Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Istilah Pendidikan Islam Tingkatan 3

Total questions: 30

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Maksud zikir ialah

a)

Mengingati Allah sama ada melalui perasaan.

b)

Mengingati Allah melalui hati sahaja

c)

Mengingati Allah sama ada melalui hati atau lisan.

d)

Mengingati Allah sama ada melalui perbuatan atau perlakuan.

2.

Penduduk Mekah yang beriman kepada Rasulullah dan berhijrah ke Madinah serta tinggal di sana.


Pernyataan di atas adalah maksud bagi

a)

Muhajirin

b)

Ansar

c)

Sahabat

d)

Rakan

3.

Segumpal darah yang tergantung di dalam rahim adalah maksud bagi perkataan ___________________.

a)

Nuthfah

b)

Alaqah

c)

Mudhghah

d)

Janin

4.

Maksud Mad Wajib Muttasil ialah

a)

Memanjangkan suara pada huruf mad yang bertemu selepasnya huruf hamzah atau huruf lain yang bertanda sukun

b)

Memanjangkan suara pada huruf mad atau huruf lin

c)

Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kalimah

d)

Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah pada dua kalimah yang berlainan

5.

Huruf mad yang berbaris dua di atas dibaca dengan baris satu di atas ketika waqaf bacaan mad. Berikut adalah maksud bagi mad _____________

a)

Mad Far'i

b)

Mad Asli

c)

Mad Iwad

d)

Mad Lin

6.

Apakah persamaan antara mad wajib muttasil dan mad jaiz munfasil?

a)

Hurfu hamzah bertemu huruf hijaiyah

b)

Huruf mad bertemu huruf hamzah

c)

Huruf lin 'waw' dan 'ya' bertanda sukun

d)

Huruf mad berbaris dua di atas

7.

Pilih pernyataan yang betul.

a)

Mad asli ialah memanjangkan suara pada huruf mad dalam keadaan ‘alif’ yang didahului dengan baris atas, ‘waw’ yang didahului dengan baris depan dan ‘ya’ yang didahului dengan baris bawah

b)

Mad jaiz munfasil ialah huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kalimah

c)

Mad aridh lissukun ialah huruf mad yang bertemu dengan huruf hijaiyah di akhir kalimah dan dibaca secara waqaf

d)

Mad iwad ialah huruf lin ‘waw’ dan ‘ya’ bertanda sukun didahului sebelumnya huruf berbaris atas dan dibaca secara waqaf

8.

Pilih pernyataan yang salah.

a)

Sedekah ialah sesuatu pemberian yang bertujua untuk mendekatkan diri kepada Allah

b)

Lemah ialah meninggalkan sesuatu yang mampu dilakukan

c)

Malas ialah orang yang tidak berani melakukan atau menghalang sesuatu situasi

d)

Nyanyuk ialah penyakit yang mengganggu kewarasan fikiran seseorang yang menyebabkannya berlaku seperti kanak-kanak

9.

Pilih pernyataan yang benar.

I Al-Ghoniy ialah nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah Maha menentukan dan memerlukan kepada sesuatu yang lain

II Al- Razzaq ialah nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah Maha Pemberi Rezeki, dia yang menjadikan rezeki dan mengurniakannya kepada seluruh makhluk

III Al-Ghoniy ialah nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah Maha Kaya dan tidak memerlukan kepada sesuatu yang lain

IV Al- Razzaq ialah nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah Maha Pemberi Rezeki, dia yang mendapat rezeki dan mengurniakannya kepada sebahagian makhluk

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan Iv

d)

I dan Iv

10.

Maksud fatonah ialah

a)

Bersifat benar dalam percakapan dan perbuatan

b)

Bersifat amanah, jujur serta terpelihara daripada melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah

c)

Bersifat menyampaikan semua ajaran Allah yang diwahyukan

d)

Bijaksana semasa berdakwah dan memberikan keterangan dan hujjah

11.

Maksud kitman ialah

a)

Berbohong sama ada dalam percakapan atau perbuatan

b)

Melakukan larangan Allah

c)

Menyembunyikan wahyu walaupun sedikit

d)

Bodoh

12.

Sifat wajib bagi Rasul ialah

a)

Siddiq

b)

Amanah

c)

Kazib

d)

Tabligh

13.

Sifat mustahil bagi rasul ialah

a)

Khianat

b)

Fatonah

c)

Baladah

d)

Kazib

14.

Pilih 3 pernyataan yang betul.

a)

Bashariyyah ialah Rasul memiliki sifat manusia biasa yang tidak menjejaskan martabat kenabian dan kerasulan mereka

b)

Ismaturasul ialah pemeliharaan Allah terhadap para rasul daripada melakukan dosa dalam apa bentuk sekalipun sama ada dosa kecil atau dosa besar

c)

Mukjizat ialah mukjizat yang difahami dengan pemikiran dan pemerhatian berdasarkan ilmu

d)

Ulul azmi ialah Rasul yang mempunyai kecekalan dan ketabahan hati untuk menghadapi ujian dalam berdakwah

15.

Pilih pernyataan yang BETUL tentang nama lain bagi hari akhirat.


