WorksheetsSEJARAH B5T5 SPM
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Mengapakah British memperkenalkan Sistem Ahli pada tahun 1951?
Menggubal undang-undang
Memberikan latihan pentadbiran
Mengukuhkan pertahanan negara
Mempertahankan hak rakyat peribumi
Sir Henry Gurney mencadangkan supaya pelaksanaan Sistem Ahli di Tanah Melayu mengikut model negara Kenya dan Rhodesia Utara. Apakah alasan beliau membuat cadangan tersebut?
Pilih DUA jawapan yang tepat.
Memelihara keamanan
Membentuk perpaduan
Menjalankan dekolonisasi
Melemahkan ancaman komunis
Apakah sumbangan tokoh berikut dalam pentadbiran negara sebelum merdeka?
DATO' ONN JA'AFAR
DATO' HAMZAH ABDULLAH
DATO' E.E.C. THURAISINGAM
ENCIK YONG SHOOK LIN
Memperkuat pertahanan negara
Melancarkan sistem demokrasi
Merealisasikan latihan pentadbiran
Menyeragamkan sistem pendidikan
Apakah tanggungjawab Ahli dalam Sistem Ahli?
Pilih DUA jawapan yang tepat.
Mencadangkan undang-undang
Menggubal perlembagaan baharu
Melantik pegawai dalam pemerintahan
Menjalankan pentadbiran harian
Apakah kepentingan Sistem Ahli 1951?
Pilih DUA jawapan yang tepat.
Memperkukuh sistem warisan
Mengasaskan pendidikan sekular
Memulakan proses perpaduan kaum
Melatih pemimpin dalam pentadbiran
1949 - Rundingan antara UMNO dengan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
Apakah matlamat perundingan tersebut?
Mengadakan kempen pilihan raya
Melaksanakan amalan demokrasi
Membentuk perpaduan kaum
Menyekat syarat kerakyatan
Dato' Onn Ja'afar berhasrat untuk mewujudkan kerjasama kaum di Tanah Melayu sebelum merdeka.
Apakah cadangan beliau untuk mencapai hasrat tersebut?
Menggalakkan kemasukan orang dagang
Memulakan proses pilihan raya
Melonggarkan keahlian parti
Memastikan keadilan ekonomi
Apakah usaha yang telah dilakukan oleh tokoh berikut demi mencapai kerjasama politik? Pilih DUA jawapan yang tepat.
Membentuk Parti Perikatan
Mengadakan Konvensyen Kebangsaan
Menganggotai Jawatankuasa Antara Kerajaan
Membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu
Tokoh berikut memainkan peranan penting dalam perkembangan politik negara kita sebelum merdeka.
ONG YOKE LIN
DATO' ABDUL RAZAK YAHYA
Apakah kesan kerjasama antara kedua-dua tokoh tersebut?
Pilih DUA jawapan yang tepat.
Memupuk perpaduan kaum
Menganggotai Sistem Ahli
Mencadangkan amalan demokrasi
Memenangi pilihan raya Majlis Perbandaran
Parti Perikatan berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
Apakah faktor kemenangan tersebut?
Mengukuhkan pentadbiran Barat
Dasar terbuka terhadap kaum imigran
Menjanjikan perjuangan kemerdekaan
Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya
Apakah kesan kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955?
Pilih DUA jawapan yang tepat.
Kabinet dibentuk
Pembahagian kuasa pusat diadakan
Konsep Raja Berperlembagaan kekal
Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri
1956 - Perjanjian London
Mengapakah wakil tempatan terlibat dalam perjanjian tersebut?
Mengadakan pilihan raya
Membincangkan dasar ekonomi negara
Merundingkan kemerdekaan negara
Menguatkuasakan sistem demokrasi
Suruhanjaya Reid dibentuk pada bulan Mac 1956. Apakah tugas suruhanjaya tersebut?
