Font size
WorksheetsUJIAN PERTENGAHAN TAHUN 2021 BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
Total questions: 30
Worksheet time: 58mins
__________ patut menyokong Kempen Membanteras Aedes bagi mencegah penularan wabak denggi.
Kami
Kita
"__________ berharap rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman dan damai", titah Yang di-Pertuan Agong kelima.
Baginda
Beta
Dua __________ rumah kedai di kawasan pekan tersebut telah hangus dijilat api dalam satu kebakaran lewat malam tadi.
biji
deret
bidang
rumpun
__________ orang kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi yang melanda pada tengah malam tadi.
Ratus
Beratus
Ratus-ratus
Beratus-ratus
Pengawas menegur beberapa orang murid yang asyik __________ ketika guru besar sedang berucap.
berceramah
bersyarah
bermain
berbual
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Anis hanya pulang ke rumah setelah menghabiskan kerjanya.
II Mariam menghabiskan masa lapang dengan membaca novel.
III Cikgu Halim telah menghabiskan semua masalah yang menganggu tumpuan para pelajarnya.
IV Pelbagai langkah telah diambil untuk menghabiskan gejala vandalisme dalam kalangan remaja.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Joana tabah menahan kesakitan kakinya akibat kemalangan jalan raya.
II Pihak polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah.
III Penduduk Kampung Lembah menggunakan beberapa guni berisi pasir sebagai benteng untuk menahan ombak daripada menghakis pantai.
IV Jika generasi masa kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh menahan kemurnian budaya timur.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II, dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Pilih ayat yang mengandungi maksud yang sama atau maksud yang hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
“Jangan biarkan anak-anak bermain seorang diri di luar rumah,” kata Puan Leha kepada Puan Ana.
Puan Leha mengingatkan Puan Ana agar tidak membiarkan anak-anaknya bermain di luar rumah tanpa sesiapa menemankannya.
Puan Leha dan Puan Ana diingatkan agar tidak membiarkan anak-anak mereka bermain seorang diri di luar rumah.
Puan Ana menasihati Puan Leha supaya membiarkan anak-anaknya bermain di luar rumah bersama-sama kawan-kawannya.
Puan Leha dan Puan Ana tahu bahawa membiarkan anak-anak bermain seorang diri diluar rumah adalah berbahaya.
Pilih ayat yang mengandungi maksud yang sama atau maksud yang hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
Danial tinggal bersama-sama datuk di kampung sementara ayah dan ibunya pergi menunaikan fardu haji di Mekah.
Ayah dan ibu Danial tinggal di kampung sementara datuknya pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji.
Ayah dan ibu Danial meninggalkan Danial dan datuknya di kampung kerana ingin menunaikan haji di Mekah.
Ketika ayah dan ibu pergi menunaikan fardu haji, Danial tinggal bersama-sama datuknya di sebuah kampung di Mekah.
Ketika ibu dan bapanya berada di Mekah untuk menunaikan fardu haji, Danial tinggal di kampung bersama-sama datuknya.
Pilih ayat yang mengandungi maksud yang sama atau maksud yang hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
Kita janganlah suka menghina orang kerana setiap manusia itu tidak sempurna.
Sikap suka menghina orang lain akan menjadikan kehidupan seseorang itu kurang sempurna.
Setiap manusia dilahirkan sempurna. Oleh itu, janganlah kita suka mengeji orang lain.
Setiap manusia tidak sempurna. Oleh itu, janganlah kita suka mengeji orang lain.
Kita dinasihatkan agar tidak menghina orang yang tidak sempurna kerana perbuatan itu adalah tidak baik.
Ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Penduduk beberapa buah belok kondominium yang retak itu diarahkan supaya berpindah.
(a)
Ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Pihak polis berjaya mengesan tektik terbaharu sindiket pengedaran dadah.
(a)
Ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Program 1Murid 1Sukan diadakan adalah untuk mencongkil bakat atlet-atlet dalam bidang olahraga.
(a)
Ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Anak-anak yang nakal perlu ditangani dengan menggunakan ilmu psaikologi.
(a)
Ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Ibu memperuntukan sepuluh peratus daripada perbelanjaan dapur untuk disimpan.
(a)
Ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
“Kita tidak terangkat kotak itu kerana terlalu berat,” kata Amin setelah disuruh oleh ayahnya supaya mengangkat kotak tersebut bersama-sama Kamal.
(a)
Ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Penduduk di kampung itu saling hormat-menghormati antara satu dengan yang lain tidak kira tua mahu pun muda.
(a)
Ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Sebuah kilang memeroses getah dibuka di kampung itu pada bulan lepas.
(a)
Ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Pemberani dan kehebatan pejuang negara amat kita sanjungi.
(a)
Ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Perkenalan sistem pungutan cukai oleh pihak Inggeris ditentang hebat oleh penduduk tempatan.
(a)
Sila rujuk bahan di atas untuk soalan seterusnya.
Berapakah rangkap Syair Pohon Buluh?
2
3
4
5
Sila rujuk bahan di atas untuk soalan seterusnya.
Apakah tema bagi Syair Pohon Buluh?
Perpaduan mewujudkan perbalahan
Sikap tamak akan harta
Hidup dalam keadaan sengsara
Perpaduan dan keutuhan hidup bersatu
Sila rujuk bahan di atas untuk soalan seterusnya.
Apakah rima akhir bagi Syair Pohon Buluh?
a,b,c,d
d,c,b,a
a,a,a,a
a,b,a,b
Sila rujuk bahan di atas untuk soalan seterusnya.
Berikut merupakan bentuk Syair Pohon Buluh kecuali
setiap rangkap mempunyai lima baris
Terdiri daripada empat rangkap
Rima akhir aaaa
Mempunyai empat hingga enam perkataan dalam sebaris.
Sila rujuk bahan di atas untuk soalan seterusnya.
Apakah nilai yang tidak terdapat dalam Syair Pohon Buluh?
Keadilan
Kasih sayang
Perpaduan
Persaudaraan
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).
Guru yang sedang berkursus di Kuala Lumpur ialah Cikgu Zakaria.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).
Surat berdaftar ini daripada syarikat telekomunikasi.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).
Anak-anak kucing itu comel belaka.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).
Kapal terbang kargo itu terhempas di Laut China Selatan.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).
Murid-murid itu menyanyikan lagu 'Negaraku' semasa perhimpunan sekolah.
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FS
