wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

4.3 Hujan Asid

Total questions: 10

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Hujan asid bermaksud

a)

Hujan yang mengandungi kandungan asid lemah dengan nilai pH kurang daripada 5.6

b)

Hujan yang mengandungi kandungan asid kuat dengan nilai pH kurang daripada 3.6

c)

Hujan yang mengandungi kandungan alkali lemah dengan nilai pH lebih daripada 8.6

d)

Hujan yang mengandungi kandungan alkali kuat dengan nilai pH lebih daripada 12.6

2.

Hujan asid berlaku apabila...

a)

...udara di sesuatu kawasan tercemar dengan teruk, terutamanya di kawasan perindustrian.

b)

...sebahagian daripada haba akan dipantulkan ke angkasa lepas.

c)

...suhu kawasan tepu bina di dalam bandar lebih panas daripada kawasan di sekitarnya.

d)

...zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi

3.

Berikut merupakan komponen gas yang menyebabkan berlakunya hujan asid kecuali

a)

Gas sulfur dioksida

b)

Gas karbon dioksida

c)

Gas nitrogen oksida

d)

Gas metana

4.

Gas-gas ini terlarut dalam wap air dan menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrik.

a)

Gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida

b)

Gas sulfur dioksida dan gas nitrogen oksida

c)

Gas metana dan gas nitrus oksida

d)

Gas kloroflorokarbon dan gas hidrokarbon

5.

Berikut merupakan kesan hujan asid kecuali.

a)

Memusnahkan tanaman dan tumbuh-tumbuhan

b)

Melunturkan cat dan menghakis dinding bangunan

c)

Menjejaskan aktiviti pengangkutan

d)

Menjejaskan kualiti air dan kepupusan hidupan akuatik

6.

Berikut merupakan punca berlakunya hujan asid

a)

Pertanian dan perikanan

b)

Pembinaan dan pembalakan

c)

Pengangkutan dan pelancongan

d)

Pembakaran bahan api fosil

7.

Berikut merupakan ciri hujan asid kecuali.

a)

Berlaku apabila udara di sesuatu kawasan tercemar dengan teruk, terutamanya di kawasan perindustrian.

b)

Peningkatan suhu bumi akibat banyak haba yang terperangkap dalam atmosfera bumi.

c)

suhu kawasan tepu bina di dalam bandar lebih panas daripada kawasan di sekitarnya.

d)

Zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi.

8.

Apabila hujan asid memasuki aliran air, sungai, tasik dan laut, nilai pH berubah menjadi

a)

Neutral

b)

Rendah

c)

Tinggi

d)

Tidak Pasti

9.

Sebagai seorang murid, apakah langkah yang anda dapat lakukan untuk menangani isu hujan asid ?

a)

Bergotong-royong

b)

Mengamalkan gaya hidup sihat

c)

Menggunakan pengangkutan awam

d)

Melakukan pembakaran terbuka di kawasan kediaman

10.

Tajuk hujan asid sangat penting untuk dipelajari kerana..

a)

..menghasilkan kekayaan segera.

b)

..meningkatkan mutu pengeluaran hasil negara.

c)

..mendapatkan markah peperiksaan yang cemerlang.

d)

..meningkatkan kesedaran tentang kejadian alam sekitar.