wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Dasar Kewangan

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud dasar kewangan?

a)

Cara kerajaan mempengaruhi kegiatan ekonomi melalui kawalan bekalan wang dan kadar bunga

b)

Dilaksanakan melalui perubahan dasar cukai dan perbelanjaan kerajaan

c)

Semua pendapatan yang diterima oleh kerajaan

d)

Semua perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan

2.

Apakah tujuan dasar kewangan mengembang dilaksanakan?

a)

Menambahkan bekalan wang dalam ekonomi

b)

Mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi

c)

Digunakan untuk mengatasi masalah inflasi

d)

Mengurangkan aktiviti pelaburan dalam ekonomi

3.

Apakah tujuan dasar kewangan menguncup dilaksanakan

a)

Digunakan untuk mengatasi masalah pengangguran

b)

Menambahkan bekalan wang dalam ekonomi

c)

Mengurangkan bekalan wang dalam ekonomi

d)

Meningkatkan aktiviti pelaburan dalam ekonomi

4.

Manakah yang bukan alat dasar kewangan?

a)

kadar faedah

b)

surat jaminan kerajaan

c)

perbelanjaan kerajaan

d)

syarat sewa beli

5.

Rajah menunjukkan kesan suatu tindakan yang dijalankan oleh kerajaan semasa inflasi.


Kos pinjaman naik ----> pelaburan firma berkurang dan bekalan wang berkurang ----> Ekonomi stabil


Apakah tindakan tersebut?

a)

menaikkan kadar faedah

b)

menurunkan kadar rizab tunai

c)

menurunkan kadar rizab berkanun

d)

memendekkan tempoh pembiayaan

6.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan kesan kenaikan kadar faedah kepada pengguna?


I Jumlah pinjaman pengguna bertambah

II Perbelanjaan penggunaan bertambah

III Kos pinjaman pengguna naik

IV Bayaran secara kredit berkurang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Antara berikut manakah yang merupakan ciri-ciri kemelesetan ekonomi?


I Pengeluaran firma meleset

II Tingkat guna tenaga menurun

III Kos pengeluaran firma meningkat

IV Harga barang meningkat secara mendadak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Bank Negara Malaysia menurunkan kadar rizab tunai bank perdagangan.


Apakah kesan tindakan tersebut terhadap ekonomi negara?

a)

inflasi dapat dikawal

b)

Jumlah permintaan barang akan jatuh

c)

Keupayaan bank memberi pinjaman meningkat

d)

Penawaran wang dalam pasaran berkurang

9.

Pernyataan manakah betul apabila bank pusat melonggarkan syarat sewa beli untuk membeli kenderaan?

a)

Permintaan meningkat

b)

Ansuran bulanan menjadi semakin tinggi

c)

Tempoh bayaran balik menjadi lebih pendek

d)

Jumlah wang pendahuluan semakin bertambah

10.

Pernyataan manakah yang benar mengenai kesan alat dasar kewangan terhadap objektif makroekonomi?

a)

Apabila kerajaan meningkatkan nisbah rizab berkanun, tingkat harga umum akan naik

b)

Apabila kerajaan melonggarkan syarat sewa beli, pertumbuhan ekonomi akan menjadi pesat

c)

Apabila kerajaan menjual surat jaminan kerajaan, aliran masuk wang ke dalam negara akan bertambah