c)

menggalas

d)

mengangkat

5.

Jaslin _________ guni yang berisi beras sambil menuju ke bilik stor.

a)

menggalas

b)

menjulang

c)

memikul

d)

mengandar

6.

Puan Fadilah __________ bakul yang berisi sayur-sayuran pulang ke rumahnya.

a)

menjunjung

b)

menjinjing

c)

menjulang

d)

mengusng

7.

Encik Tan ___________ fail sambil menunggu bas di perhentian bas.

a)

menjinjing

b)

membimbit

c)

mengepit

d)

menjunjung

8.

Puan Nora yang balik dari pasar itu ________ beg plastik yang berisi ikan.

a)

mengangkat

b)

memimpin

c)

menggalas

d)

menjinjing

9.

Dua orang pegawai perubatan ___________ seorang pesakit untuk dibawa masuk ke dalam ambulans.

a)

menjulang

b)

memapah

c)

menyorong

d)

mengusung

10.

Pak Abu _________ kereta sorong yang berisi setandan pisang pulang ke rumahnya.

a)

mengusung

b)

menyorong

c)

mengelek

d)

membimbit

11.

Puan Lee ________ tangan anaknya yang masih kecil sewaktu melintas jalan raya.

a)

memimpin

b)

memapah

c)

membawa

d)

mengelek

12.

Ali __________ Ben Li yang kakinya cedera balik ke kelas.

a)

memimpin

b)

mengusung

c)

memapah

d)

mengepit

13.

Nicole David ___________piala kemenangannya di hadapan semua penonton.

a)

mengangkat

b)

memikul

c)

menggalas

d)

menjulang

14.

Siew Ling ________ bagasi dan bertolak ke lapangan terbang.

a)

menyorong

b)

menarik

c)

mengheret

d)

menggalas

15.

Puan Suria __________ sedulang biskut untuk dihidangkan kepada tetamu.

a)

menjinjing

b)

menatang

c)

mendukung

d)

mengambil