NEW
Font size
WorksheetsProsa Asal Padi
Total questions: 19
Worksheet time: 10mins
Apakah tema bagi prosa Asal Padi?
kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah
kelebihan menanam padi
kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara
Berikut merupakan watak yang terdapat dalam prosa Asal Padi kecuali
Si Bongsu
Empunya Padi
Si Pipit
Si Gagak
Berikut merupakan perwatakan Si Bongsu kecuali
seorang yang gigih
seorang yang penakut
seorang yang bijak mencari akal
seorang yang berpandangan jauh
Latar tempat yang terdapat dalam prosa Asal Padi ialah
di sungai
di kolam ikan
di kedai
Bagaimanakah Si Bongsu dapat pergi ke kayangan?
menggunakan kuasa ajaib
menerusi pokok kacang ajaib
dengan menggunakan pelangi
Apakah yang berlaku sehingga menyebabkan tumit kaki Si Bongsu terluka?
Si Bongsu terpijak sesuatu yang tajam
Empunya Padi menghempas Si Bongsu ke tangga pelangi
Empunya Padi menyepak kaki Si Bongsu
Si Bongsu sengaja mencederakan tumit kakinya
Mengapakah Empunya Padi tidak memberi keizinan kepada Si Bongsu untuk membawa pulang dan menanam padi di bumi?
Empunya padi tahu bahawa sekiranya padi dibawa dan ditanam di bumi, tanaman padi di kayangan tidak akan menjadi atau tidak subur.
Empunya padi tidak mahu Si Bongsu menjadi seorang yang tamak.
Empunya padi sengaja tidak mengizinkan Si Bongsu untuk menanam padi kerana dia tidak mahu bersaing dengan Si Bongsu.
Bagaimanakah cara Si Bongsu membawa pulang butir padi ke bumi?
mengambil segenggam padi memasukkan ke dalam mulutnya.
memasukkan butir-butir padi di celah-celah luka di tumitnya.
menyimpan butir padi di dalam poketnya
Apakah yang dilakukan oleh Si Pipit ketika melihat padi di bumi?
Si Pipit terus pulang ke kayangan untuk memberitahu kepada Empunya Padi bahawa di bumi terdapat padi yang sedang berbuah.
Si Pipit membawa pulang beberapa butir padi untuk ditunjukkan kepada Empunya Padi sebagai bukti padi sedang berbuah.
Si Pipit telah memakan padi tersebut sebelum pulang semula ke kayangan dan memberitahu tuannya bahawa tiada padi di bumi.
Apakah yang dilakukan oleh Si Tekuri setelah mengetahui bahawa di bumi terdapat padi yang sedang berbuah?
Si Tekuri bertengkar dan berlaga dengan SI Pipit sehingga Si Pipit mati.
Si Tekuri memakan padi tersebut.
Si Tekuri terus pulang ke kayangan untuk memeberitahu kepada tuannya.
Berikut merupakan persoalan bagi prosa Asal Padi kecuali
persoalan kesanggupan menipu untuk mendapatkan sesuatu
persoalan kesetiaan dalam menjalankan tugas
persoalan berkongsi harta dalam kehidupan
persoalan kebijaksanaan mencari akal
Nilai yang terdapat dalam prosa Asal Padi ialah
Nilai prihatin
Nilai kebijaksanaan
Nilai bekerjasama
Siapakah yang pergi ke kayangan?
Si Hang Tuah
Si Bongsu
Si Hitam
Si Jebat
Apakah yang dilihat oleh Si Bongsu di kayangan?
Padi
Burung
Puteri
Durian Musang King
Apakah peristiwa yang menyebabkan tumit Si Bongsu luka?
Dicederakan oleh Empunya Padi
Dipukul oleh burung terkuri
Dimakan oleh harimau
tersepak tunggul
Apakah peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian?
Si Bongsu berani memukul empunya padi
Si Bongsu berani mengambil padi dari kayangan
Si Bongsu berani melawan raksasa
Si Bongsu berani kerana benar
Si Bongsu mempunyai nilai bijaksana kerana...
Dia berjaya menyelesaikan masalah negara
Dia selalu menjawab soalan teka-teki
Dia berjaya menjadi kaya raya
Dia berjaya menyembunyikan padi untuk dibawa turun ke bumi
Apakah kesudahan prosa klasik asal padi?
Si Bongsu berkahwin dengan puteri raja
Orang kayangan turun ke bumi
Si Terkuri berkelahi dengan Burung Pipit sehingga tembolok burung pipit beralih ke arah tengkuknya.
Si Bongsu mati kelaparan
Soalan Bonus: Siapakah nama penuh guru bahasa Melayu anda?
Nealofar
Cik Mira Filzah
Tn,haji Rusly bin Musa
Pn.Norazrah binti Azri
