WorksheetsKuiz Tatabahasa
Total questions: 16
Worksheet time: 9mins
Jambatan yang ________ itu akan dilebarkan oleh pekerja Majlis Daerah Batu Pahat untuk kemudahan penduduk Kampung Parit Raja.
patah
senget
sempit
pendek
Nelayan itu membuang ________ yang tersangkut pada pukatnya kerana hidupan laut ini tidak boleh dimakan.
bari-bari
abuk-abuk
sibur-sibur
ampai-ampai
Pelbagai ________ telah diberikan oleh pemaju perumahan itu kerana gagal menyiapkan Projek Kediaman Mesra Rakyat itu.
alasan
kritikan
cemuhan
tohmahan
________ pandangan pegawai penyiaran Radio dan Televisyen Malaysia itu, rancangan dokumentari sangat sesuai ________ tontonan seisi keluarga.
Pada ... untuk
Pada ... dengan
Bagi ... terhadap
Dalam ... kepada
Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya ________ melawat ke Pulau Langkawi pada cuti persekolahan akhir tahun nanti.
akan
harus
masih
pernah
Muhammad Aidil dan kawan-kawannya amat gemar ________ Internet untuk mendapatkan maklumat tentang pelajaran yang mereka kehendaki
merayau
melayari
meninjau
menjenguk
Sultan Selangor dan Sultanah Norashikin ________ menerima mengadap delegasi seni dan kebudayaan dari negara Brunei Darussalam itu.
bertitah
berkenan
berangkat
bersemayam
________ murid Tahun Enam Waja membuat kerja masing-masing apabila melihat Cikgu Hamdan menuju ke kelas mereka.
Semua
Seluruh
Sekalian
Setengah
Pengurus syarikat jualan langsung itu selalu menabur janji kepada para pelanggannya namun, satu pun tidak pernah ditunaikannya.
Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
lesung mencari alu.
lidah tidak bertulang
nasi sudah menjadi bubur.
menanti kucing bertanduk.
Golongan remaja yang masih menganggur dipelawa untuk menceburi bidang ketenteraan sebagai kerjaya mereka.
Pilih perkataan sinonim bagi menceburi.
melibati
merestui
mewarisi
mendalami
Penyerahan bantuan khas kepada mangsa banjir itu akan dijalankan pada pagi ini di Dewan Orang Ramai Kampung Sentosa.
Pilih perkataan antonim bagi penyerahan.
Penutupan
Pengambilan
Penyampaian
Penganugerahan
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Saya telah serahkan skrip jawapan karangan saya itu kepada Cikgu Farhana untuk disemak dan dinilai semula.
Di manakah Cikgu Farhana letakkan skrip jawapan karangan kamu itu?
Bilakah kamu serahkan skrip jawapan karangan kamu itu kepada Cikgu Farhana?
Siapakah yang mengambil skrip jawapan karangan kamu itu daripada Cikgu Farhana?
Mengapakah kamu serahkan skrip jawapan karangan itu kamu kepada Cikgu Farhana?
Pilih ayat yang betul.
Cik Lizawatie baharu sahaja melaporkan diri di tempat kerja barunya.
Dia baharu sahaja sampai dari Kuala Lumpur menaiki kereta api elektrik.
Encik Ghani membeli kereta baru di Kota Bharu, Kelantan baharu-baharu ini.
Abang menghadiahi adik basikal baharu sempena hari ulang tahun kelahirannya.
Pilih ayat yang betul.
Mahadi menjaga beberapa ekor anak kucing siam dan anak kucing parsi.
Seri Rampai Restoran menyediakan pelbagai jenis masakan ala Pantai Timur.
Lelaki itu ditangkap polis kerana menjual barang lancung kepada pelanggannya.
Pekerja Jabatan Pertanian sedang memperdalamkan parit di kawasan bendang itu.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
“Ceritakan masalah kamu itu. Mungkin saya dapat menolong kamu, Aufa,” kata Aini.
Aini menasihati Aufa agar menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu.
Aini meminta Aufa menolongnya menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Aini memujuk Aufa membersihkan masalah yang dihadapinya supaya boleh berakhir.
Aini meminta Aufa menceritakan masalah yang dialaminya supaya boleh diselesaikan.
Jambatan yang ________ itu akan dilebarkan oleh pekerja Majlis Daerah Batu Pahat untuk kemudahan penduduk Kampung Parit Raja.
patah
senget
sempit
pendek
