wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANTI NAMA

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

"____________ perlu jujur dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan," pesan Cikgu Harlina kepada murid-muridnya.

a)

Mereka

b)

Kita

c)

Kalian

d)

Dia

2.

Dalam pertandingan orkestra itu, murid-murid telah mempamerkan persembahan terbaik yang melayakkan _________ untuk menerima Anugerah Emas.

a)

dia

b)

kami

c)

kalian

d)

mereka

3.

__________ yang mewakili sekolah dalam pertandingan catur itu diminta supaya berkumpul di dewan.

a)

Siapa

b)

Mana-mana

c)

Sesiapa

d)

Apa-apa

4.

"____________turut bersimpati terhadap rakyat negara ini akibat musim kemarau yang berlaku sepanjang tahun ini," titah Sultan Ahmad.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Saya

d)

Tuanku

5.

Pasukan debat dari sekolah _________kah yang menjuarai pertandingan akhir itu?

a)

apa

b)

bila

c)

mana

d)

siapa

6.

"Novel ___________ saya pinjam dari perpustakaan sekolah semalam," kata Asmah yang memegang sebuah novel.

a)

itu

b)

ini

c)

mana

d)

apa

7.

"Sila letakkan buku-buku yang sudah dibaca di _______," kata Puan Salwa sambil memberikan sebuah kotak kepada murid itu.

a)

situ

b)

sini

c)

sana

d)

mana-mana

8.

"____________ utusan daripada Sultan Melaka, tuanku," sembah Hang Tuah ketika menghadap Sultan Pahang.

a)

Saya

b)

Beta

c)

Patik

d)

Hamba

9.

"Tolong buka beg kamu, saya nak tengok ________ apa yang ada di dalamnya," kata Cikgu Kamal kepada Leman.

a)

mana

b)

apa

10.

"Wakil rakyat itu akan datang ke ______ sebentar lagi," kata ketua kampung kepada pemuda di sebelahnya.

a)

sana

b)

sini

11.

Perasmi sukan tahunan sekolah kamu _______?

a)

siapa

b)

bila

12.

"________ lagi yang tidak kena pada kamu, Nisa?" tanya ibu.

a)

Mana

b)

Apa

13.

Peti sejuk __________lah yang dimenangi oleh Halijah semasa acara cabutan nombor bertuah yang diadakan di pasar raya tempoh hari.

a)

itu

b)

ini

14.

Kedai hiasan dalaman di seberang jalan _______ dihias cantik.

a)

itu

b)

ini

15.

Lelaki yang datang ke rumah kamu semalam _________?

a)

siapa

b)

siapakah