Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

5A & 5B CHALLENGE SET 1

Total questions: 40

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.
Apakah jenis batuan yang banyak digunakan dalam pembinaan kemudahan infrastruktur di atas?
a)
Syal
b)
Granit
c)
Kuarzit
d)
Konglomerat
2.
Bentuk muka bumi akibat proses pencapahan plat tektonik  ialah
I   Arka pulau
II  Lurah gelinciran
III   Permatang tengah lautan
IV   Gunung lipat
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
III dan IV
d)
I dan IV
3.
Foto 2 menunjukkan  kejadian gerakan jisim .
Apakah jenis gerakan jisim tersebut?
a)
Aliran lumpur 
b)
Kesotan tanih
c)
Gelangsaran tanah 
d)
Gelongsoran tanah
4.
Berikut adalah ciri-ciri sebuah terumbu karang.

- Terdapat di pinggir benua
- Cerun yang curam ke arah laut
 
a)
Atol
b)
Lagun
c)
Terumbu sawar
d)
Terumbu pinggir
5.
Apakah kepentingan lautan kepada ekonomi Malaysia?
I   Bekalan air minuman
II  Sumber protein 
III  Sektor pelancongan

IV   Sumber tenaga ombak
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
III dan IV
d)
I dan IV
6.
Maklumat di bawah berkaitan kedudukan di garisan longitud.
Seorang pelancong bertolak dari P (20°B) pada pukul 9.00 pagi dan tiba di Q selepas 3 jam. Beliau mendapati waktu tempatan di Q ialah pukul 6.00 pagi.
       

Di longitud manakah letaknya tempat Q?
a)
21°T
b)
70°T
c)
110°B
d)
65°B
7.
Maklumat di bawah adalah min suhu tahunan di Tanah Tinggi Cameron, Pahang. 
 Tahun 1980 2015 Min Suhu Tahunan 18°C 22°C 
 Mengapakah perubahan suhu berlaku di kawasan tersebut ?
a)
Pembinaan jalan raya
b)
Pertambahan jumlah pelancong
c)
Penerokaan hutan secara berleluasa
d)
Penggunaan baja kimia secara meluas
8.
Apakah faktor yang menyebabkan keadaan berikut berlaku ?
●  Penebangan hutan,  Asap Kilang dan kenderaan
●  Karbon dioksida meningkat di udara
●  Suhu  atmosfera meningkat
         
 
                 
a)
Hujan asid
b)
Pulau haba
c)
Banjir kilat
d)
Kesan rumah hijau
9.
Antara berikut yang manakah boleh mengurangkan kejadian Pulau Haba terutamanya di bandar-bandar besar ?
I  
Penggunaan kenderaan awam
II  Penggunaan petrol tanpa plumbum
III   Menambahkan tempat letak kereta IV   Menambah kawasan hijau
a)
I, II dan III
b)
I, II dan IV
c)
I, III dan IV
d)
II, III dan IV
10.
Mengapakah hutan di kawasan Monsun Tropika menggugurkan daun pada bulan Mac hingga Mei ?
a)
Tekanan udara tinggi
b)
Proses fotosintesis aktif
c)
Kadar kelembapan tinggi
d)
Mengurangkan kehilangan air
11.
Kawasan berlorek dalam Peta  menunjukkan kawasan Hutan Konifer Dunia. 
  
  Apakah ciri-ciri utama tumbuh-tumbuhan di kawasan ini?
I   Berakar banir untuk menyokong pokok tinggi
II  Pelbagai  spesis membentuk hutan berlapis-lapis
III   Daun berlilin untuk mengurangkan kehilangan air
IV   Berbentuk kon untuk mengelakkan timbunan salji
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
III dan IV
d)
I  dan  IV
12.
 Apakah kumpulan yang membebaskan semula nutrien ?
a)
Pengguna primer
b)
Pengguna sekunder
c)
Pengurai
d)
Pengeluar
13.
Apakah kesan akibat kawasan tadahan air di kawasan hutan dibersihkan ?  
a)
Hujan berkurangan
b)
Banjir kilat berlaku
c)
Air hujan kurang meresap masuk ke dalam tanih
d)
Lapisan tanah menjadi tebal
14.
Foto menunjukkan sejenis hidupan liar. 
Mengapakah Hutan Hujan Tropika menjadi habitat kepada hidupan liar dalam Foto 3 ?
a)
Terdapat kepelbagaian biologi
b)
Kelembapan bandingan rendah
c)
Terlindung daripada pancaran matahari 
d)
Terhindar daripada kegiatan pemburuan  
15.
Apakah kesan penerokaan kawasan dalam foto 4 terhadap alam sekitar setempat?  
a)
Suhu meningkat
b)
Aras mata air meningkat
c)
Kesuburan tanih bertambah
d)
Biodiversiti bertambah
16.
Antara berikut manakah usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk  memulihara hutan ?
a)
Penebangan terpilih
b)
Mewartakan taman negara
c)
Mewujudkan ladang hutan
d)
Menghadkan lesen pembalakan
17.
Mengapakah langkah mewartakan Taman Negara perlu dilaksanakan ?
I   Memelihara kawasan tadahan
II  Mengekalkan bekalan oksigen

