wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ekonomi Bab 3 Tingkatan 4

Total questions: 30

Worksheet time: 34mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan fungsi wang sebagai alat bayaran tertunda?

a)

Mampu menggunakan sesuatu barang untuk tempoh tertentu

b)

Mampu memiliki barangan yang dijual dengan bayaran minimum

c)

Mampu menggunakan sesuatu barang sebelum bayaran penuh dijelaskan

d)

Mampu membuat perbandingan nilai sesuatu barang sebelum membuat pembelian

2.

Pelancaran Koridor Raya Multimedia merupakan langkah utama dalam pembangunan asas ekonomi berlandaskan pengetahuan.

Pernyataan di atas berkaitan dengan perubahan ekonomi pada tahun ...

a)

1960-an

b)

1970-an

c)

1980-an

d)

1990-an

3.

Kolej Komuniti di seluruh negara menyediakan pelbagai kursus jangka pendek kepada orang ramai.

Apakah faktor pemilihan pekerjaan yang berkaitan dengan pernyataan tersebut?

a)

Jaminan kerja

b)

Prospek pekerjaan

c)

Suasana tempat kerja

d)

Pengalaman dan kemahiran

4.

X merupakan ganjaran kepada individu yang menangguhkan perbelanjaan pada masa kini.

Ganjaran X ialah...

a)

upah

b)

sewa

c)

faedah

d)

untung

5.

Encik Hadi memberikan isterinya RM1000 setiap bulan untuk tujuan perbelanjaan keluarga.

Apakah jenis pendapatan yang diterima oleh isteri Encik Hadi?

a)

Upah

b)

Faedah

c)

Bayaran pindahan

d)

Faedah sampingan

6.

Pendapatan boleh guna =

Pendapatan individu - Z


Antara berikut, yang manakah merupakan Z?

a)

Pelaburan

b)

Keuntungan

c)

Pelepasan cukai

d)

Potongan wajib

7.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan potongan wajib?

I Bayaran zakat

II Caruman PERKESO

III Premium insurans nyawa

IV Cukai barang dan perkhidmatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Encik Isma telah membeli satu set perabot dengan bayaran ansuran RM250 sebulan.


Mengapakah Encik Isma memilih kaedah pembayaran tersebut?

I Harga lebih murah

II Menikmati diskaun harga

III Meringankan beban kewangan

IV Menikmati barang walaupun harga penuh belum dijelaskan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Wang membantu individu membuat perbandingan nilai antara barang.

Fungsi wang adalah sebagai alat..

a)

ukuran nilai

b)

simpanan nilai

c)

bayaran tertunda

d)

perantaraan pertukaran

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan kelemahan sistem barter.

Pertukaran barang hanya boleh berlaku antara dua pihak jika kehendak serentak.

Apakah fungsi wang yang dapat mengatasi kelemahan sistem barter di atas?

a)

Alat ukuran nilai

b)

Alat simpanan nilai

c)

Alat bayaran tertunda

d)

Alat perantaraan pertukaran

11.

Cik Farah membeli sebuah telefon pintar berharga RM 1900 dengan bayar ansuran bulanan sebanyak RM160.

Fungsi wang dalam pernyataan di atas ialah...

a)

alat ukuran nilai dan alat bayaran tertunda

b)

alat bayaran tertunda dan alat simpanan nilai

c)

alat perantaraan pertukaran dan alat ukuran nilai

d)

alat simpanan nilai dan alat perantaraan pertukaran

12.

Bank pusat berusaha untuk mengawal inflasi agar kuasa beli pengguna tidak terjejas.


Apakah fungsi bank pusat dalam pernyataan di atas?

a)

Mengeluarkan mata wang

b)

Jurubank kepada kerajaan

c)

Jurubank kepada bank perdagangan

d)

Mengawal kestabilan nilai mata wang

13.

Sebuah bank perdagangan telah dilantik sebagai bank pusat negara X.

Apakah fungsi tambahan yang perlu dijalankan oleh bank tersebut?

a)

Memberi pinjaman

b)

Menerima deposit tetap

c)

Mengawal kestabilan nilai mata wang

d)

Menjalankan urus niaga pertukaran asing

14.

Gambar menunjukkan satu institusi kewangan di Malaysia.

Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi institusi kewangan tersebut?

I Mengeluarkan mata wang

II Mengawal kestabilan nilai mata wang

III Memberi pinjaman kepada syarikat besar

IV Menerima deposit daripada institusi kewangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Pernyataan yang manakah menerangkan akaun semasa?

a)

Simpanan untuk tempoh tertentu

b)

Pemegang akaun diberi buku simpanan

c)

Pemegang akaun dibayar faedah yang rendah

d)

Pemegang akaun boleh menggunakan kemudahan overdraf

16.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan persamaan antara fungsi bank perdagangan dengan bank pusat?

a)

Mengurus hutang negara

b)

Mengeluarkan mata wang

c)

Menjalankan perniagaan pertukaran asing

d)

Mengawal kestabilan ekonomi

17.

