wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KMK - Apresiasi sastera

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Maka pendekar Jepun itu pun turun ke tanah menghunus pedangnya serta dengan amarahnya, beberapa dilarang oleh hulubalang Siam tiada didengarnya. Phra Cau sendiri lalu dilarangnya. Maka ia pun berseru-seru,katanya, “Hai Melayu, turunlah engkau! Jika tiada turun supaya kunaiki balairung kutendas kepalamu.”


Soalan:

Dua teknik penceritaan dalam petikan

a)

Teknik pemerian

b)

Teknik imbas kembali

c)

Teknik monolog

d)

Teknik dialog

2.

Maka sebermula Jepun yang lepas dua orang itu mudik ke hulu Siam, lalu ke Kemboja. Setelah sampai maka ia memberitahu segala tempat di Kemboja itu, segala hal ehwalnya diberinya tahu. Maka segala Jepun yang di Kemboja itu pun terlalu amarah lalu berlengkap akan mengadang Laksamana itu. Setelah lengkap, maka Jepun itu pun hilirlah lalu ke Benua Siam. Maka kata panglima Jepun itu, “Di sinilah baik kita mengadang Laksamana itu.” Maka lalu ia duduk di kuala itu.

Soalan:

Tiga latar tempat yang terdapat dalam petikan

a)

Kemboja

b)

Benua Siam

c)

Hulu Siam

d)

Hulu Selangor

3.

Setelah datang kepada Laksamana, maka kata Syahbandar, “adapun hamba datang ini disuruhkan Oga Bagelang mengajar perintah mengadap raja Phra Cau, kerana perintah Siam lain, Melayu lain".


Soalan:

Tiga watak dalam petikan di atas

a)

raja Phra Cau

b)

Sultan Melaka

c)

Laksamana

d)

Syahbandar

4.

Setelah dilihat oleh Phra Cau Laksamana amarah itu, maka titah Phra Cau, “Laksamana jangan amarah.” Maka Laksamana pun menyembah “ Daulat tuanku, patik mohonkan ampun.


Soalan:

Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan

a)

Kita hendaklah bertanggungjawab

b)

Kita janganlah mudah berasa marah

c)

Kita hendaklah bersikap rasional

5.

Hai Laksamana, jangankan empat ekor Raja Melaka hendakkan gajah, jika empat puluh sekalipun kita beri!” Maka sembah Laksamana, “Daulat Tuanku.” Maka Phra Cau pun hairan melihat sikap Laksamana dan tahu berkata-kata cara Siam dengan fasih lidahnya dan manis suaranya.

Soalan:

Dua nilai murni dalam petikan

a)

nilai pemurah

b)

nilai kebijaksanaan

c)

nilai bertanggungjawab

d)

nilai keprihatinan

6.

Maka negeri Melaka kararlah , kerana Laksamana dan Bendahara memelihara akan negeri itu dengan sempurnanya.


Soalan :

Nyatakan jenis latar dalam petikan di atas

a)

Latar masyarakat

b)

Lata tempat

c)

Latar masa

7.

Setelah keesokan hari maka Oya Bagelang dan Laksamana pun masuk mengadap.


Soalan:

Nyatakan jenis latar dalam petikan

a)

Latar masyarakat

b)

Latar tempat

c)

Latar masa

8.

Adapun pada penglihatan patik, Phra Cau raja besar, rakyat pun banyak; sekalian terhal lakunya; belanja pun benda yang pecah belah, batil pecah dibelanjakan.


Soalan:

Jenis latar dalam petikan

a)

Latar masyarakat

b)

Latar masa

c)

Latar tempat

9.

Raja Phra Cau menghadiahkan 4 ekor gajah kepada Hang Tuah untuk membalas jasanya kerana telah menyelamatkannya daripada dibunuh


Soalan:

Persoalan yang terdapat dalam petikan

a)

Persoalan tentang keistimewaan Laksamana HangTuah.

b)

Persoalan tentang menghargai pertolongan.

c)

Persoalan tentang kebijaksanaan Hang Tuah sebagai utusan Raja Melaka.

10.

Hang Tuah telah berjaya membunuh 7 orang pendekar Jepun dan musuh-musuhnya yang lain.


Soalan :

Persoalan yang terdapat dalam petikan

a)

Persoalan tentang kepahlawanan Laksamana Hang Tuah menghadapi musuh.

b)

Persoalan tentang menghargai pertolongan

c)

Persoalan tentang menghargai amanah melaksanakan tanggungjawab

11.

Hang Tuah bijak memberi alasan bahawa dia mempunyai penyakit agar dia tidak perlu merangkak untuk mengadap Raja Siam


Soalan:

Persoalan yang terdapat dalam petikan

a)

Persoalan tentang kepahlawanan Laksamana Hang Tuah menghadapi musuh.

b)

Persoalan tentang kebijaksanaan Hang Tuah sebagai utusan Raja Melaka.

c)

Persoalan tentang menghargai pertolongan.

12.

Sampai di Melaka Laksamana dititahkan untuk merajakan Raden Bahar di Bukit Siguntang Mahabiru.


Penyataan di atas ..............................

a)

salah

b)

betul

c)

tidak pasti

13.

Raden Emas Ayu melahirkan seorang puteri diberi nama Puteri Gunung Ledang manakala Tun Teja melahirkan dua orang putera diberi nama Sultan Mahmud dan Sultan Muhammad.


Penyataan di atas ............

a)

salah

b)

betul

c)

tidak pasti

14.

Sastera epik - Hang Tuah diutus ke Benua Siam, bertemakan

a)

keinginan raja Melaka meluaskan jajahan takluk

b)

jalinan hubungan diplomatik antara sesebuah negara dengan negara yang lain

15.

Maka Laksamana pun amarah lalu mengambil pedang parsi lalu melompat keluar. Maka Laksamana pun menyembah lalu turun berhadapan dengan pendekar itu seraya berkata, “ Hai, sikafir, mari ku penggal kepalamu, seraya memarang musuhnya dengan sekali libas sahaja.


Soalan:

Nyatakan dua perwatakan yang ada pada Laksamana

a)

seorang yang penakut

b)

seorang yang pemarah

c)

seorang yang tangkas bermain senjata

d)

seorang yang berani