Membentuk perpaduan
Mengekalkan kemerdekaan
Menggubal perlembagaan
Memulihkan kuasa Raja-Raja Melayu
Satu isu hangat yang dihadapi oleh Suruhanjaya Reid semasa menjalankan tugasnya ialah kerakyatan jus soli. Mengapakah orang Melayu menentang isu tersebut?
Melemahkan kedudukan orang Melayu
Memundurkan ekonomi negara
Menambahkan hak orang dagang
Mengamalkan perjuangan radikal
Apakah implikasi daripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Perdana Menteri sebagai ketua negara
Pembentukan sebuah kerajaan gabungan
Pengekalan hak istimewa orang Melayu
Pemusatan kuasa pentadbiran peringkat pusat
Apakah tugas Menteri Besar pada peringkat negeri mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Ketua negeri
Ketua agama
Penasihat protokol
Pelaksana pentadbiran
Yang manakah merupakan isi penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957? Pilih DUA jawapan yang tepat.
Pentadbiran negara bercorak republik
Agama Islam sebagai agama rasmi
Mengasingkan kuasa persekutuan dan negeri
Empat jenis kerakyatan diwujudkan
Apakah kejayaan rundingan UMNO-CLC pada tahun 1949?
Pembukaan Persidangan Kebangsaan
Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya
Pembukaan keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu
Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
Apakah sumbangan RIDA yang ditubuhkan di Tanah Melayu pada bulan Oktober 1950?
Memperkukuh kerjasama antara kaum
Memajukan ekonomi masyarakat luar bandar
Mengadakan rundingan kemerdekaan
Melatih masyarakat tempatan dalam pentadbiran
Bagaimanakah Parti Kemerdekaan Melayu (IMP) dapat mencapai usaha ke arah pakatan murni di Tanah Melayu?
Menggunakan konsep kerjasama kaum
Meningkatkan kesedaran pendidikan
Menjaga kebajikan semua kaum
Memantapkan organisasi parti
Kemerdekaan negara tercapai tanpa menumpahkan darah.
Apakah pendekatan bijak yang telah digunakan oleh pemimpin Persekutuan Tanah Melayu untuk menyokong matlamat tersebut?
Mengutamakan rundingan
Menggunakan bantuan PBB
Mengelakkan pertelingkahan
Menubuhkan pelbagai parti politik
Dalam merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu, Suruhanjaya Reid telah memberikan perhatian kepada DUA isu berikut iaitu
Hal ehwal imigresen
Penetapan sempadan
Hak istimewa orang Melayu
Kedudukan Raja-Raja Melayu
Tunku Abdul Rahman diarak di Bandar Hilir, Melaka.
Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada masyarakat Tanah Melayu?
Pembentukan Suruhanjaya Reid
Pembentukan Persekutuan Malaysia
Pengisytiharan tarikh kemerdekaan
Pengumuman tarikh pilihan raya umum
Pada peringkat awal, Sistem Ahli terdiri daripada 9 orang anggota iaitu 4 orang pegawai British dan 5 orang penduduk Tanah Melayu. Siapakah yang bertanggungjawab melantik Ahli dalam sistem tersebut?
Gabenor Jeneral
Hakim Mahkamah Malaya
Majlis Raja-Raja Melayu
Pesuruhjaya Tinggi British
UMNO Kuala Lumpur dan MCA Selangor telah membentuk kerjasama pada tahun 1952. Apakah tujuan pembentukan kerjasama antara kedua-dua pihak tersebut?
Membincangkan kemerdekaan
Menentang Parti Komunis Malaya
Menjaga kepentingan orang Melayu dan Cina
Menghadapi Pilihan Raya Majlis Perbandaran
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kejayaan Parti Perikatan dalam pilihan raya 1955?
Pentingnya kempen pilihan raya
Dasar demokrasi sesuai untuk negara kita
Dasar kerjasama antara kaum dalam politik diterima
Perjuangan kemerdekaan menuntut pengorbanan semua kaum
Apakah unsur-unsur penting yang membolehkan proses kemerdekaan Tanah Melayu dicapai tanpa pertumpahan darah? Pilih DUA jawapan yang tepat.
