wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH KSSM TINGKATAN 4 BAB 3

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Hukuman penjara dikenakan terhadap sesiapa yang mencetak dan mengedarkan tulisan berkaitan agama dan politik Islam tanpa keizinan sultan. Bagaimanakah British memastikan hukuman ini dilaksanakan? (Buku teks m/s 52)

a)

menubuhkan Biro Siasatan Politik (Political Intelligence Bureau)

b)

menubuhkan Jabatan Siasatan Jenayah (Criminal Intelligence Department)

c)

memperkenalkan Publishing and Book Enactment 1915

d)

memperkenalkan Enakmen Undang-Undang Islam 1904

2.

Apakah isu yang diperjuangkan oleh Tok Janggut dalam penentangan beliau di Pasir Puteh, Kelantan? (Buku teks m/s 52)

I. Agama Islam

II. Penerbitan akhbar

III. Kebebasan bersuara

IV. Hak penduduk tempatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

“Cerita Tekukur” yang disiar dalam akhbar Melayu merupakan pernyataan politik kemerdekaan yang disampaikan secara berselindung di sebalik wajah dan pelaku haiwan. Mengapakah berlaku sedemikian? (buku teks m/s 53)

a)

Menarik minat pembaca

b)

Mudah difahami oleh pembaca

c)

Undang-undang yang mengongkong

d)

Kesedaran kebangsaan tidak meluas

4.

Perkembangan Revolusi Industri di Eropah menyebabkan berlaku persaingan dalam kalangan kuasa imperialis. Apakah bentuk persaingan yang wujud? (Buku teks m/s 54)

I. Untuk menambah kekuatan ketenteraan

II. Untuk mendapatkan tanah jajahan

III. Untuk memperoleh bahan mentah

IV. Untuk menghasilkan senjata moden

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Apakah peristiwa yang membawa kepada tercetusnya Perang Dunia Pertama di Eropah? (Buku teks m/s 54)

a)

Perjanjian Versailles

b)

Revolusi di Rusia

c)

Persidangan Damai Paris

d)

Pembunuhan Archduke Ferdinand

6.

Apakah dua prinsip utama Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson? (Buku teks m/s 56)

I. Penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri

II. Sempadan negara berasaskan negara bangsa

III. Mengehadkan saiz angkatan tentera

IV. Keamanan dan kerjasama antarabangsa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Siapakah tokoh dalam gambar di atas? (Buku teks m/s 57)

a)

Franklin Roosevelt, Presiden Amerika Syarikat

b)

Mustafa Kemal Ataturk, Presiden Republik Turki

c)

Joseph Stalin, Presiden Kerajaan Komunis Rusia

d)

Winston Churchill, Perdana Menteri Britain

8.

Fasisme dan Nazisme merupakan dua gerakan politik radikal yang wujud masing-masing di Itali dan Jerman. Siapakah pemimpin kedua-dua gerakan tersebut? (Buku teks m/s 58)

a)

Fasisme; Benito Mussolini dan Nazisme; Adolf Hitler

b)

Fasisme; Adolf Hitler dan Nazisme; Benito Mussolini

c)

Fasisme; Joseph Stalin dan Nazisme; Franklin Roosevelt

d)

Fasisme; Franklin Roosevelt dan Nazisme Joseph Stalin

9.

Apakah kesan serangan Blitzkrieg oleh Jerman? (Buku teks m/s 60)

a)

Negara-negara di Eropah Barat dikuasai oleh Jerman

b)

Jerman melancarkan Operasi Barbosa

c)

Jerman keluar daripada Liga Bangsa-Bangsa

d)

Rusia diserang oleh Jerman

10.

Ilustrasi menggambarkan Liga Bangsa-Bangsa gagal melaksanakan Perjanjian Perlucutan Senjata 1934. Apakah faktor yang membawa kepada kegagalan tersebut? (Buku teks m/s 59)

a)

Jepun menakluki Manchuria

b)

Itali menyerang Habsyah

c)

Parti Fasis berjaya menguasai kerajaan Itali

d)

Jerman memperbesar angkatan tenteranya

11.

Apakah kesan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh British, Amerika Syarikat dan Belanda terhadap Jepun? (Buku teks m/s 66)

a)

Jepun menguasai Korea, Manchuria dan China

b)

Pembaharuan Meiji berlaku di Jepun

c)

Jeneral Hideki Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun

d)

Jepun menguasai Asia Tenggara

12.

Orde Baharu bermaksud (Buku teks m/s 66)

a)

Dasar perluasan kuasa oleh Jepun

b)

Menyingkirkan imperialis Barat di Asia

c)

Pembekuan semua harta milik Jepun

d)

Pembentukan Pakatan Tiga Negara

13.

Apakah strategi yang digunakan oleh tentera Jepun untuk menawan Tanah Melayu? (Buku teks m/s 68)

a)

Serang hendap

b)

Perang gerila

c)

Serangan kilat

d)

Sekatan ekonomi

14.

Jepun menggunakan propaganda seperti slogan untuk menanamkan semangat antipenjajah Barat dalam kalangan negara Asia. Antaranya ialah (Buku teks m/s 68)

I Dua orang dan satu perjuangan

II Operasi Barbarossa

III Semangat Asia

IV Asia untuk Orang Asia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Mengapakah Jepun menduduki Sarawak? (Buku teks m/s 68)

a)

Mendapatkan bijih timah

b)

Menguasai sumber minyak

c)

Membina pangkalan tentera laut

d)

Mendirikan pelabuhan antarabangsa

16.

