wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Genetik

Total questions: 28

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Rajah 1 di atas menunjukkan pertukaran bahan genetik pada kromosom. Proses ini berlaku di

a)

Hati

b)

Ginjal

c)

Kulit

d)

Ovari

2.

Rajah menunjukkan persenyawaan antara satu ovum yang normal dengan satu sperma yang mempunyai 22 kromosom. Antara berikut, yang manakah mungkin dialami oleh bayi yang berkembang daripada zigot itu?

a)

Matanya berwarna merah muda

b)

Kerencatan ciri-ciri seka sekunder

c)

Darahnya lambat membeku

d)

Hemoglobinnya tidak cekap membawa oksigen

3.

Seekor seladang dikacuk dengan seekor lembu. Diketahui bahawa bilangan kromosom dalam sel soma bagi seladang dan lembu masing-masing ialah 56 dan 60. Berapakah hasil bilangan kromosom pada sel gamet anak hasil daripada kacukan tersebut?

a)

29

b)

30

c)

58

d)

116

4.

W, X, Y dan Z di atas menunjukkan peringkat-peringkat mitosis. Antara berikut, yang manakah menunjukkan turutan yang betul?

a)

X, Y, Z, Y

b)

Y, Z, X, W

c)

W, Z, Y, X

d)

Z, Y, W, X

5.

Rajah di atas menunjukkan peringkat-peringkat pembentukan bayi. Antara berikut, yang manakah mewakili proses X dan Y?

a)

X - mitosis

Y - meiosis

b)

X - meiosis

Y - mitosis

c)

X - persenyawaan

Y - mitosis

d)

X - pindah silang

Y - persenyawaan

6.

Antara penyakit baka berikut, yang manakah disebabkan oleh mutasi gen?

a)

Sindrom Turner

b)

Sindrom Klinefelter

c)

Mongolisme

d)

Hemofilia

7.

Kandungan kromosom bagi seorang perempuan mongoloid ialah

a)

44 + XX

b)

44 + XY

c)

45 + XX

d)

45 + XY

8.

100 ekor bari-bari betina bersayap panjang dikacukkan dengan 100 ekor bari-bari jantan bersayap saki. Anak generasi pertama didapati semua bersayap panjang. Apabila anak bari-bari ini dikacukkan antara satu sama lain, 100 ekor bari-bari dihasilkan dalam generasi kedua. Generasi kedua ini terdiri daripada

a)

100% ekor bersayap panjang

b)

100% ekor bersayap saki

c)

75% ekor bersayap panjang

d)

75% ekor bersayap saki

9.

Anak lelaki mewarisi kromosom Y daripada

a)

Bapanya

b)

Datuknya

c)

Ibunya

d)

Ibu dan bapa

10.

Rajah menunjukkan graf taburan normal bagi satu sifat manusia. Sifat yang paling mungkin digambarkan oleh graf tersebut ialah

a)

Berat badan

b)

Warna iris

c)

Jenis cap jari

d)

Kumpulan darah

11.

Rajah di atas menunjukkan pergerakan kromosom ke kutub-kutub yang bertentangan dalam sel.


Langkah di atas berlaku semasa proses

a)

Mitosis

b)

Meiosis

c)

Persenyawaan

d)

Pindah silang

12.

Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang mutasi

a)

Hanya berlaku pada kromosom sahaja

b)

Jarang berlaku

c)

Boleh disebabkan oleh pendedahan kepada sinar radioaktif

d)

Boleh mengakibatkan penyakit kanser

13.

Penyakit hemofilia dan buta warna adalah disebabkan oleh

a)

Gen resesif dalam kromosom X

b)

Gen resesif dalam kromosom Y

c)

Gen dominan dalam kromosom X

d)

Gen dominan dalam kromosom Y

14.

Kumpulan darah manusia merupakan sejenis variasi yang

a)

Diperturunkan daripada bapa kepada anak

b)

Diperturunkan daripada ibu kepada anak

c)

Boleh dipengaruhi oleh persekitaran

d)

Dikawal oleh pewarisan genetik sahaja

15.

Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang mitosis?

a)

Sel anak mempunyai bilangan kromosom yang sama dengan sel induk

b)

Ia berlaku di dalam haiwan sahaja

c)

Ia berlaku semasa pertumbuhan zigot

d)

Satu sel induk menghasilkan dua sel anak

16.

Antara penyakit berikut, yang manakah bukan diakibatkan oleh mutasi gen?

a)

Sindrom Down

b)

Albino

c)

Anemia sel sabit

d)

Kanser

17.

Sepasang suami isteri yang tidak buta warna melahirkan seorang anak lelaki yang buta warna.


Ini bermakna

a)

Isteri mempunyai satu gen resesif bagi buta warna dalam sel somanya

b)

Isteri mempunyai dua gen resesif bagi buta warna dalam sel somanya

c)

Suami mempunyai satu gen resesif bagi buta warna dalam sel somanya

d)

Suami mempunyai dua gen resesif bagi buta warna dalam sel somanya

18.

Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar tentang mitosis?

a)

Mitosis mempunyai dua sel anak

b)

Mitosis menghasilkan sel untuk pertumbuhan

c)

Sel anak menyerupai sel induk

d)

Nukleus membahagi dua kali

19.

Antara sifat berikut, yang manakah dipengaruhi oleh faktor persekitaran?

a)

Warna kulit

b)

Kumpulan darah

c)

Jenis cap ibu jari

d)

Kebolehan menggulung lidah

20.

Antara berikut, yang manakah merupakan sifat-sifat resesif yang wujud pada manusia?

a)

Polidaktil

b)

Rambut lurus

c)

Boleh menggulung lidah

21.

Satu pokok kacang pea putih tulen dikacuk dengan satu pokok kacang pea merah hibrid.


Diketahui bahawa gen merah adalah gen dominan. Didapati pokok kacang pea yang dihasilkan

a)

50% adalah baka tulen resesif

b)

25% berbunga merah

c)

Semua pokok dengan bunga merah adalah hibrid

22.

Pokok kacang jenis tinggi dikacukkan dengan pokok kacang jenis rendah. Anak-anak generasi pertama kesemuanya bersifat tinggi. Ini bermakna

a)

Gen untuk sifat tinggi adalah dominan

b)

Pokok kacang jenis tinggi mempunyai dua gen dominan dalam sel somanya

c)

Pokok kacang jenis rendah mempunyai satu gen dominan dalam sel somanya

23.

Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan meiosis dalam suatu spesis?

a)

Menghasilkan variasi genetik

b)

Meneruskan zuriat

c)

Menggantikan sel-sel yang mati

24.

Antara berikut, yang manakah hasil penyelidikan genetik dalam pertanian di Malaysia?

a)

Pokok getah Pohon Tunggal Teras

b)

Selembu

c)

Kelapa sawit Tenera

25.

Antara berikut, yang manakah variasi selanjar yang terdapat pada manusia?

a)

Lebar bahu

b)

Warna kulit

c)

Kumpulan darah

26.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan kandungan kromosom ovum manusia?

a)

22 + X

b)

22 + Y

c)

22 + XY

27.

Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan pengklonan?

a)

Merupakan hasil kacukan daripada dua induk

b)

Pokok yang mempunyai ciri-ciri yang baik dapat dipilih seperti klon

c)

Melibatkan pembiakan vegetatif

28.

Antara berikut, yang manakah akan menentukan jantina seseorang?

a)

Kromosom seks ovum

b)

Kromosom seks sperma

c)

Bilangan kromosom seks yang diterima