wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Istana

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Sultan Muazzam Shah _______________ agar kawalan keselamatan di perairan negara diperketatkan.

a)

berkata

b)

bertitah

c)

bersabda

d)

berfirman

2.

Permaisuri Cempaka Biru menjadi _______________ apabila mengetahui putera baginda gering.

a)

gundah gulana

b)

riang gembira

c)

suka duka

d)

tertawan rasa

3.

______________ istana sibuk menyiapkan persalinan permaisuri Zubaidah di kamar.

a)

Permaisuri

b)

Pawang

c)

Hulubalang

d)

Dayang

4.

Dalam istiadat itu, Raja Muda telah _______________ sepersalinan pakaian kebesaran kepada Datuk Laksamana Hang Nadim.

a)

menobatkan

b)

mengistiharkan

c)

menganugerahkan

d)

mencanangkan

5.

Putera Indera Budiman tidak dibenarkan keluar dari kawasan istana kerana baginda __________.


a)

garang

b)

guring

c)

garing

d)

gering

6.

Para pembesar kerajaan dan rakyat jelata berhimpun di ________________ untur mendengar titah sultan.

a)

singgahsana

b)

peterana

c)

balairong

d)

tahta

7.

Sepanjang malam Tengku Zarina tidak dapat ___________ memikirkan kesihatan baginda sultan yang semakin tenat.

a)

berjaga

b)

bersiram

c)

beradu

d)

bersantap

8.
Sultan Selangor telah _____________ untuk merasmikan Sukan Selangor di Stadium Jugra.
a)
bertitah
b)
menghadap
c)
bersiram
d)
mencemar duli
9.
Para pengiring melindungi Puteri Cahaya Bulan dengan _______________ setelah baginda keluar dari kenderaan.
a)
kaus
b)
hulu
c)
iram-iram
d)
singgahsana
10.

Setelah sultan itu mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu pun diserahkan kepada putera _______.

a)

baginda

b)

tuanku

c)

beta

d)

nya

11.

"Jikalau begitulah titah _______, eloklah kita pergi siasat segera," kata Hulubalang kepada Panglima Ali.

a)

tuan hamba

b)

baginda

c)

patik

d)

beta

12.

Tukar kepada Bahasa Istana untuk


"berjalan"

a)

mencemar duli

b)

kaus

c)

gering

d)

mangkat

13.

Tukar kepada Bahasa Istana untuk


"sakit"

a)

mangkat

b)

kaus

c)

gering

d)

mencemar duli

14.

Tukar kepada Bahasa Istana untuk


"bersuara"

a)

bertitah

b)

kaus

c)

jemala

d)

inang

15.

Tukar kepada Bahasa Istana untuk


"kerusi"

a)

inang

b)

kaus

c)

jemala

d)

singgahsana

16.

Tukar kepada Bahasa Istana untuk


"mandi"

a)

gering

b)

beradu

c)

bersiram

d)

santap

17.

Tukar kepada Bahasa Istana untuk


"nenek"

a)

masyghul

b)

iram-iram

c)

jemala

d)

nenda

18.

"Mengapakah ........... bersedih?" tanya Hang Tuah kepada Hang Jebat.

a)

tuan hamba

b)

beta

c)

hamba

d)

patik

19.

"......... akan menurut perintah tuanku," kata Hang Tuah kepada sultan.

a)

Patik

b)

Baginda

c)

Hamba

d)

Beta

20.

"Izinkan .................. menumpang di rumah tuan hamba," kata lelaki tua itu kepada Panglima Hitam.

a)

patik

b)

beta

c)

hamba

d)

tuanku

21.

Sultan Johor akan menghadiri majlis itu. .......... akan diiringi oleh Menteri Besar Johor.

a)

Beta

b)

Baginda

c)

Tuanku

d)

Patik

22.

".............. berjanji akan membangunkan kawasan ini." titah SUltan Sulaiman.

a)

Baginda

b)

Hamba

c)

Beta

d)

Tuanku

23.

"Bilakah ............... akan berjumpa dengan duta daipada negara itu?" tanya bendahara kepada Sultan Iskandar.

a)

beta

b)

tuan hamba

c)

tuanku

d)

hamba

24.

Baginda Sultan Perak telah .............. ke istana negara bagi menghadiri Mesyuarat Raja-raja Melayu.

a)

beradu

b)

bertitah

c)

berkenan

d)

berangkat

25.

Baginda telah ........... untuk merasmikan kempen masyarakat penyayang yang akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Bara esok.

a)

berkenan

b)

bersiram

c)

bersemayam

d)

bertitah

26.

Baginda akan ........ di Istana Kayangan mulai tahun 2020.

a)

beradu

b)

bersantap

c)

bersemayam

d)

berangkat

27.

Raja akan .......... sekiranya rakyat baginda mengingkari perintahnya.

a)

gering

b)

murka

c)

masyghul

d)

mangkat

28.

Yang Dipertuan Agong telah ........ untuk merasmikan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan.

a)

menjunjung kasih

b)

merafak sembah

c)

mencemar duli

d)

memohon perkenan

29.

" Tarian yang ....... persembahkan di hadapan ....... merupakan tarian istana Melayu zaman silam," kata Aimy kepada pemberita.

a)

aku.....tuanku

b)

patik.....tuanku

c)

saya......baginda

d)

hamba.....baginda

30.

"Sultan amatlah risau akan ancaman lanun di Persiaran Selat Melaka. ............ menitahkan ........ menangkap lanun-lanun itu segera," kata Bendahara Tun Perak kepada Laksamana Hang Tuah.

a)

Hamba.......tuan hamba

b)

Baginda.....tuan hamba

c)

Beta......tuanku

d)

Patik......tuanku

31.

Sultan Kelantan .............. gelaran Datuk Kelana sebutir pingat atas jasa-jasanya.

a)

menganugerahkan

b)

menganugerahi

c)

menghadiahkan

d)

menghadiahi

32.

"................. setinggi tahniah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sempena diperkenan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16".

a)

Merafak sembah

b)

Menjunjung kasih

c)

Menjunjung duli

d)

Menjunjung titah

33.

Sultan Alauddin yang mangkat itu akan ........... dengan penuh adat istiadat diraja.

a)

dimakamkan

b)

disemadikan

c)

dikebumikan

d)

dikuburkan

34.

"Beta ingin ............. sekarang kerana hari sudah larut malam," titah Sultan kepada pegawai istana baginda.

a)

bersantap

b)

bersiram

c)

beradu

d)

bersemayam

35.

"Permaisuri sedang bersantap bersama keluarga ..........," kata dayang kepada Laksamana.

a)

beta

b)

patik

c)

tuanku

d)

baginda