Institut latihan ini ditubuhkan untuk melatih dan menanamkan semangat memperjuangkan cita-cita politik Jepun dalam kalangan penduduk Tanah Melayu. Apakah nama institut latihan yang dimaksudkan itu? (buku teks m/s 71)

a)

Syonan-to

b)

Koa Kunrenjo

c)

Kempeitai

d)

Kita Boruneo

17.

Apakah mata wang yang diperkenalkan oleh Jepun? (Buku teks m/s 71)

a)

Wang pokok kelapa

b)

Wang pokok pisang

c)

Wang bunga sakura

d)

Wang bunga raya

18.

Semasa pendudukan Jepun, sekolah dimulakan dengan perhimpunan pagi menghadap negara Jepun dan menyanyikan lagu kebangsaan Jepun. Apakah nama lagu kebangsaan Jepun? (Buku teks m/s 72)

a)

Kimigayo

b)

Nippon Go

c)

Hakko Ichiu

d)

Nippon Seishin

19.

Apakah kepentingan kempen "Tambah Lebih Banyak Makanan"? (Buku teks m/s 72)

a)

Mengawal penjualan barangan keperluan asas

b)

Menyeru penduduk membuka perniagaan kecil

c)

Mengimport makanan seperi beras dari luar

d)

Mencukupkan makanan dalam negeri

20.

Jepun berhasrat menguasai negara India menerusi kerjasama dengan orang India. Bagaimanakah Jepun memastikan hasrat tersebut tercapai? (Buku teks m/s 73)

a)

Penubuhan sekolah Tamil untuk orang India

b)

Mengadakan lawatan rasmi ke India

c)

Menubuhkan Tentera Kebangsaan India di Tanah Melayu dan Borneo Utara

d)

Membawa masuk lebih ramai pekerja dari India ke Tanah Melayu

21.

Apakah nama novel yang menceritakan kekejaman tentera Jepun terhadap masyarakat awam? (Buku teks m/s 73)

a)

Melor Kuala Lumpur

b)

Anak Mat Lela Gila

c)

Putera Gunung Tahan

d)

Nyawa di-hujong Pedang

22.

Anggota tentera ini mendapat latihan di India dan Sri Lanka dan kemudiannya dihantar ke Tanah Melayu melalui kapal selam atau diturunkan melalui payung terjun dari kapal terbang. Apakah nama pertubuhan anggota tentera yang dimaksudkan ini? (Buku teks m/s 76)

a)

Force 136

b)

Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu

c)

Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA)

d)

Parti Komunis Malaya (PKM)

23.

Siapakah nama individu yang menggunakan nama samaran "Lion of Malaya" dalam menggerakkan penentangan terhadap pendudukan tentera Jepun? (Buku teks m/s 78)

a)

Sybil Kathigasu

b)

Albert Kwok

c)

Datu Mustapha Datu Harun

d)

Gurchan Singh

24.

Mengapakah Kesatuan Melayu Muda (KMM) bekerjasama dengan Jepun? (Buku teks m/s 80)

a)

Supaya Tanah Melayu akan terus berada di bawah pemerintahan Jepun

b)

Supaya ekonomi Tanah Melayu semakin maju

c)

Supaya Tanah Melayu Melayu mendapat kemerdekaan

d)

Supaya dapat menyatukan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak

25.

Apakah fungsi Giyu Tai? (Buku teks m/s 80)

a)

Pasukan tentera sukarela untuk membantu Jepun mempertahankan Tanah Melayu

b)

Pasukan tentera yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu

c)

Menentang pendaratan tentera Jepun di Kelantan

d)

membantu pertahanan persisiran pantai dan menjaga ketenteraman awam

26.

Amerika Syarikat melancarkan pengeboman terhadap Jepun sebanyak dua kali iaitu pada 6 Ogos 1945 di Hiroshima dan 8 Ogos 1945 di Nagasaki. Mengapakah Amerika Syarikat melancarkan pengeboman tersebut? (Buku teks m/s 82)

a)

Menambah kekuatan kuasa paksi

b)

Menamatkan Perang Dunia Kedua

c)

Kemerosotan ekonomi Amerika Syarikat

d)

Menguji kekuatan senjata

27.

Apakah fungsi Gerakan Fi-Sabilillah yang ditubuhkan oleh orang Melayu? (Buku teks m/s 84)

a)

Mempertahankan maruah orang Melayu

b)

Bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun

c)

Menginginkan kemerdekaan Tanah Melayu bersama Indonesia

d)

Menyelesaikan pergaduhan kaum

28.

Bagaimanakah Bintang Tiga mentadbir Tanah Melayu? (Buku teks m/s 84)

I. Memperkuatkuasa undang-undang sendiri

II. Menubuhkan mahkamah yang dikendalikan oleh Komunis

III. Bekerjasama dengan British

IV. Memberi layanan yang baik terhadap orang Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan Iv

29.

Penguasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu adalah untuk jangka masa yang singkat iaitu selama (Buku teks m/s 84)

a)

10 hari

b)

12 hari

c)

14 hari

d)

16 hari

30.

Tokoh dalam gambar di atas menubuhkan pasukan Tentera Selempang Merah untuk menentang Bintang Tiga di Johor. Siapakah nama tokoh tersebut? (Buku teks m/s 84)

a)

Kiai Salleh

b)

Dato Onn Jaafar

c)

Abdul Razak bin Abdul Hamid

d)

Tengku Noordin