III   Menghadkan pemberian lesen pembalakan

IV   Meningkatkan pengeluaran kayu balak
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
III dan IV
d)
I dan IV
18.
Apakah agensi kerajaan  yang terlibat dengan kajian dan penyelidikan pelbagai aspek perhutanan di Malaysia?
a)
MARDI
b)
RRIM
c)
FAMA
d)
FRIM
19.
Kawasan berlorek dalam Peta  menunjukkan kawasan berpenduduk padat di  Malaysia ?         Apakah sektor ekonomi yang mempengaruhi kepadatan penduduk di kawasan berlorek dalam peta di atas ?   
a)
Pertanian
b)
Pembuatan
c)
Pembalakan
d)
Perlombongan
20.
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kepadatan penduduk di Lembangan St. Lawrence?
I   Dataran pantai yang luas
II  Terdapatnya kegiatan perlombongan

III   Menyediakan jalan air semulajadi yang murah

IV   Terdapatnya tanih chernozem untuk penanaman gandum
 
a)
I   dan  II
b)
II   dan   III
c)
III dan   IV
d)
I  dan  IV
21.
Pernyataan di bawah adalah kesan daripada migrasi. Kawasan yang manakah dapat dikaitkan dengan penyataan ini ?
  ● Penduduk bandar melebihi penduduk luar bandar
● Migrasi masuk melebihi migrasi keluar
a)
Gerik
b)
 Gua Musang 
c)
Jerantut 
d)
Lembah Klang
22.
Apakah ciri penduduk bagi negara yang mempunyai piramid penduduk seperti dalam rajah 1  di bawah ?
a)
Jangka hayat tinggi
b)
Kadar kelahiran tinggi
c)
Kadar kematian rendah
d)
Peratus golongan tua tinggi
23.
Maklumat menunjukkan bandar-bandar utama di Malaysia. 
· 
Sintok

·  Bangi
       
Apakah sumbangan bandar tersebut kepada kawasan sekitarnya?
a)
Migrasi luar bandar ke bandar
b)
Kemudahan pengangkutan
c)
Sumbangan bahan mentah pertanian
d)
Perkembangan pendidikan  
24.
Berikut petempatan di kawasan luar bandar di Malaysia.    
● FELDA, Jengka, Pahang
● FELDA, Sahabat, Sabah 
Apakah fungsi petempatan tersebut dari aspek ekonomi ? 
a)
Bekalan tenaga buruh
b)
Perkembangan pendidikan
c)
Membekalkan hasil pertanian
d)
Menyediakan kemudahan infrastruktur  
25.
Berikut merupakan aliran perubahan petempatan kepada bandar
Desa - Pekan- Bandar      
  Apakah faktor utama yang menyebabkan perubahan ini ?
I  Peranan pihak swasta  
II  Pertambahan kemudahan asas
 
III  Perubahan sosio-ekonomi  
IV  Pertambahan jumlah penduduk
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
III dan IV
d)
I  dan  IV  
26.
Apakah faktor utama yang mempengaruhi perkembangan petempatan berikut ?
·  Putrajaya
·  Cyberjaya
     
 
a)
Sosial
b)
Fizikal
c)
Ekonomi
d)
Governan 
27.
Apakah kesan sosial akibat proses pembandaran di Kuala Lumpur ?
a)
Kejadian banjir kilat 
b)
Perubahan landskap
c)
Kawasan setinggan
d)
Perluasan kawasan bandar
28.
Bagaimanakah sistem telekomunikasi moden dapat meningkatkan pembangunan ekonomi negara?
a)
Memajukan sistem pendidikan
b)
Meningkatkan taraf kesihatan penduduk
c)
Meningkatkan tahap keselamatan negara
d)
Meluaskan aktiviti perdagangan antarabangsa
29.
Apakah faktor yang mempengaruhi pembinaan terowong di Lebuh Raya Utara – Selatan ?
a)
Kawasan pergunungan
b)
Diliputi hutan tebal
c)
Tarikan pelancong
d)
Pencemaran udara
30.
Kepelbagaian biologi ialah konsep yang merujuk kepada    
I  Lapisan kanopi hutan
 
