wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Biologi Pergerakan Merentasi Bahan

Total questions: 40

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Rajah 1 menunjukkan struktur utama membran plasma. Apakah X, Y dan Z?

a)

X- protein pembawa. Y- kepala hidrofilik. Z- ekor hidrofobik

b)

X- kepala hidrofilik. Y- ekor hidrofobik. Z- protein liang

c)

X- ekor hidrofobik. Y- kepala hidrofilik. Z- protein liang

d)

X- kepala hidrofilik. Y- protein liang. Z- ekor hidrofobik

2.

Rajah 2 menunjukkan pergerakan bahan Q merentasi membran plasma.


Bahan Q bergerak merentasi membran plasma melalui

a)

Osmosis

b)

Resapan ringkas

c)

Pengangkutan aktif

d)

Resapan berbantu

3.

Apakah fungsi molekul kolesterol dalam membran plasma?

a)

Untuk menstabilkan kebendaliran membran plasma.

b)

Untuk menolong sel mengecam satu sama lain.

c)

Untuk membantu dan mengawal pergerakan ion larut-air.

d)

Bertindak sebagai membran pembawa untuk menggerakkan bahan merentasi membran plasma dengan pengangkutan aktif.

4.

Rajah 4 menunjukkan struktur satu telur burung dan akar rambut.


Antara yang berikut manakah bertindak sebagai membran separa telap?

a)

M dan X

b)

P dan Y

c)

O dan Z

d)

N dan W

5.

Apakah proses di mana molekul bergerak dari satu kawasan yang berkepekatan tinggi ke satu kawasan yang berkepekatan rendah?

a)

Osmosis

b)

Pengangkutan aktif

c)

Pengangkutan pasif

d)

Resapan ringkas

6.

Antara yang berikut, manakah merupakan contoh pengangkutan aktif?

a)
b)
c)
d)
7.

Rajah 7 menunjukkan satu sel selepas diletakkan dalam larutan garam berkepekatan tinggi.


Jika sel tumbuhan ini kemudiannya direndamkan dalam larutan hipotonik, ia akan melalui

a)

Hemolisis

b)

Krenasi

c)

Plasmolisis

d)

Deplasmolisis

8.

Rajah 8 menunjukkan satu protozoa segar


Antara yang berikut, manakah biasanya terlibat dalam pengosmokawalaturan?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

9.

Rajah 9 menunjukkan empat kepingan bayam, I, II, III dan IV, yang direndamkan dalam larutan garam yang berlainan kepekatan selama 2 jam.


Antara yang berikut, manakah benar tentang keadaan zat terlarut bagi empat kepingan itu?

I hypertonic

II hypotonic

III berasid

IV isotonik

a)

I dan II sahaja

b)

I, II dan IV sahaja

c)

II, III dan IV sahaj

d)

II dan IV sahaja

10.

Rajah 8 menunjukkan beberapa sel darah merah yang ditambahkan dengan larutan garam selama satu jam.


Manakah larutan yang boleh menyebabkan perubahan bentuk dalam sel darah merah?

a)

Larutan garam 0.5%

b)

Larutan garam 1.0%

c)

Larutan garam 2.0%

d)

Larutan garam 2.5%

11.

Kepingan bayam diletakkan dalam larutan sukrosa 0.2%. Selepas 1 jam, isi padu dan bentuk sel tidak berubah. Antara yang berikut, manakah menerangkan pemerhatian ini?

a)

Molekul sukrosa tidak dibenarkan untuk memasuki ke dalam sel.

b)

Sap sel adalah hipotonik relatif kepada larutan sukrosa.

c)

Tiada pergerakan bersih air merentasi membran plasma.

d)

Kepekatan tinggi dalam sap sel merencatkan pergerakan air merentasi membran plasma.

12.

Antara yang berikut, manakah benar apabila sel tumbuhan direndam dalam larutan hipotonik selama 30 minit?

a)

Tiada pergerakan bersih merentasi sel

b)

Tiada penambahan atau kekurangan molekul air kepada sel.

c)

Kadar molekul air memasuki sel lebih perlahan daripada kadar molekul air meresap keluar.

d)

Kadar molekul air memasuki sel lebih tinggi daripada kadar molekul air meresap keluar.

13.

