wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Minda Sihat

Total questions: 15

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Apakah nama buletin yang dimuatnaik oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling pada setiap hari bagi segmen 1 Hari 1 Info?

a)

Buletin Bimbingan dan Kaunseling

b)

Buletin Sihat Minda

c)

Buletin Mental Sihat

d)

Buletin Minda Sihat

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan Kesihatan Mental?

a)

Kesihatan mental bermaksud individu yang bebas dari penyakit mental.

b)

Kesihatan mental bermaksud individu yang berupaya untuk mengurus emosi, berfikiran positif dan rasional dalam membuat sesuatu tindakan serta mampu menyumbang kepada masyarakat.

c)

Kesihatan mental bermaksud individu yang tahu membezakan perkara yang baik dan tidak baik.

d)

Kesihatan mental bermaksud individu yang sihat dari segi fizikal dan juga mental.

3.

___________ ialah perasaan jiwa yang kuat seperti gembira, sedih, takut. marah dan lain-lain.

a)

Minda Sihat

b)

Kesihatan Mental

c)

Emosi

d)

Stres

4.

Kecewa, rasa bersalah, cemas, curiga dan benci adalah emosi ____________.

a)

Baik

b)

Jahat

c)

Positif

d)

Negatif

5.

Sumayyah merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Sumayyah mempunyai rakan baikyang bernama Fatimah. Latar belakang keluarga Fatimah adalah sederhana berbanding Sumayyah. Pada suatu hari, Fatimah tidak membawa wang saku ke sekolah. Sumayyah telah membelikan makanan untuk Fatimah. Fatimah berasa _________ dengan kebaikan Sumayyah.

a)

Gembira

b)

Teruja

c)

Terharu

d)

Terkejut

6.

Stres ialah _______________

a)

Keadaan yang belaku apabila seorang individu tidak sihat

b)

Masalah mental

c)

Desakan atau tekanan berikutan peristiwa yang dialami oleh seorang individu dalam kehidupan yang melebihi kemampuannya.

d)

Masalah jiwa yang melibatkan emosi dan perasaan

7.

Gejala stres boleh dilihat melalui pelbagai aspek iaitu:

a)

Emosi

b)

Psikologikal

c)

Fizikal

d)

Tingkahlaku

8.

Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya stres terhadap seorang individu?

a)

Keluarga

b)

Gaya hidup

c)

Personaliti

d)

Persekitaran

e)

Rakan

9.

Kaedah menangani stress untuk diamalkan dikenali sebagai Amalan _________________

a)

4B

b)

6B

c)

8B

d)

10B

10.

Berikut adalah contoh keadaan stres yang dialami oleh seseorang kecuali

a)

Berselisih faham dengan ahli keluarga

b)

Menerima pujian dari guru

c)

Dibuli oleh rakan sekelas

d)

Memperoleh skor yang rendah dalam ujian

11.

Yang manakah antara berikut merupakan gejala stres dari segi psikologikal?

a)

Cepat marah

b)

Kurang daya fokus dan tumpuan

c)

Sukar tidur

d)

Berdebar-debar

12.

Masalah tabiat pemakanan, pengabaian penjagaan diri, penyalahgunaan dadah dan alkohol, buli atau vandalisme merupakan gejala stres terhadap __________

a)

Fizikal

b)

Spiritual

c)

Tingkahlaku

d)

Psikologikal

13.

Antara berikut, yang manakah merupakan langkah-langkah ke arah kesihatan mental yang positif?

a)

Merancang perubahan dalam kehidupan dengan bijak

b)

Mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi

c)

Tidak menerima kelemahan dan kekurangan diri

d)

Melakukan aktiviti fizikal dan riadah

e)

Memupuk hubungan yang harmoni dengan orang lain

14.

Apakah Strategi Promosi Kesihatan Mental bagi Minda Sihat?

a)

TELL

b)

LISTEN

c)

TALK

d)

ASK

e)

KNOW

15.

Yang manakah antara berikut merupakan kata-kata positif yang mampu mengubah hidup seseorang?

a)

Cuba lagi dan teruskan usaha.

b)

Terima kasih kerana memberi tunjuk ajar kepada saya dalam subjek Matematik.

c)

Maafkan saya kerana terambil pensel awak.

d)

Saya boleh lakukan sendiri tanpa bantuan awak.

e)

Tahniah atas kejayaan awak.