wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA KERJA 1

Total questions: 32

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Tukang kebun sekolah itu sedang ______________ daun pokok-pokok kecil itu dengan menggunakan sebilah gunting besar.

a)

mencantas

b)

memangkas

c)

mengerat

d)

menebas

2.

Nenek _____________ kuih koci dan lepat pisang di dalam periuk bertingkat.

a)

merebus

b)

menanak

c)

mengukus

d)

menjerang

3.

Ayah ________________ longgokan tanah itu dengan menggunakan sebatang pencakar besi.

a)

menarah

b)

menggaul

c)

menguis

d)

menurap

4.

Johan pidato itu ________________ trofi kemenangannya dengan perasaan yang gembira.

a)

menatang

b)

menjunjung

c)

menjulang

d)

memikul

5.

Nenek ____________ bekas tepak sirih itu sehingga berkilat.

a)

mengelap

b)

menggosok

c)

menggilap

d)

mengesat

6.

Penduduk kampung turut membantu pihak bomba dengan ______________ beberapa baldi air ke arah dapur rumah yang terbakar itu.

a)

menyimbahkan

b)

menyiramkan

c)

menuangkan

d)

mencurahkan

7.

Kerja-kerja _______________ tanda nama dan logo kini menggunakan mesin jahit berteknologi tinggi.

a)

menenum

b)

menyulam

c)

menekat

d)

menjahit

8.

"Kita mesti ______________ sampan ini hingga ke jeti itu sebelum malam menjelang, kalau tidak kita akan dibawa oleh arus ke hilir sungai," kata Pak Utih kepada anak buahnya.

a)

mengayuh

b)

memandu

c)

mendayung

d)

memandu

9.

Aznil dan adik-adiknya berjalan perlahan-lahan ________ pantai kerana hendak mencari kulit siput.

a)

merentasi

b)

menyusuri

c)

melewati

d)

melangkahi

10.

Orang ramai __________ supaya menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir itu.

a)

dipujuk

b)

didesak

c)

diarah

d)

diseru

11.

Datuk duduk di pelantar kayu di bawah pokok bersama-sama dengan Pak Long dan Pak Ngah untuk _____________ penat setelah bekerja.

a)

menghilangkan

b)

meninggalkan

c)

melepaskan

d)

membuangkan

12.

Di sekeliling kawasan penjara itu __________________ dengan kawat berduri.

a)

dibaluti

b)

diselubungi

c)

dilingkari

d)

diliputi

13.

Hiasan batu permata akan kelihatan lebih ________________ jika diletakkan di atas kain baldu dan disinari dengan cahaya lampu.

a)

terserlah

b)

tertonjol

c)

ternyata

d)

terlihat

14.

Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya _________ sauh yang berat itu kerana mereka akan mudik ke laut.

a)

mengangkat

b)

membongkar

c)

menggulung

d)

melabuhkan

15.

Bekalan makanan di kawasan pedalaman akan _____________ jika banjir masih berlarutan.

a)

tersekat

b)

terkandas

c)

terputus

d)

terbantut

16.

Pihak kastam berjaya ____________ kegiatan penyeludupan ubat-ubatan tiruan di kawasan sempadan negeri Kelantan.

a)

menumbangkan

b)

menundukkan

c)

menewaskan

d)

menumpaskan

17.

Semua pengawas yang baru dilantik ____________ dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

a)

dirayu

b)

diminta

c)

didesak

d)

diharap

18.

Timah-timah itu perlu __________________ sebelum dibentuk menjadi batu ladung yang baru.

a)

direbus

b)

dilebur

c)

dimasak

d)

dikerat

19.

Murid-murid sekolah itu terpaksa _____________ air sungai kerana titi yang ada telah reput.

a)

meranduk

b)

merentas

c)

melintas

d)

melangkah

20.

Nasi ____________ dari mulut apabila adik terbersin sewaktu makan tengah hari.

a)

berhamburan

b)

berserakan

c)

bertaburan

d)

bergelimpangan

21.

Pak Daud telah ______________ kambingnya pada sebatang tiang kayu.

a)

melilit

b)

membelit

c)

menyimpul

d)

menambat

22.

Biasanya setiap tahun pihak sekolah akan ________________ maklumat murid-muridnya yang berpindah atau bertukar alamat.

a)

mengemaskinikan

b)

menambahbaikkan

c)

memuatturunkan

d)

menyatupadukan

23.

Darah Selvi ______________ apabila secara tiba-tiba dia melihat seorang budak kecil melintas jalan seorang diri.

a)

mendidih

b)

menyingkap

c)

menyirap

d)

menyekat

24.

Puan Anita yang baru lepas bersalin memaksa dirinya _______________ air akar kayu yang pahit itu.

a)

meneguk

b)

menghirup

c)

menelan

d)

menghisap

25.

Cadangan mewujudkan perusahaan industri kereta tempatan pada asalnya telah ______________ oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

a)

dikisahkan

b)

diceritakan

c)

diimpikan

d)

diilhamkan

26.

Petani itu berjalan pulang ke rumahnya sambil _______________ dua buah bakul yang berisi dengan sayur-sayuran.

a)

mengandar

b)

membimbit

c)

mengelek

d)

memikul

27.

Ayah __________ ranting kayu yang terkena bumbung rumah dengan menggunakan sebilah parang yang tajam.

a)

menetak

b)

memangkas

c)

mengerat

d)

mencantas

28.

Abang _____________ pelekat cukai jalan lamanya yang terdapat pada cermin kereta hadapan untu digantikan dengan yang baru.

a)

menyiat

b)

menarik

c)

mengikis

d)

mengopek

29.

Hong Meng amat ________________ melihat penderitaan kanak-kanak mangsa penderaan yang disiarkan di kaca televisyen itu.

a)

terasa

b)

terkilan

c)

terpegun

d)

terharu

30.

Murid perempuan itu sedang ________________ roset pada tetamu jemputan khas itu di hadapan pintu dewan.

a)

menyemat

b)

mengikat

c)

menggantung

d)

mencangkuk

31.

Kakak ___________ ikan yang hendak dibakarnya dengan garam halus dan rempah.

a)

mengadun

b)

menabur

c)

mencalit

d)

melumur

32.

Emak _____________ mi kuning yang hendak digoreng di dalam sebuah besen air panas.

a)

menjerang

b)

mengukus

c)

mencelur

d)

merebus