II  Jenis hidupan liar
 
III  Jenis tumbuhan semulajadi
 
IV  Jenis hutan semula jadi
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
III dan IV
d)
I dan IV
31.
Apakah kelebihan menggunakan tenaga biojisim ? 
 I  Bekalan berterusan
 
II  Teknologi mudah
 
III  Ekosistem dilindungi
 
 IV  Kos tinggi
a)
I  dan  II
b)
 II  dan  III
c)
 III dan  IV
d)
I  dan  IV
32.
Penerokaan sumber pantai dan marin terhadap alam sekitar mengakibatkan
a)
Aras laut berubah
b)
Pasang surut terganggu
c)
Suhu air laut meningkat
d)
Terumbu karang musnah
33.
Datuk Alif Syukri ingin mengembangkan perniagaan beliau dalam bidang industri berat iaitu besi dan keluli. Beliau masih mencari kawasan yang sesuai untuk mendirikan kilang tersebut
Apakah faktor yang sesuai dalam membuat penilaian ini ?
a)
Di pusat bandar
b)
Kawasan perumahan
c)
Berdekatan dengan pelabuhan
d)
Berdekatan dengan lapangan terbang
34.
menunjukkan lokasi pelancongan utama di Malaysia.    
Apakah jenis pelancongan yang dapat dikaitkan dengan X dan Y di atas?
a)
Ekopelancongan
b)
Agro-pelancongan
c)
Pelancongan kesihatan
d)
Pelancongan budaya dan warisan
35.
Antara berikut, yang manakah kesan daripada aktiviti perlombongan petroleum di Malaysia ?
a)
Harga petrol semakin murah
b)
Industri petrokimia meningkat
c)
Import petroleum mentah dihentikan
d)
Penggunaan petrol tanpa plumbum diperluas
36.
Apakah kesan daripada penggunaan alat menangkap ikan di atas terhadap alam sekitar?
I    Kepupusan pelbagai spesis ikan kecil 
II  Memusnahkan kawasan terumbu karang
III  Menyebabkan pencemaran air laut yang serius
IV  Meningkatkan pendapatan nelayan
a)
 I dan II
b)
 I dan IV
c)
 II dan  III
d)
III dan IV
37.
Apakah kesan daripada penggunaan alat menangkap ikan di atas terhadap alam sekitar?
I    Kepupusan pelbagai spesis ikan kecil 
II  Memusnahkan kawasan terumbu karang
III  Menyebabkan pencemaran air laut yang serius
IV  Meningkatkan pendapatan nelayan
a)
 I dan II
b)
 I dan IV
c)
 II dan  III
d)
III dan IV
38.
Industri yang manakah berkembang di Malaysia hasil daripada penyertaan dalam pertubuhan ASEAN?
a)
Industri baja urea di Bintulu
b)
Industri elektronik di Bayan Lepas
c)
Industri automobil di Tanjung Malim
d)
Industri besi dan keluli di Gurun
39.
Ciri-ciri lapisan atmosfera di bawah mewakili lapisan
· 
Lapisan yang boleh memantul gelombang radio

·  Suhu mencapai had melebihi 1200 º C
·  Mempunyai jalur-jalur cahaya berwarna-warni  
     
a)
termosfera
b)
mesosfera
c)
stratosfera
d)
troposfera
40.
Maklumat berikut berkaitan dengan dua jenis batuan yang terdapat di Malaysia.  
●  Granit
 
●  Batu Kapur
     
       
Apakah kegunaan batuan di atas kepada sektor industri ?
I  Pembuatan tembikar
II  Pembuatan simen
III  Pembinaan bangunan

IV  Industri marmar
a)
I  dan  II
b)
I  dan  IV
c)
II  dan  III
d)
III  dan  IV