NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tingkatan 3 2020
Total questions: 50
Worksheet time: 50mins
___ berita kemenangan pemain perseorangan badminton negara itu masih mendapat liputan luas daripada akhbar tempatan.
Kepanasan
Kehangatan
Keseronokan
Kehebatan
Majlis ___ anugerah itu bakal dilaksanakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia.
penyampaian
pengisytiharan
penyerahan
pemberian
Lembaga Kemajuan Ikan telah mengadakan latihan dalam bidang penangkapan ikan laut dalam secara ___ kepada nelayan.
insentif
inisiatif
intensif
interaktif
Segelintir pihak membuat ___ yang berbeza terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus pasukan bola sepak yang terkenal itu.
tamsilan
telahan
taksiran
tafsiran
Pengetua sekolah kami terdiam sejenak sebelum ___ menyambung ucapannya dengan nada yang sebak.
dia
saya
beliau
kami
Pasukan keselamatan negara diraikan dalam satu majlis perpisahan sebelum ___ menyertai misi kemanusiaan itu.
kalian
mereka
kita
engkau
"___ berharap agar awak tidak akan lupa akan persahabatan ___ walaupun terpisah jauh nanti," 'Abdulrrahman dan Shazwan Hafiz berkata kepada Iman Harith.
Saya ... kita
Kita ... saya
Dia ... mereka
Kami ... kita
Pengunjung di kawasan peranginan itu ___ apabila ombak besar bergulung-gulung lalu menghempas pantai.
berkejaran
berkeliaran
bertempiaran
bertolakan
Pasukan yang ___ dalam permainan sepak takraw itu akhirnya tewas kepada pihak lawan semasa pertandingan akhir.
handal
gagah
kukuh
kuat
Wajah Ahmad Khattab ___ sejak kematian kucing kesayangannya minggu lepas.
sayu
sugul
muram
masyghul
Biskut yang sudah lama disimpan oleh Mak Kiah itu sudah ___.
lembut
lemau
lembik
lemah
Fakhrul Razzi sempat singgah di rumah saya ___ dia tidak dapat berlama-lama.
serta
semoga
tetapi
kecuali
Aisyah Basyirah terharu ___ abangnya sanggup menghantarnya dari rumah ke asrama.
kerana
sejak
dan
atau
Che Ku Bahirah menangis teresak-esak ___ mengetahui berita yang menyedihkan itu.
sebelum
apabila
sehingga
sementara
Nelayan itu pulang ke daratan ___ senja menjelang dengan membawa hasil tangkapan.
selagi
kerana
tatkala
sehingga
___ semua peserta pertandingan mengambil tempat masing-masing di tepi pentas.
Sila
Usah
Harap
Tolong
Pertandingan bola sepak anjuran Persatuan Belia Daerah Larut Matang dan Selama akan diadakan ___?
apa
berapa
mengapa
bila
Peperiksaan amali itu ___ dijalani oleh mereka dua minggu yang lalu.
belum
masih
telah
pernah
Habibah dan Raja Sofiyyah ___ mengulang kaji pelajaran di perpustakaan semasa saya bersiap-siap untuk balik.
akan
sudah
pernah
sedang
Tetamu yang menghadiri kenduri di rumah Pak Faris ___ ketika makan di ruang tamu.
beratur
berlunjur
bersimpuh
bersila
Mariam ___ selepas pengacara majlis mengumumkan namanya sebagai penerima Tokoh Pelajar Cemerlang di sekolahnya.
terpegun
terpukau
tergamam
tercengang
Beberapa ___ cendawan dimasukkan oleh tukang masak ke dalam sup sayur-sayuran itu.
gugus
cebis
batang
kaki
Apabila Balqis sampai, ibu terus ___ air untuk membuat minuman.
menanak
menjerang
mengukus
merebus
Cikgu Nazli menyuruh kami mengarang dua ___ pantun setiap seorang.
rangkap
perenggan
patah
baris
Kesan ___ kebakaran itu, dia terpaksa menjalani pembedahan plastik pada bahagian wajahnya.
dari
daripada
tentang
kepada
Sumbangan yang diperoleh daripada ___ murid itu akan digunakan untuk menghias dan menceriakan bilik darjah mereka.
semua
segala
masing-masing
beberapa
Syarikat Sepakat akan ___ urusan Syarikat Bintang selewat-lewatnya bulan hadapan.
menyusun atur
mengemas kini
mengambil alih
mengenal pasti
Sebelum tetamu pulang, ___ itu memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan.
ketua darjah
tuan rumah
bidang terjun
orang harapan
Untuk melancarkan program tersebut, beberapa individu yang terlatih akan dilantik sebagai ___.
setiausaha
urus setia
ibu bapa
kakitangan
Pemandangan di kawasan bendang itu ___ pada waktu pagi.
indah nian
nian indah
sungguh indah nian
sungguh indah sekali
Al Amin Syaqir tergamam bila dimaklumkan yang cerpennya dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan menulis cerpen antara kelas.
bila dimaklum bahawa
apabila dimaklumkan yang
apabila dimaklumkan bahawa
bila dimaklumkan yang
Pemakanan seimbang dapat menjamin hidup yang sihat kerana tubuh memperolehi semua zat-zat yang diperlukan.
memperoleh semua zat
memperolehi semua zat
memperoleh semua zat-zat
memperolehi semua zat-zat
Berbagai-bagai inisiatif telah kerajaan sediakan untuk menggalakkan orang ramai menceburi bidang keusahawanan.
