wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Simpulan BahasaBahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Chui Lan _____ kerana dia mengulang kaji pelajaran sampai larut malam.

a)

berat mulut

b)

rabun ayam

c)

cangkul angin

d)

berat mata

2.

Murid yang _____ itu jarang berbual-bual dengan kawan-kawannya.

a)

bertikam lidah

b)

berat badan

c)

mulut murai

d)

berat mulut

3.

Hamid _____. Dia sentiasa belajar dengan bersungguh-sungguh.

a)

berat tulang

b)

ringan tulang

c)

kera sumbang

d)

ambil berat

4.

Anak kamu akan menjadi lebih nakal jika selalu _____ kepadanya.

a)

beri muka

b)

muka bantal

c)

air muka

d)

muka tempayan

5.

Ibu bapa saya berasa _____ kerana saya mendapat tempat pertama dalam pertandingan syarahan itu.

a)

besar hati

b)

besar diri

c)

naik angin

d)

setengah masak

6.

Chee Seng ber_____ . Dia takut untuk memasuki bilik yang gelap itu.

a)

kaki ayam

b)

buah fikiran

c)

hati tikus

d)

alas perut

7.

Datuk Gopal _____. Dia tidak pernah bersekolah.

a)

buta huruf

b)

geli hati

c)

berpeluk tubuh

d)

senyum kambing

8.

Peristiwa tentang Coronavirus itu telah menjadi _____ rakyat di seluruh negara.

a)

tangkai jering

b)

pening lalat

c)

buah mulut

d)

kacang hantu

9.

Puan Chai ____ di rumah orang kaya itu untuk menyara hidup keluarganya.

a)

gaji buta

b)

makan gaji

c)

diam ubi

d)

jiwa besar

10.

Badannya masih kotor kerana dia _____ tadi.

a)

mandi kerbau

b)

angkat bakul

c)

banyak lemak

d)

pening lalat

11.

Memberi nasihat kepada orang yang _____ itu merupakan perbuatan yang sia-sia.

a)

tidur ayam

b)

tangan terbuka

c)

keras kepala

d)

diam penggali

12.

Dia tidak suka _____ dalam hal orang lain.

a)

ada angin

b)

dalam tangan

c)

kaki bangku

d)

campur tangan

13.

Jika kamu menyimpan wang dalam bank, kamu akan mendapat ______ .

a)

bunga wang

b)

mata duitan

c)

makan gaji

d)

anak emas

14.

Penduduk-penduduk kampung itu saling menolong dan ber_____ .

a)

berat sebelah

b)

tolak ansur

c)

kecil hati

d)

besar kepala

15.

Murid-murid itu sedang bergotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah tetapi Halim _____ sahaja.

a)

bertegang leher

b)

ajak-ajak ayam

c)

bongkok sabut

d)

berpeluk tubuh

16.

Kamu harus bersikap adil. Jangan _____

a)

rabun ayam

b)

berat hati

c)

ada jalan

d)

pilih kasih

17.

Tidak baik kamu melakukan perbuatan yang _____ itu.

a)

setengah masak

b)

mandi peluh

c)

diam ubi

d)

menjolok mata

18.

Jangan sampaikan rahsia ini kepadanya kerana dia itu ______ .

a)

mulut tempayan

b)

berat mulut

c)

buah mulut

d)

mulut bantal

19.

Pada cuti yang akan datang, kami akan pergi ______ di tempat itu.

a)

langkah seribu

b)

curi tulang

c)

makan angin

d)

makan angkat

20.

Dia terpaksa _____ kerana sudah tiga bulan dia menganggur.

a)

ambil berat

b)

alas perut

c)

ikat perut

d)

durian runtuh