I Yaumul Qiyamah

II Yaumul hisab

III Yaumul barzakh

IV Yaumuddin

a)

I, II dan III

b)

II, III, dan IV

c)

I, III dan IV

d)

I , II dan IV

16.

Berikan maksud Yaumul Hisab

a)

Hari pembalasan

b)

Hari Jumaat

c)

Hari perhitungan

d)

Hari kiamat

17.

Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan Hari Akhirat kecuali

a)

Pahala

b)

Dosa

c)

Kehidupan

d)

Kematian

18.

Pilih pernyataan yang BETUL.


I Kemusnahan alam bermaksud kemusnahan seluruh ciptaan Allah yang terdiri daripada langit dan bumi termasuklah semua makhluk yang menghuninya.

II Sirat ialah penimbang amalan yang disediakan oleh Allah untuk menimbang amalan baik dan buruk manusia

III Syurga ialah tempat yang penuh dengan nikmat yang disediakan untuk golongan yang beriman dan beramal soleh

IV Mahsyar ialah tempat perhimpunan semua makhluk yang dihidupkan semula dan dibangkitkan daripada kubur mereka

a)

I, II dan III

b)

II, III, dan IV

c)

I, III dan IV

d)

I , II dan IV

19.

Pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah sejak azali adalah maksud bagi

a)

Qada'

b)

Qadar

c)

Qada' Mubram

d)

Qada' Muallaq

20.

Qada' Muallaq ialah ketentuan Allah yang berubah kepada ketentuanNya yang lain _______________ dengan usaha yang dilakukan oleh hamba

a)

bertepatan

b)

bersesuaian

c)

bertentangan

d)

bercanggahan

21.

Nyatakan maksud bagi fardu ain.

a)

Tuntutan yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas masyarakat Islam secara kolektif, sekiranya sebahagian sahaja melaksanakan tuntutan fardhu kifayah ini, maka gugurlah kewajipan tersebut ke atas orang Islam yang lain.

b)

Tuntutan yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas setiap orang Islam yang mukallaf, berdosa sekiranya tidak dilaksanakan

22.

Solat yang dilakukan ke atas jenazah dengan kaifiat tertentu adalah maksud bagi

a)

memandikan jenazah

b)

mengkafankan jenazah

c)

menyembahyangkan jenazah

d)

mengebumikan jenazah

23.

Pilih pernyataan yang SALAH.

a)

Pengurusan jenazah ialah menguruskan jenazah dengan cara tertentu mengikut ketentuan syarak

b)

Memandikan jenazah ialah meratakan air ke seluruh tubuh jenazah

c)

Mengkafankan jenazah ialah membalut seluruh tubuh jenazah dengan sekurang-kurangnya sehelai kain

d)

Mengebumikan jenazah ialah mengebumikan jenazah di dalam tanah mengikut kaifiat tertentu

24.

Maksud zakat ialah

a)

Mengeluarkan seluruh daripada harta tertentu untuk diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak

b)

Mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu untuk diberikan kepada golongan yang terpilih menerimanya dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak

c)

Mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu untuk diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak

d)

Menyimpan sebahagian daripada harta tertentu untuk diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak

25.

Orang yang hanya mampu menampung sebahagian sahaja daripada keperluan hidupnya. Berikut adalah maksud bagi

a)

Fakir

b)

Miskin

c)

Amil

d)

Hamba

26.

Mengeluarkan harta tertentu bagi setiap orang yang mukallaf dan orang yang di bawah tanggungannya dengan syarat-syarat dan tempoh masa yang telah ditetapkan syarak adalah maksud bagi

a)

zakat tanaman

b)

zakat perniagaan

c)

zakat

d)

zakat galian dan rikaz

27.

Pilih 3 pernyataan yang BETUL.

a)

Fakir ialah orang yang tiada harta yang mencukupi untuk keperluan dirinya termasuk makan, minum, pakaian dan tempat tinggal

b)

Amil ialah mereka yang dilantik oleh pemerintah untuk mengumpul dan mengagihkan zakat

c)

Fisabilillah ialah orang yang berjuang di jalan Allah

d)

Ibnu Sabil ialah orang yang bermukim dengan tujuan yang diharuskan syarak kemudian terputus perbelanjaan

28.

Pilih pernyataan yang SALAH.

a)

Zakat tanaman ialah tanaman dan buah-buahan yang menjadi makanan asasi, boleh disimpan dan tidak mudah rosak

b)

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada hasil perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan

c)

Zakat galian dan rikaz ialah bahan galian yang dikeluarkan dari bumi, diproses dan menghasilkan logam galian

d)

Haul ialah genap tempoh sebulan hijrah

e)

Nisab ialah kadar tertentu yang diwajibkan zakat

29.

Solat dua rakaat sebelum duduk ketika setiap kali masuk ke dalam masjid adalah maksud bagi

a)

Solat Hari Raya Aidilfitri

b)

Solat Hari Raya Aidiladha

c)

Solat tahiyatul masjid

d)

Solat Sunat Hajat

30.

Sifat ___________ ialah menzahirkan pujian kepada Allah terhadap nikmat yang dikurniakan serta mematuhi semua perintahNya

a)

Pemaaf

b)

Qanaah

c)

Syukur

d)

Komunikasi

e)

Bermusafir