wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pemahaman (L1)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

1. "Sultan Ahmad Zikrullah akan berangkat ke negara Jepun. Keberangkatan __________ ke sana adalah atas urusan rasmi negara," kata jurucakap pihak istana.

a)

patik

b)

hamba

c)

beliau

d)

baginda

2.

2. Aktiviti ini selamat. _____________, kamu semua perlu berhati-hati.

a)

oleh sebab itu

b)

kemudian

c)

walau bagaimanapun

d)

tambahan pula

3.

3. “Jika ____________ ada apa-apa soalan, bertanyalah sekarang sebelum peperiksaan bermula,” kata Cikgu Teja kepada calon-calon UPSR itu.

a)

saya

b)

kami

c)

anda

d)

saudara

4.

4. Hishamuddin terpijak dahan yang _____________; sebab itu dia terjatuh daripada pokok itu.

a)

lusuh

b)

rapuh

c)

lembut

d)

rangup

5.

5. “Tengok sahaja lakarannya, saya sudah tahu siapakah _____________nya,” ujar lelaki separuh abad itu.

a)

novelis

b)

carpenis

c)

kartunis

d)

dramatis

6.

6. Sesiapa yang ingin menyertai pertandingan nyanyian itu perlu hadir untuk sesi _____________ yang akan diadakan di stesen televisyen tersebut.

a)

uji bakat

b)

uji minda

c)

soal jawab

d)

soal siasat

7.

7. Farhah menggunakan ________________ lidi sebagai penyapu untuk membersihkan kotoran di lantai.

a)

segenggam

b)

selisih

c)

sekepal

d)

segumpal

8.

Pada malam itu, kawasan perumahan Taman Setia ______________ kerana bekalan elektrik terputus.

a)

bergelap

b)

digelapkan

c)

menggelap

d)

menggelapkan

9.

Permaisuri menitahkan Putera Muhaimin membersihkan diri setelah melihat tubuh badan anakandanya itu dipenuhi kotoran. Apakah yang akan dilakukan oleh Putera Muhaimin selepas itu?

a)

bertitah

b)

bersemayam

c)

bersiram

d)

berangkat

10.

Aryan yang dikejar anjing itu berlari ______________ sambil ______________ meminta tolong.

a)

lintang-pukang ..... menjerit

b)

ulang-alik ...... menjinjing

c)

simpang-siur ..... meraung

d)

mundar-mandir ..... berpekik

11.

11. "Sementara masih bekerja, simpanlah sebahagian gaji kamu itu untuk masa tua,” pesan Haji Salahuddin kepada anak-anaknya. Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah...

a)

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

b)

kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

c)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

d)

beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis

12.

12. Murid-murid perlu berbaris ketika menaiki bas sekolah untuk menjaga keselamatan mereka. Pilih perkataan sinonim bagi berbaris.

a)

berkumpul

b)

berhimpun

c)

beratur

d)

bersusun

13.

Burung tempua itu hinggap di dahan meranti yang tinggi. Pilih perkataan antonim bagi hinggap.

a)

terbang

b)

berehat

c)

bergayut

d)

tersangkut

14.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong. Keputusan pengadil yang ______________ telah menghampakan para penyokong yang menyaksikan perlawanan bola sepak itu.

a)

hilang akal

b)

berbelah bagi

c)

berat sebelah

d)

langkah kanan

15.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan. Plastik, kertas, aluminium, kaca, dan sesetengah jenis kayu merupakan antara barangan yang boleh dikitar semula.

a)

Apakah jenis barang yang boleh dikitar semula?

b)

Mengapakah barang-barang tersebut boleh dikitar semula?

c)

Bagaimanakah cara untuk mengitar semula barang-barang yang dinyatakan di atas?

d)

Benarkah kelima-lima jenis barang tersebut boleh dikitar semula?

16.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Kasut sekolah itu dicuci oleh Ahmad sebelum dia pergi ke kelas tambahan.

a)

Ahmad ke kelas tambahan sebelum mencuci kasut sekolah.

b)

Ahmad pergi ke kelas tambahan dengan mencuci kasut sekolah.

c)

Sebelum pergi ke kelas tambahan, Ahmad mencuci kasut sekolah.

d)

Setelah pergi ke kelas tambahan Ahmad mencuci kasut sekolahnya.

17.

17. Ustaz Iqbal bertanya kepada Nurathilah sebab dia tidak menyiapkan latihan Bahasa Melayu itu.

a)

“Nurathilah, bagaimanakah dengan latihan Bahasa Melayu itu?” tanya Ustaz Iqbal..

b)

“Nurathilah, mengapakah kamu tidak menyiapkan latihan Bahasa Melayu itu? tanya Ustaz Iqbal.

c)

“Ustaz Iqbal, bagaimanakah saya hendak menyiapkan latihan Bahasa Melayu itu?” tanya Nurathilah.

d)

“Nurathilah, mengapakah kamu tidak bertanya kepada saya cara-cara untuk membuat latihan Bahasa Melayu itu? tanya Ustaz Iqbal.

18.

Pilih ayat yang betul.

a)

Berapa batang jalan ditutup kerana dinaiki air selepas hujan lebat.

b)

Malaysia memiliki pulau-pulau yang kaya dengan flora dan fauna.

c)

Jika sekiranya kamu mengalami apa-apa masalah, kamu haruslah menceritakannya kepada keluarga kamu.

d)

Kami berharap agar supaya pasukan sekolah dapat beraksi dengan baik sekali dalam pertandingan itu.

19.

Pilih ayat yang betul.

a)

Para peserta-peserta perkhemahan itu sedang berkumpul di padang sekolah.

b)

Kedua adik-beradik itu merupakan pemain bola jaring sekolah.

c)

Zubair turun ke sawah untuk mencari rezeki pada setiap pagi.

d)

Setengah masalah dapat diselesaikan melalui perbincangan.

20.

Pilih ayat yang betul.

a)

Aisyah belum pernah bertemu dengan Fatimah kecuali mereka sudah lama berhubung.

b)

Athirah memberitahu ibunya yang dia hendak meminjam buku dipusat sumber.

c)

Rayyan tersenyum bila terserempak dengan Ustazah Hammimah dikantin.

d)

Danish meneruskan lariannya walaupun lututnya luka akibat terjatuh.