Maklumat tersebut menunjukkan kadar faedah akaun simpanan tetap di sebuah bank tempatan.

Seseorang indvidu menyimpan sebanyak RM50 000 dalam tempoh setahun. Berapakah faedah yang diterimanya?

a)

RM350

b)

RM1 500

c)

RM3 500

d)

RM53 500

18.

Maklumat di bawah berkaitan dengan akaun X.

  • Boleh simpan atau keluar wang pada bila-bila masa
  • Dibayar faedah
  • Tiada kemudahan overdraf

Akaun X ialah ...

a)

akaun semasa

b)

akaun berkala

c)

akaun simpanan

d)

akaun simpanan tetap

19.

Antara berikut , akaun yang manakah dibayar faedah?

a)

Akaun simpanan dan akaun semasa

b)

Akaun simpanan tetap dan akaun semasa

c)

Akaun simpanan dan akaun simpanan tetap

d)

Akaun semasa, akuan simpanan tetap dan akaun simpanan

20.

Puan Elikah meminta pihak bank membayar premium insurans nyawa pada setiap 12hb setiap bulan.

Apakah kemudahan bayaran yang digunakan oleh Puan Elikah?

a)

Draf bank

b)

Debit langsung

c)

Pindahan kredit

d)

Perintah sedia ada

21.

Maklumat berikut berkaitan dengan suatu prinsip perbankan islam.


  • Pelaburan wang oleh bank bagi pihak pelanggan
  • Untung rugi dibahagi mengikut nisbah yang dipersetujui


Prinsip perbankan Islam berkaitan dengan pernyataan tersebut ialah

a)

Takjiri

b)

Wadiah

c)

Mudharabah

d)

Bai Bithaman ajil

22.

Jadual menunjukkan guna tenaga dalam sektor terpilih sesebuah negara untuk tahun 2007 dan tahun 2017.

Berdasarkan jadual tersebut, sektor manakah mengalami peningkatan guna tenaga?

a)

Utama

b)

Kedua

c)

Ketiga

d)

Utama dan ketiga

23.

Jadual menunjukkan hasil kajian seorang pelajar universiti tentang kerjaya pilihan pelajar lepasan kolej sebuah bandar.

Hitung peratus pelajar yang memilih pekerjaan dalam sektor ketiga.

a)

52%

b)

62%

c)

68%

d)

76%

24.

Antara berikut, yang manakah merupakan kepentigan belanjawan peribadi?

I Mengelakkan inflasi

II Meningkatkan pendapatan

III Membolehkan individu membeli barang mewah

IV Membolehkan individu mendahulukan perbelanjaan yang penting

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Pelaburan lebih baik dariapada tabungan kerana...

a)

risiko lebih rendah

b)

pulangan lebih tinggi

c)

pulangan lebih stabil

d)

pulangan tidak dikenakan cukai pendapatan

26.

Antara berikut yang manakah menerangkan pelaburan dalam hartanah?

a)

Individu akan menerima pendapatan berbentuk bonus pada akhir tahun

b)

Individu akan menerima pendapatan berbentuk faedah pada akhir tempoh pelaburan

c)

Individu akan menerima pendapatan berbentuk dividen pada akhir tempoh pelaburan

d)

Individu akan menerima pendapatan berbentuk sewa apabila menyewakan rumahnya kepada pihak lain

27.

Apakah persamaan antara deposit tabungan dengan deposit semasa di bank perdagangan?

I Boleh membuat bayaran dengan kad debit

II Pengeluaran wang pada bila-bila masa

III Boleh menggunakan overdraf

IV Pendeposit menerima buku bank

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.

Apakah kelebihan kemudahan overdraf dalam sesuatu urus niaga?

a)

Digunakan oleh perniagaan yang menghadapi masalah aliran tunai

b)

Pendeposit mengeluarkan wang tanpa had

c)

Faedah dikenakan ke atas keseluruhan pinjaman

d)

Pendeposit di bank perdagangan layak ditawarkan kemudahan tersebut

29.

Antara berikut, yang manakah akan meningkatkan perbelanjaan penggunaan?

I Kerajaan membeku kenaikan gaji kakitangan kerajaan

II Kadar cukai pendapatan perseorangan akan bertambah

III Golongan berpendapatan rendah menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR)

IV Pasar raya menjalankan promosi besar-besaran di premisnya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

Mengapakah kaedah pembayaran kad kredit semakin popuar?

I Meminimumkan risiko kecurian

II Meminimumkan bayaran tunai

III Meminimumkan risiko bankrap

IV Individu berpeluang memiliki barang yang mahal dan mewah

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV