WorksheetsBAB 3 LIMPAHAN KEMAKMURAN MERENTASI ETNIK
Total questions: 20
Worksheet time: 14mins
Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan Perikatan pada ketika itu meneruskan dasar ekonomi bebas penjajah British.
Betul
Salah
Sebahagian besar daripada isi rumah miskin adalah dalam kalangan etnik Melayu.
Betul
Salah
Isi rumah luar bandar mencatatkan kadar kemiskinan yang tinggi berbanding dengan isi rumah bandar
Betul
Salah
Pada tahun 1970, hampir dua per tiga guna tenaga dalam sektor pertama iaitu pertanian dan perikanan adalah etnik Melayu.
Betul
Salah
Etnik Melayu kebanyakannya bekerja sebagai pelombong
Betul
Salah
Manakah antara berikut, SALAH tentang keadaan sosioekonomi di Malaysia pada awal kemerdekaan?
Isu kemiskinan menjadi semakin rencam apabila terdapat hubungkait dengan kumpulan etnik tertentu.
Isi rumah luar bandar mencatatkan kadar kemiskinan yang tinggi berbanding dengan isi rumah bandar.
Etnik Cina dan India kebanyakannya bergiat dalam sektor pertama, iaitu pertanian dan perikanan.
Terdapat juga ketakseimbangan yang ketara dari segi guna tenaga dan pekerjaan antara etnik.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan bagi memajukan ekonomi serta berusaha menghapuskan pengenalan ekonomi berasaskan etnik
Betul
Salah
Punca berlakunya rusuhan etnik pada 13 Mei 1969 ialah ketidakseimbangan ekonomi antara kumpulan etnik
Betul
Salah
Terdapat ketakseimbangan yang ketara dari segi guna tenaga dan pekerjaan antara etnik, apabila hampir dua pertiga etnik Melayu terlibat dalam:
Sektor pertama, iaitu pertanian dan perikanan
Sektor kedua, iaitu perlombongan dan perbuatan
Sektor ketiga, iaitu perdagangan borong dan runcit
Sektor profesional, iaitu teknikal dan pengurusan
Dua objektif khusus DEB ialah :
i) Meningkatkan bahagian bumiputera dalam pemilikan saham korporat.
ii) Meningkatkan bilangan usahawan bumiputera dan penguasaan dalam pengurusan korporat.
Betul
Salah
Berikut merupakan salah satu langkah menyusun semula masyarakat yang terkandung dalam tiga strategi utama Dasar Ekonomi Baru (DEB) KECUALI :
Meningkatkan bahagian bumiputera dalam sistem pemerintahan dan politik negara.
Meningkatkan bahagian bumiputera dalam guna tenaga di sekitar ekonomi moden.
Meningkatkan bahagian bumiputera dalam pemilikan saham korporat.
Meningkatkan bilangan usahawan bumiputera dan penguasaan dalam pengurusan korporat
Terdapat tiga strategi utama yang terkandung dalam langkah untuk mengurangkan kemiskinan. Yang manakah antara berikut, BUKAN langkah mengurangkan kemiskinan?
Meningkatkan kualiti hidup golongan miskin dengan menyediakan perkhidmatan sosial kepada mereka seperti perumahan, kesihatan, pendidikan dan utiliti
Meningkatkan bahagian bumiputera dalam pemilikan saham korporat.
Meningkatkan pendapatan dan produktiviti golongan miskin dengan pemberian bantuan modal, teknologi, pemasaran dan latihan untuk meningkatkan kemahiran mereka
Membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi membolehkan mobiliti golongan miskin untuk keluar daripada sektor produktiviti rendah kepada sektor produktiviti tinggi
Antara berikut merupakan Dasar Ekonomi Baru juga turut menyasarkan penyusunan semula masyarakat kepada tiga peringkat, KECUALI:
Meningkatkan bahagian bumiputera dalam guna tenaga di sektor ekonomi moden
Meningkatkan bahagian bumiputera dalam pemilikan saham korporat
Pengenalan kumpulan etnik dengan fungsi ekonomi dapat dihapuskan
Meningkatkan bilangan usahawan bumiputera dan penguasaan bumiputera dalam pengurusan korporat
Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri ditubuhkan untuk melaksanakan projek industri dan komersial bagi menggalakkan dan membolehkan penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi tradisional
Betul
Salah
Tujuan utama kerajaan memperkenalkan Industrial Coordination Act (ICA) adalah untuk mewujudkan penstrukturan ekuiti dan pemilikan berdasarkan formula pembahagian 30:30:40 iaitu 30 peratus peruntukan kepada bumiputera Melayu, 30 peratus oleh bangsa asing manakala 40 peratus dimiliki oleh etnik Cina.
Betul
Salah
ICA diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri
Betul
Salah
Kejuruteraan sosial dalam DEB adalah juga bertujuan mewujudkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
Betul
Salah
Dasar penswastaan mula diperkenalkan pada tahun 1981, yang melibatkan pemindahan perkhidmatan atau perusahaan milik awam kepada sektor swasta.
Betul
Salah
Berikut merupakan tujuan dasar penswastaan diperkenalkan KECUALI:
Beban kewangan pihak kerajaan dapat dikurangkan.
Pelaburan dan keusahawanan persendirian dapat dirangsangkan.
Penstrukturan ekuiti dan pemilikan dapat diwujudkan.
Bilangan dan saiz sektor awam dapat dikurangkan.
Berikut BUKAN merupakan kejayaan ekonomi di Malaysia yang menempa kejayaan yang boleh dibanggakan KECUALI:
Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan
Pelaburan dan keusahawanan persendirian dapat dirangsangkan.
Ketaksamarataan pendapatan yang semakin melebar.
Kualiti hidup rakyat yang semakin meningkat.
