Font size
WorksheetsNutrisi
Total questions: 19
Worksheet time: 7mins
Makanan dibahagikan kepada _______ kelas.
5
6
7
8
Makanan di atas merupakan sumber utama
Protein
Karbohidrat
Vitamin
Lemak
Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi karbohidrat?
Mengekalkan kesihatan tubuh badan
Membaiki tisu-tisu badan yang rosak.
Membekalkan tenaga kepada tubuh badan.
Mengangkut bahan-bahan terlarut dalam darah.
Makanan di atas merupakan sumber utama bagi makanan kelas
Karbohidrat
Vitamin
Protein
Lemak
Setiap gram ________________ membekalkan dua kali ganda tenaga berbanding karbohidrat.
Protein
Lemak
Vitamin
Garam mineral
Lemak terbentuk daripada
Asid hidroklorik dan Asid lemak
Asid hidroklorik dan gliserol
Asid lemak dan nitrogen
Asid lemak dan gliserol
Antara berikut, yang manakah merupakan vitamin larut lemak? (lebih dari satu jawapan)
Vitamin A
Vitamin B
Vitamin C
Vitamin K
Rabun malam adalah disebabkan kekurangan _______________ dalam badan.
Vitamin A
Vitamin B
Vitamin C
Vitamin D
Kekurangan Vitamin C dalam badan boleh menyebabkan penyakit ________
Beri-beri
Anemia
Skurvi
Darah lambat membeku
____________ sangat penting untuk merangsang peristalsis.
Air
Vitamin
Protein
Pelawas
Kehadiran protein dapat diuji dengan menggunakan
Reagen Millon
Larutan iodin
Alkohol
Larutan Benedict
Larutan iodin digunakan untuk menguji kehadiran
Kanji
Glukosa
Protein
Lemak
Faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan kalori seseorang individu ialah (tandakan semua jawapan yang betul)
Saiz badan
Kecantikan
Kesihatan
Pekerjaan
1 kalori = _______ joule
42
4.2
0.42
450
Namakan (2) dan (4)
(2)- Esofagus (4) Usus besar
(2)- Esofagus (4) Usus kecil
(2) Trakea (4) Apendiks
(2) Trakea (4) Perut
Mulut ---> Esofagus ---> (a) ---> Duodenum ---> Usus kecil ---> (b) ---> Rektum ---> Dubur
(a) Hati (b) Apendiks
(a) Perut (b) Jantung
(a) Perut (b) Usus besar
(a) Jantung (b) Usus besar
Enzim amilase mencernakan
Maltosa kepada glukosa
Kanji kepada maltosa
Protein kepada polipeptida
Dipeptida kepada asid amino
Hasil akhir pencernaan protein ialah
glukosa
asid lemak dan gliserol
vitamin
asid amino
Apakah nama enzim yang mencernakan lemak?
Amilase
Protease
Lipase
Maltase
