wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Klik pada jawapanpilihan anda.
 
1. Kakak Rihanah menghidangkan goreng keledek untuk tetamu yang datang ke rumahnya pada petang tadi.
a)
keledek goreng
b)
menghidang
2.
Encik Salman membeli hasil pertanian dari penduduk kampung dan menjualnya di pasar malam.
a)
dipasar malam
b)
daripada
3.
Para peserta-peserta kursus memasak itu diminta memasukkan setengah sudu garam ke dalam adunan tepung yang akan diuli.
a)
Para peserta
b)
Peserta peserta
4.
Baginda menitahkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di dalam melaksanakan tanggungjawab.
a)
Beliau
b)
dalam
5.
Mesyuarat pengurusan syarikat itu turut membincangkan lain-lain hal yang dibangkitkan oleh pengarah syarikat.
a)
hal-hal lain
b)
pengurus
6.
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Klik pada jawapan pilihan anda.

1. Ariyan perlu membuat keputusan samada mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara ataupun tidak.
a)
sama ada
b)
atau pun
7.
Galakkan daripada ibu bapa banyak membantu meningkatkan prestasi murid. 
a)
Galakan
b)
ibubapa
8.
Mereka sekeluarga akan ke Pulau Pinang dengan menaiki keretapi. 
a)
kePulau Pinang
b)
kereta api
9.
"Boleh _______ tumpang bertanya?" kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.
a)
kamu
b)
awak
c)
kami
d)
saya
10.
"Kalau ________ izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu,"sembah ahli nujum kepada sultan.
a)
tuan
b)
tuanku
c)
baginda
d)
tuan hamba
11.
"_______ akan menentang pasukan lawan dengan bersungguh-sungguh,"ikrar para pemain itu kepada jurulatih mereka.
a)
Dia
b)
Kita
c)
Kami
d)
Mereka
12.
"Saya berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak _______," kata Chandran kepada majikannya, Puan Mei Ling.
a)
encik
b)
puan
c)
tuan
d)
cik
13.
Setelah sultan itu mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu pun diserahkan kepada putera _______.
a)
baginda
b)
tuanku
c)
beta
d)
nya
14.
"Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya," kata Ani kepada kawan-kawannya.
a)
dia
b)
awak
c)
beliau
d)
kalian
15.
Apakah maksud hati kering?
a)
degil
b)
penakut
c)
pemalu
d)
pemaaf
16.

Lihat gambar bersiri di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar bersiri tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.

a)

bersatu teguh bercerai roboh

b)

usaha tangga kejayaan

c)

di mana ada kemahuan, disitu ada jalan

d)

bersatu padu usaha jaya

17.
Maksud prasarana
a)
infrastruktur
b)
kasut
c)
batu
d)
kain
18.

Lihat gambar di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.

a)

otak yang cerdas datang daripada badan yang sihat

b)

bersukan pasti menyihatkan tubuh badan

c)

mencegah adalah lebih baik daripada mengubati

d)

bermandi peluh

19.

Lihat gambar bersiri di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.

a)

berat sama dipikul ringan sama dijinjing

b)

bukit sama didaki,lurah sama dituruni

c)

bersatu bertambah mutu

d)

seperti gula dengan semut

20.

Baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,tulis satu peribahasa yang sesuai.


Penduduk kampung Mutiara dan penduduk kampung chempaka telah bergotong -royong membina jambatan yang runtuh itu bagi membolehkan mereka menjalankan urusan seharian bersama-sama.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

muafakat membawa hikmat

c)

bersih amalan mulia

d)

kebersihan separuh daripada iman