NEW
Font size
WorksheetsKATA NAMA
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Yang berikut merupakan kata nama Am Kecuali
a) Menteri Kanan
b) Puan Pengetua
c) Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin
d) Guru mata pelajaran Bahasa Melayu
Yang berikut merupakan jenis kata nama Kecuali
a) Kata Nama Am
b) Kata sendi Nama
c) Kata Nama Khas
d) kata Ganti Nama
Pilih ayat yang mengandungi lebih daripada dua Kata Nama Khas
a) Puan Norani dan murid-murid sedang mengadakan kelas secara atas talian pada petang ini.
b) Rakyat Malaysia diminta mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sehingga tarikh 14 April 2020.
c )Puan Norani sudah lama tidak bertemu dengan murid-murid Tingkatan 1 Setia.
d) Angka kematian akibat Covid -19 disahkan seramai 26 orang pada 28 Mac 2020.
Isikan ruang kosong di bawah dengan perkataan Kata Nama Terbitan yang sesuai untuk ayat berikut;
Mak cik Kiah berasa lega kerana .................................... hidupnya selama ini mendapat perhatian pihak kerajaan
a) kesukaran
b) keceriaan
c) kelangsungan
d) kehadiran
Pilih Kata Nama Am Abstrak yang mempunyai kesalahan ejaan
a) kebanyakan
b) kelayakkan
c) kenamaan
d) kesegaran
yang berikut merupakan Kata Nama Ganda kecuali
a) berbondong-bondong
b) sayur-mayur
c) buah-buahan
d) bukit-bukau
Yang berikut merupakan Kata Nama Majmuk Kecuali
a) alat tulis
b) gambar rajah
c) gunung berapi
d) anak-anak
Isikan ruang kosong di bawah dengan Kata Ganti Nama Diri yang sesuai.
".............................. akan menjunjung titah ke bawah Duli Paduka Sultan Setia Alam", sembah Hang Nadim kepada mamak bendahara.
a) Patik
b) Hamba
c) Tuanku
d) Baginda
Ruang kosong di bawah perlu diisi dengan kata ganti nama diri yang tepat.
"............................mesti menyiapkan latihan menulis ulasan selewat-lewatnya pada 30 April 2020" ,Kata Muthu kepada rakan-rakan kelasnya.
a) Kami
b) Kita
c) kamu
d) saya
Yamg berikut merupakan Kata Ganti Nama diri ketiga Kecuali
a) mereka
b) dia
c) kalian
d) baginda
Lengkapkan ayat di bawah dengan Kata Ganti Nama Diri Kedua yang sesuai
" Latihan ini sukar untuk dijawab ,. .................... ..... boleh berbincang dengan pasangan rakan di sebelah",kata Cikgu Fazri kepada murid-murid Tingkatan 1 setia .
a) anda
b) kamu
c) awak
d) engkau
Yang berikut merupakan jenis Kata Ganda kecuali
a)Kata Ganda Berentak
b) Kata Ganda Separa
c) Kata Ganda Penuh
d) Kata Ganda berpasangan
Sayur-sayuran merupakan jenis Kata .....................................
a) Kata Majmuk Berimbuhan
b) Kata Ganda Terbitan
c) Kata Ganda Separa
d) Kata Ganda Berentak
Pilih kata majmuk yang dieja dengan betul
a) gambarajah
b) aturcara
c) janji temu
d) ibubapa
Pilih perkataan dan pasangan kata yang betul
a) Kereta Proton X70 - Kata Nama Am
b) baju kurung - Kata Nama Khas
c) bendahara - Kata Ganti Nama
d) kalian - Kata Ganti Nama Diri kedua
Pilih kata ganda yang tepat untuk mengisi ruang kosong di bawah.
Rumah Mat ................................................malam ini apabila semua lampu neon dinyalakan.
a) gilang-gemilang
b) berkilau-kilauan
c) terang-berderang
d) berkerlip- kerlipan
Isikan dengan Kata Ganda Separa yang tepat
Fatihah menambahkan .................................. dalam bantalnya .
a) kekabu
b) jemari
c) kekuda
d) sesiku
Berikut merupakan Kata Ganda yang menunjukkan maksud jamak (bilangan yang banyak) kecuali
a) gula-gula
b) murid-murid
c) ikan-ikan
d) guru-guru
Berikut merupakan Kata Ganda yang menunjukkan maksud perbuatan berulang kali kecuali
a) mandi-manda
b) ulang-alik
c) bukit - bukau
d) lalu-lalang
Kata ganda berikut menunjukkan makna kepelbagaian pilihan sesuatu benda kecuali
a) kuih -muih
b) lauk-pauk
c) hiruk -pikuk
d) sayur-mayur
Kata Ganda berikut menunjukkan maksud sesuatu keadaan kecuali
a) kusut-masai
b) riuh-rendah
c) lintang-pukang
d) gunung-ganang
Pilih ayat yang menggunakan kata majmuk yang betul
a) Airel sukarela bersarapan di rumah.
b) Loges menjalani latihan olahraga di Stadium
c) Zong Yi menulis gambar rajah pada kertas lukisan
d) Dany makan sebiji buah merah jambu i.
Berikut merupakan imbuhan yang akan membentuk Kata Nama Terbitan kecuali
a) me.....kan , contohnya menjelaskan
b) Ke.............an , contohnya keadaan
c) pe......an , contohnya pelepasan
d) ..............an , contohnya kenangan
Pilih penggunaan Kata Ganti Tanya yang betul
a) Siapakah nama kucing ini ?
b) Bagaimanakah Encik Farhan bertolak ke Singapura?
c) Di manakah Puan Rozita akan bercuti pada bulan Disember ini?
d) Bila awak akan menghadapi ujian memandu ?
Ayat-ayat tersebut menggunakan Kata Ganti Tanya yang tepat Kecuali
a) Anak muda yang kacak itu siapa?
b) Apa yang menarik perhatian awak?
c) Mengapa kamu tidak datang ke rumah saya semalam?
d) Bagaimana kamu tahu saya berasal dari Johor?
Pilih satu ayat yang menggunakan Kata Ganti Tempat yang tepat.
a) "Semoga roh kamu tenang di sana", bisik Bunga Citra Lestari di pusara Ashraf Sinclair
b) " Saya meletakkan buku itu di situ", tunjuk Kumar ke arah padang , 500 meter dari tempat dia duduk.
c) " Saudara saya ramai di London, saya akan ke sini setiap kali cuti panjang" , Kata Maya kepada Wee Hong ketika sedang makan di Bangsar.
d) "Kamu boleh tinggal bersama-sama saya di sana", kata Mak Kiah kepada anak yatim piatu yang baharu kehilangan ibu bapanya minggu lepas
Yang berikut merupakan Kata Ganti Tanya kecuali
a) apabila
b) Mana
c) mengapa
d) siapa
Yang berikut merupakan Kata Ganti Tempat untuk keadaan kecuali
a) begini
b) begitu
c) demikian
d) maka
isikan tempat kosong dengan Kata Ganti Tak Tentu yang sesuai
Chee Kiat tidak terkata........................................setelah dimarahi oleh gurunya
a) mana-mana
b) apa-apa
c) siapa -siapa
d) bila-bila
semua ayat berikut merupakan ayat-ayat yang gramatis (betul tatabahasanya) Kecuali
a) Entah apa-apa yang dibawanya.
b) Tidak ada siapa-siapa di bangunan itu.
.c) Mana-mana sahaja boleh menyaksikan pertunjukan ini.
d) Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.