Pakatan murni
Kestabilan politik
Perkembangan ekonomi
Kebijaksanaan pemimpin
Usaha pemimpin Persekutuan Tanah Melayu untuk mengadakan pakatan murni telah dilaksanakan sejak pertengahan abad ke-20 lagi.
Apakah kepentingan usaha tersebut?
Memupuk perpaduan kaum
Memberi latihan kerajaan sendiri
Mengurangkan kuasa pegawai Barat
Melonggarkan syarat kerakyatan
Berikut merupakan jenis kerakyatan yang telah diterima dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 KECUALI
Melalui permohonan
Kuatkuasa undang-undang
Kelulusan Dewan Undangan
Naturalisasi
Pada bulan Februari 1952, UMNO Kuala Lumpur dan MCA telah menjalin kerjasama dalam bidang politik. Kesan kerjasama tersebut telah menyebabkan UMNO dan MCA
memenangi pilihan raya Majlis Perbandaran
gagal mendapat sokongan semua kaum
mendapat bantuan kewangan daripada British
ditentang hebat oleh Parti Kemerdekaan Malaya
Konvensyen Kebangsaan dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1953 telah berjaya
melaksanakan pilihan raya Majlis Perbandaran
membentuk Jawatankuasa Antara Kerajaan
melantik Jawatankuasa Pilihan Raya
membentuk Parti Perikatan
Bagaimanakah Sistem Ahli dapat memperkukuh perpaduan rakyat Tanah Melayu?
Ahli dilantik daripada golongan terpelajar
Undang-undang antiperkauman digubal
Ahli dilantik dalam kalangan pelbagai kaum
Mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan
Mengapakah Dato' Onn Ja'afar menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya pada tahun 1950-an?
Memantapkan kedudukan UMNO
Mendapatkan sokongan daripada British
Mewujudkan kerjasama pelbagai kaum
Melemahkan ancaman pengganas komunis
Bagaimanakah pemimpin Tanah Melayu pada tahun 1950-an merealisasikan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu?
Memperkukuh perpaduan kaum
Mengadakan pungutan suara
Mendapatkan sokongan luar
Mengadakan rundingan dengan Parti Komunis Malaya
Siapakah yang mencetuskan penubuhan Sistem Ahli?
Dato' Onn Ja'afar
Sir Henry Gurney
Tunku Abdul Rahman
Sir Malcolm MacDonald
Dalam Pilihan Raya Negeri, Parti Perikatan memenangi 226 daripada 268 kerusi. Dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan keputusan tersebut?
Pilihan raya menentukan proses kemerdekaan
Parti Perikatan bakal menerajui pentadbiran negara
Permuafakatan kaum dalam pelbagai parti diterima
Kerjasama UMNO-MCA membentuk Parti Perikatan
Apakah persamaan tokoh-tokoh dalam gambar berikut?
Anggota rundingan kemerdekaan
Anggota Suruhanjaya Reid
Anggota kabinet baru
Anggota Sistem Ahli
Mei 1957 - Parlimen British menerima cadangan
Ogos 1957 - Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan Tanah Melayu telah mengesahkannya.
Apakah kesan daripada peristiwa berikut?
Perlembagaan Kemerdekaan 1957 dihasilkan
Penubuhan sebuah kerajaan Persekutuan
Pengisytiharan tarikh kemerdekaan
Pembentukan gagasan Malaysia
Pilih DUA manifesto Parti Perikatan yang digunakan semasa Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
Mencapai kemerdekaan
Mewajibkan pendidikan
Menguatkan pasukan keselamatan
Melindungi hak istimewa semua kaum
Apakah misi penting tokoh berikut selepas Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?
TUNKU ABDUL RAHMAN
DR. ISMAIL ABDUL RAHMAN
DATO' ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN
Menggubal perlembagaan
Membentuk pakatan murni
Menganggotai barisan kabinet
Merundingkan kemerdekaan