Berbagai-bagai inisiatif telah disediakan oleh kerajaan
Berbagai inisiatif telah disediakan oleh kerajaan
Berbagai inisiatif kerajaan telah sediakan
Berbagai-bagai inisiatif telah kerajaan sediakan
Keperibadian pemuda itu ditambah dengan sikap pemurahnya menyebabkan dia teramat dihormati sekali dalam kalangan penduduk setempat.
amat hormat sekali
teramat sekali dihormati
amat dihormati sekali
teramat dihormati sekali
Seseorang penterjemah perlulah memohon kebenaran daripada pengarang asalnya sebelum mengalih bahasa sesebuah buku.
sebelum mengalih haluan
sebelum mengalih tulisan
sebelum mengalih bentuk
sebelum mengalih bahasa
Puteri Mayang Sari masih belum sembuh daripada ___ walaupun ramai tabib telah datang mengubatinya.
santap
gering
beradu
bersiram
Dalam majlis itu, Raja Permaisuri Agong telah ___ untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenag.
berkenan
berangkat
beradu
bersiram
Puteri Balqis sedang ___ di dalam kamarnya sambil ditemani oleh beberapa orang inang yang cantik rupawan.
bersantap
bersiram
beradu
bertitah
"Beta mahu kawasan perairan negeri dikawal rapi daripada diceroboh lanun." ____ Sultan Mansur Syah Kepada Laksmana Hang Tuah.
kata
ucap
titah
jawab
Sultan Selangor telah ___ untuk merasmikan Sukan Selangor di Stadium Jugra.
bertitah
menghadap
bersiram
mencemar duli
Apakah maksud peribahasa bagai ayam disambar helang?
Orang yang mempunyai semangat kuat
Orang yang berkuasa
Mati tanpa sakit
Orang yang gelojoh
Peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" bermaksud ___
terlalu banyak pada sesuatu masa.
berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti.
kalau sudah berbuat sesuatu, biarlah memperoleh hasil.
banyak bercakap tanda tiada berilmu.
Bagai tikus jatuh ke beras bermaksud ___
seseorang yang berada dalam keadaan bahaya.
seseorang yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa.
orang yang mendapat keuntungan dan kedudukan yang mewah.
seseorang yang mengalami kerisauan.
Seperti halilintar membelah bumi membawa maksud ___
bunyi yang sangat kuat
hari penghabisan
seseorang yang terlalu marah
suasana cerah tiba-tiba
Berikan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut :
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
Ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Burung terbang dipipiskan lada
Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan
Rusa masih di hutan, kancah sudah dijerang
Patrick tidak suka memberi tunjuk ajar kepada kawan-kawannya walaupun dia sebenarnya sangat mahir dalam subjek tersebut.Hal ini diibaratkan ___
seperti harimau menyimpan gigi
seperti harimau kehilangan ekor
seperti harimau menyimpan kuku
seperti harimau dapat cincin
Cikgu Razak memuji Emran atas kejayaan projek sains itu, sedangkan Farid yang bertungkus lumus menyiapkan projek tersebut. Peribahasa yang sesuai dengan keadaan tersebut ialah ___.
untung sabut timbul, untung batu tenggelam
biar putih tulang, jangan putih mata
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
lembu punya susu, sapi dapat nama
Farah Aneesa mengamalkan prinsip membeli pakaian yang mahal harganya kerana percaya bahawa pakaian itu pasti berkualiti tinggi dan dapat dipakai lama. Sikap yang diamalkan oleh Farah Aneesa diibaratkan ___.
jauhari juga yang mengenal manikam
alah membeli menang memakai
alang-alang mandi biar basah
alah bisa tegal biasa
Keadaan di negara itu menjadi huru-hara sejak kedua-dua pemimpin itu bermusuhan. Masyarakat sengsara kerana menghadapi pelbagai masalah. Keadaan ini diibaratkan ___.
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
biar berputih tulang, jangan berputih mata
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
Pasangan warga tua itu hidup dalam keadaan susah dan daif di pondok buruk itu sejak beberapa tahun yang dahulu. Keadaan ini sama seperti pepatah ___.
tanam padi tumbuh lalang, ayam ditambat disambar helang
patah dahan tempat bergantung, patah lantai tempat berpijak
malam berselimutkan embun, siang bertudungkan awan
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