Apakah nama yang di berikan pada model ini?

a)

Model mozek berprotein

b)

Model bendalir mozek

c)

Model fosfat berprotein

d)

Model plasma membran

14.

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan kalsium dan kalium dalam Nitella sp. dan air kolam di sekelilingnya.


Manakah proses menyebabkan pengambilan ion kalium oleh Nitella sp.?

a)

Osmosis

b)

Pengangkutan aktif

c)

Pengangkutan pasif

d)

Resapan berbantu

15.

Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji pergerakan bahan merentasi tiub visking.


Apakah process yang berlaku dalam eksperimen tersebut?

a)

resapan

b)

pengangkutan berbantu

c)

pengangkutan aktif

d)

osmosis

16.

Rajah 3 menunjukkan pergerakan molekul-molekul merentasi membran plasma melalui satu proses.


Proses tersebut ialah

a)

resapan berbantu

b)

resapan

c)

pengangkutan aktif

d)

osmosis

17.

Sejenis pergerakan molekul-molekul merentasi membran plasma diterangkan dalam maklumat yang berikut


'Molekul-molekul dan ion-ion bergerak melawan kecerunan kepekatan dan memerlukan tenaga'


Pergerakan tersebut dikenali sebagai

a)

osmosis

b)

resapan berbantu

c)

pengangkutan aktif

d)

resapan

18.

Rajah 5 menunjukkan struktur membran plasma


Apakah X?

a)

fosfolipid

b)

protein pembawa

c)

kolesterol

d)

glikolipid

19.

Rajah 7 menunjukkan pergerakan suatu bahan merentasi membran plasma


Apakah bahan tersebut?

a)

oksigen

b)

asid amino

c)

ion natrium

d)

glukosa

20.

Rajah 10 menunjukkan suatu sel tumbuhan dalam larutan tertentu


Sel tumbuhan tersebut mengalami

a)

plasmolisis

b)

deplasmolisis

c)

hemolisis

d)

krenasi

21.

Satu tumbuhan di dalam pasu dengan tanah didapati layu selepas beberapa hari.

Antara tindakan yang berikut, yang manakah perlu dilakukan untuk mengelakkan tumbuhan tersebut daripada menjadi layu?

a)

Mengudarakan tanah dengan menggembur

b)

Menambah air ke dalam tanah

c)

Menambah lebih banyak tanah

d)

Mengurangkan jumlah tanah di dalam pasu

22.

Antara proses yang berikut, yang manakah menyebabkan hirisan timun tersebut menjadi lembik?

Hirisan timun menjadi lembik apabila direndam ke dalam larutan garam.

a)

Air meresap masuk ke dalam hirisan timun secara osmosis

b)

Garam memasuki hirisan timun secara pengangkutan aktif

c)

Garam keluar daripada hirisan timun secara pengangkutan aktif

d)

Air meresap keluar daripada hirisan timun secara osmosis

23.

Hirisan ubi kentang direndam di dalam larutan sukrosa 0.1%. Selepas satu jam, hirisan tersebut didapati segah dan keras.

Antara yang berikut, yang manakah menjelaskan fenomena tersebut?

a)

Sap sel adalah hipotonik terhadap larutan sukrosa

b)

Hirisan ubi kentang direndam di dalam larutan isotonik

c)

Kepekatan sap sel yang tinggi dalam vakuol menyebabkan air meresap masuk

d)

Dinding sel ubi kentang mencegahnya daripada mengecut

24.

Rajah 15 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji proses Y.


Apakah proses Y?

a)

Krenasi

b)

Plasmolisis

c)

Hemolisis

d)

Osmosis

25.

Rajah 17 menunjukkan keadaan suatu sel tumbuhan direndam di dalam larutan isotonik.

a)
b)
c)
d)
26.

Antara sel-sel tumbuhan berikut, yang manakah telah direndam dalam larutan hipotonik?

a)
b)
c)
d)
27.

Apakah kesimpulannya?

a)

Molekul-molekul Y bergerak secara resapan berbantu

b)

Molekul-molekul Y bergerak secara osmosis

c)

Molekul-molekul Y larut dalam lipid

d)

Molekul-molekul Y bergerak secara pengangkutan berbantu

28.

Apakah proses yang dijalankan oleh organisma tersebut seperti yang ditunjukkan dalam rajah ?

a)

Resapan

b)

Pengangkutan berbantu

c)

Pengangkutan aktif

d)

Resapan berbantu

29.
Satu sel bawang diletakkan di dalam air suling. Antara yang berikut, yang manakah betul mengenai pergerakan molekul-molekul air di peringkat awal?
a)
Kadar molekul air masuk ke dalam sel adalah lebih rendah daripada keluar dari sel
b)
Kadar molekul air masuk ke dalam sel adalah lebih tinggi daripada keluar dari sel
c)
Tiada molekul air masuk ke dalam sel atau keluar dari sel
d)
Kadar molekul air masuk ke dalam sel dan keluar dari sel adalah sama
30.

"molekul bergerak mengikut kecerunan kepekatan dengan bantuan protein pembawa dan tidak memerlukan tenaga"

apakah jenis pergerakan ini?

a)

osmosis

b)

pengangkutan aktif

c)

resapan ringkas

d)

resapan berbantu

31.

proses manakah yang terlibat dalam pergerakan molekul air dari tanah ke dalam akar rambut tumbuhan?

a)

resapan berbantu

b)

resapan ringkas

c)

pengangkutan aktif

d)

osmosis

32.

sel darah merah hilang bentuk apabila direndam dalam larutan 1.5% natrium klorida.

apakah yang menyebabkan sel darah merah berubah bentuk?

a)

air meresap ke dalam sel melalui resapan

b)

air meresap keluar dari sel melalui osmosis

c)

natrium klorida meresap ke dalam sel melalui pengangkutan aktif

d)

natrium klorida meresap keluar dari sel melalui resapan berbantu

33.

air suling meresap masuk ke dalam jalur ubi kentang dan menyebabkan pertambahan jisim.

apakah proses yang terlibat?

a)

resapan berbantu

b)

resapan ringkas

c)

pengangkutan aktif

d)

osmosis

34.

antara yang berkut, yang manakah akan berlaku apabila suatu sel direndam dalam larutan isotonik?

a)

molekul air meresap keluar dari sel

b)

molekul air meresap dari luar ke dalam sel

c)

molekul air meresap ke dalam dan keluar sel pada kadar yang sama

d)

molekul air meresap ke dalam dan ke luar sel pada kadar yang berbeza

35.

apakah proses yang berlaku apabila sel darah merah direndam dalam larutan hipotonik

a)

krenasi

b)

hemolisis

c)

plasmolisis

d)

deplasmolisis

36.

Rajah di bawah menunjukkan struktur membrane plasma.

Apakah P?

a)

Kolesterol

b)

Karbohidrat

c)

Fosfolipid

d)

Protein pembawa

37.

Antara berikut, yang manakah melibatkan proses resapan?


I Pengambilan oksigen di dalam alveolus

II Penyerapan makanan yang tercerna pada dinding usus

III Pergerakan molekul air di dalam salur xilem

IV Pengambilan ion mineral daripada air tanah oleh sel akar


a)

I dan II

b)

I, II dan III

c)

II dan IV

d)

I

38.

Rajah menunjukkan keadaan sel darah merah selepas mengalami proses X.

Apakah proses X?

a)

Krenasi

b)

Hemolisis

c)

Plasmolisis

d)

Deplasmolisis

39.

Antara kaedah pengawetan makanan berikut, yang manakah merupakan aplikasi proses resapan dan osmosis?


I Pengeringan makanan dengan haba


II Pendehidratan makanan dengan menggunakan natrium klorida


III Pencegahan tindakan enzim dalam aktiviti pembusukan oleh bahan pengawetan


IV Pemanasan makanan pada suhu 63OC selama 30 minit dan disejukkan dengan cepat

a)

I sahaja

b)

II sahaja

c)

I, II dan III

d)

II, III, dan IV

40.

Seorang pelajar telah merendam sebiji telur itik di dalam larutan garam tepu. Selepas beberapa hari, beliau mendapati telur itu masin.

Antara berikut yang manakah menerangkan fenomena tersebut?


I Cengkerang dan membrane telur bersifat telap kepada garam

II Zarah garam meresap ke dalam telur

III Zarah garam memasuki telur secara pengangkutan aktif

IV Larutan garam tepu adalah hipertonik kepada telur

a)

I dan IV

b)

I, II dan IV

c)

II dan III

d)

I, II, III dan IV