wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PQS F5 : Pengajian Quran Tajuk 4 : RASUL DAN PERANANNYA

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Intisari ayat 128 surah at-Taubah ialah

a)

Allah mengutus Nabi Adam kepada manusia kerana beliau sangat prihatin kepada umatnya ketika itu

b)

Allah mengutus Rasulullah dari kalangan manusia yang sangat prihatin terhadap umatnya

c)

Allah mengutus Rasulullah kepada manusia supaya boleh mengajar tentang cara-cara kehidupan

2.

Nyatakan sebab Rasul dipilih dari kalangan manusia

a)

Manusia sendiri lebih mengetahui keperluan hidup mereka

b)

Rasul mengajar tentang akhlak mulia dan terpuji kepada manusia

c)

Manusia memiliki akal dan jangkauan ilmu yang sangat terbatas

3.

Mengapa manusia perlu kepada pimpinan Rasul?

a)

Memudahkan manusia mempercayai kerasulan

b)

Manusia adalah makhluk yang telah dipilih oleh Allah

c)

Menjelaskan kepada manusi tentang perkara-perkara ghaib

4.

Pilih dua tugas para Rasul

a)

Menyampaikan segala perintah Allah sahaja

b)

Memberi amaran tentang balasan buruk di akhirat kelak

c)

Menunjukkan kepada manusia agama yang benar

5.

Contoh kasih sayang Rasulullah kepada umatnya

a)

Rasulullah sentiasa mendoakan kesejahteraan umatnya walaupun dihina seperti peristiwa di Hudaibiyah

b)

Rasulullah sentiasa bangun untuk qiamullail pada setiap hari

c)

Rasulullah berpesan tentang solat , wanita dan umatnya walaupun ketika hampir wafat

6.

Pilih 2 sifat kepimpinan Rasulullah yang boleh dicontohi

a)

Berlaku adil terhadap hamba abdi sahaja

b)

Memiliki keperibadian yang tinggi

c)

Istiqomah dalam melaksanakan tugas

7.

Akibat mengabaikan kepimpinan Rasulullah

a)

Hidup dalam kemiskinan kerana jauh dari rahmat Allah

b)

Hidup dalam kesesatan di dunia dan di akhirat

c)

Tidak akan mendapat syafaat di akhirat kelak

8.

Maksud tawakkal ialah

a)

Berserah diri kepada Allah kerana Allah adalah tempat pergantungan

b)

Setelah berusaha bersungguh-sungguh maka berserah diri kepada Allah

c)

Berserah diri kepada Allah kerana memiliki sifat sabar dalam menempuh ujian Allah

9.

Cara bacaan pada kalimah berikut أَن يَتُوبَ

a)

Dibaca dengung dengan kadar 2 harkat

b)

Dibaca dengan jelas tanpa dengung

c)

Dibaca panjang dengan kadar 2 harkat

10.

Sila nyatakan hukum tajwid pada kalimah " غَفُورٌ رَّحِيمٌ

a)

Idgham maal ghunnah

b)

Idgham bila ghunnah

c)

Idgham syafawi