NEW
Font size
WorksheetsBM: PENANDA WACANA
Total questions: 30
Worksheet time: 5mins
Alia mendapati dompetnya hilang. ________ dompetnya tercicir atau tersalah letak.
Justeru
Mungkin
Akhirnya
Kemudian
Setelah ditanya oleh ayah, ________ abang mengaku menumbuk Alif Haikal.
lagipun
mungkin
akhirnya
kemudian
Jamil belum menghantar borang penyertaan pertandingan mengarang _________ tarikh tutup semakin hampir.
justeru
lagipun
namun
walhal
Azah kelihatan mengantuk lagi. _________ dia menolong ibunya di warung sehingga lewat malam.
Kemudian
Namun
Mungkin
Selain itu
Mula-mula basuh beras itu bersih-bersih. ____________ sukat air secukupnya.
Kemudian
Namun
Oleh itu
Dengan demikian
Rohaya seorang murid yang rajin dan berdisiplin. __________ dia sentiasa mendapat pujian daripada guru-gurunya.
Selain itu
Oleh sebab itu
Namun demikian
Biarpun demikian
Cikgu Shahir selalu memarahi murid-muridnya. ___________, murid-murid menghormatinya kerana beliau seorang guru yang berdedikasi.
Selain itu
Oleh sebab itu
Lebih-lebih lagi
Namun begitu
Kerajaan terpaksa menangguhkan banyak projek kerana kegawatan ekonomi. ___________, program membantu rakyat miskin tetap dilaksanakan.
Selain itu
Lebih-lebih lagi
Walau demikian
Oleh sebab itu
Berita yang disampaikannya sungguh mengejutkan saya. ___________, saya mencuba sedaya upaya untuk bertenang.
Namun demikian
Selepas itu
Oleh itu
Justeru
Pelajar yang bermasalah itu diminta menceritakan hal yang sebenarnya. ____________, diberi nasihat.
Mungkin
Selepas itu
Selain itu
Lebih-lebih lagi
Kami membawa murid-murid melawat ke Bandar Melaka untuk melihat kesan peninggalan sejarah. __________, kami bercadang akan berkelah di Tanjung Bidara.
Selain itu
Lebih-lebih lagi
Biarpun demikian
Namun demikian
Kehidupan Mak Leha diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. ____________, semangatnya masih kukuh untuk membesarkan anak-anaknya.
Mungkin
Oleh itu
Lebih-lebih lagi
Biarpun demikian
Simpan semua buku sekarang, __________ kita akan mengadakan kuiz teka silang kata.
kemudian
akan tetapi
selanjutnya
namun begitu
Orang ramai merungut kerana harga barang semakin naik. ___________, harga barangan keperluan.
Tambahan pula
Lebih-lebih lagi
Namun begitu
Oleh sebab itu
Setelah tiga hari berturut-turut Karim dan kawan-kawannya mendaki gunung itu, ___________ merek sampai juga di puncaknya.
namun
akhirnya
di samping itu
oleh yang demikian
"Amalina telah diserang demam campak. __________, dia tidak hadir ke sekolah," kata adiknya kepada Cikgu Tihani.
Semenjak itu
Di samping itu
Oleh sebab itu
Sebaliknya
Suatu kebakaran besar telah berlaku di Tanjung Sepat. _____________ tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Walau bagaimanapun
Namun demikian
Lantaran itu
Jika begitu
Andika mendapat gred 2A 3B dalam Ujian Percubaan UPSR. __________, semangatnya masih kental untuk berusaha.
Oleh sebab itu
Kalau begitu
Oleh sebab itu
Biarpun demikian
Basikal Leong terbabas ketika dia melalui selekoh yang licin itu. ____________, dia juga terlanggar sebatang pokok.
Dalam pada itu
Kalau begitu
Oleh itu
Biarpun demikian
Adik Mawar suka menonton filem rencana. __________ yang berkaitan dengan hidupan liar yang terdapat di Benua Afrika.
Tambahan lagi
Meskipun begitu
Biarpun demikian
Lebih-lebih lagi
Adam berlatih siang dan malam. __________, dia berharap dapat memenangi pertandingan syarahan itu.
Kemudian
Oleh sebab itu
Dengan demikian
Justeru
Setelah berkali-kali mencuba membuat kek coklat tanpa putus asa, ___________ emaknya berjaya juga.
akhirnya
lantaran itu
kemudiannya
oleh sebab itu
Puan Kalsom sungguh sibuk dengan tugasnya sebagai Guru Besar. ___________, dia tidak ada masa untuk menguruskan rumah tangganya.
Lantaran
Akhirnya
Di samping itu
Justeru
Laili telah berjaya memperoleh 10A dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. ___________, dia telah dianugerahkan tokoh pelajar di sekolahnya.
Sebaliknya
Namun
Sehubungan dengan itu
Maka
Projek itu telah mendapat kritikan hebat daripada pihak-pihak tertentu. ____________, pelaksanaannya tetap diteruskan.
Walaupun demikian
Kalau begitu
Dengan itu
Namun demikian
Kami sekeluarga akan pulang ke kampung selama dua minggu. ____________, ibu meminta jiran sebelah menjenguk-jenguk rumah kami.
Sungguhpun demikian
Walau bagaimanapun
Oleh sebab itu
Walaupun demikian
"Saya sudah memohon maaf daripadanya. __________, dia tetap tidak mahu bertegur sapa dengan saya," kata Iliya kepada Sarah.
Oleh sebab itu
Lantaran itu
Namun begitu
Di samping itu
Encik Farouk akan ke Arau sebentar lagi. ________, dia memastikan kenderaannya dalam keadaan selamat untuk digunakan.
Sebelum itu
Tambahan pula
Selepas itu
Tambahan lagi
Siti tidak mengikut kakaknya ke Kuala Lumpur. __________, dia mengikut rombongan sekolahnya ke Melaka.
Namun begitu
Sebaliknya
Oleh yang demikian
Walau bagaimanapun
Nampaknya masalah yang kamu hadapi telah dapat diselesaikan. __________, tidak perlulah saya membantu.
Dengan itu
Lebih-lebih lagi
Walaupun demikian
Kalau begitu
