WorksheetsSAINS - UPSR PART 2
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Ikan Tilapia melindungi anaknya dengan membawa anaknya di dalam mulut. Antara haiwan berikut, yang manakah mempunyai cara yang sama dengan Ikan Tilapia?
Kucing
Gajah
Burung
Buaya
Pak Syarif memakai sarung tangan semasa memotong pokok tebu. Mengapakah Pak Syarif memakai sarung tangan?
Takut terkena pisau
Takut tangan licin dan pisau terjatuh
Takut tebu licin dan susah dipegang
Takut tersentuh bulu halus pada tebu yang gatal
Seorang pengembara tersesat di gurun. Dia mencari air untuk terus hidup. Antara tumbuhan berikut, yang manakah boleh membantu pengembara itu?
Kaktus
Rumput
Pokok Kurma
Pokok Ru
Rosa diberi seutas tali dan sebatang pembaris. Apakah yang boleh dia ukur?
Luas sebuah buku
Isipadu sebuah kotak
Ketinggian sebuah almari
Lilitan sebiji bola
Apakah yang dimaksudkan dengan isipadu?
Jarak di antara dua titik
Saiz suatu permukaan
Tempoh masa antara dua ketika
Jumlah ruang yang boleh diisi
Ibu Syaqirah pergi ke pasar untuk membeli buah-buahan. Alat manakah yang sesuai digunakan untuk menyukat berat buah-buahan itu?
Pita pengukur
Batang mancis
Penimbang
Jam Randik
Auni mendapati basikalnya tergelincir apabila corak tayar telah haus. Apakah tujuan corak pada tayar basikal?
Untuk menjimatkan bahan getah yang digunakan
Untuk menambahkan kestabilan semasa Auni berbasikal
Untuk mengurangkan geseran supaya Auni boleh berbasikal dengan mudah
Untuk menambahkan geseran supaya Auni tidak tergelincir dengan mudah semasa berbasikal
Pak Rafil, seorang penjual ikan, hendak menyimpan ikan supaya tetap segar untuk tempoh yang lebih lama. Dia meletakkan ikan bersama-sama dengan ais ke dalam sebuah kotak. Apakah jenis kotak yang patut dia gunakan?
Kotak Logam
Kotak Kayu
Kotak Plastik
Kotak Polistrena
Afdal mengumpul beberapa barang yang tidak dikehendaki lagi di rumahnya seperti surat khabar lama, majalah, buku, kotak kadbod dan beg kertas. Apakah cara yang paling baik untuk melupuskan bahan-bahan buangan ini?
Menanam
Membakar
Mengitar semula
Membuang ke sungai
Antara aktiviti berikut, yang manakah paling sesuai dilakukan dengan menggunakan kanta pembesar?
Melihat kutu pada bulu kucing
Melihat bakteria pada susu yang rosak
Melihat burung yang hinggap di atas pokok
Melihat buruj di langit pada waktu malam
Zureen terkena duri semasa hendak memetik bunga ros. Apakah fungsi duri?
Untuk melindungi tumbuhan itu daripada musuh
Untuk membantu tumbuhan itu kekal hidup
Untuk membantu tumbesaran tumbuhan itu
Untuk mengelakkan tumbuhan itu daripada ditumbangkan oleh angin yang kuat
Antara urutan berikut, yang manakah urutan yang betul semasa menarik nafas?
Hidung -> Trakea -> Peparu
Mulut -> Trakea -> Peparu
Trakea -> Peparu -> Mulut
Peparu -> Trakea -> Hidung
Michelle menyimpan yogurt di dalam peti sejuk supaya tidak rosak. Apakah kesimpulan yang paling tepat untuk menerangkan tindakan Michelle ini?
Yogurt akan mengental
Yogurt tidak akan menjadi rosak
Bakteria dalam yogurt hidup pada suhu rendah
Yogurt lebih sedap diminum dalam keadaan sejuk
Rajah menunjukkan Elga sedang menarik beg troli di atas lantai licin. Apakah yang akan berlaku jika dia menarik beg itu di atas rumput?
Geseran berkurang
Geseran bertambah
Geseran tidak wujud
Geseran berubah arah
Pakcik Ryan ingin membeli sebidang tanah. Apakah ukuran yang sesuai digunakan untuk mengukur panjang saiz tanah tersebut?
Panjang tanah
Luas tanah
Isipadu tanah
Jisim tanah
Rajah menunjukkan reaksi seorang budak perempuan apabila terdengar bunyi yang kuat.
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan reaksi tersebut?
Telinganya sakit
Dia tidak suka bunyi yang kuat
Dia bergerak balas terhadap ransangan
Dia melindungi diri sendiri daripada bahaya
Rajah menunjukkan satu alat. Nyatakan perubahan tenaga yang berlaku dalam alat di atas.
Tenaga elektrik -> tenaga haba
Tenaga kimia -> tenaga kinetik
Tenaga elektirk -> tenaga kinetik + tenaga bunyi
Tenaga kimia -> tenaga kinetik + tenaga bunyi
Rajah menunjukkan seorang bayi dapat melihat wajahnya di dalam cermin. Antara berikut, yang manakah menggunakan prinsip yang sama?
Persembahan wayang kulit
Kaca berwarna pada tingkap
Alur cahaya daripada rumah api
Periskop di dalam kapal selam
Pintu pagar rumah Armin telah berkarat. Antara yang berikut, yang manakah harus dilakukan oleh Armin?
Mengecat pagar
Mencuci pagar
Mengikis karat pada pagar
Menyapu gris pada pagar
Seekor burung terbang sejauh 18 kilometer dalam masa 6 minit dari satu tempat ke tempat yang lain. Hitung kelajuan burung tersebut.
3 m/s
3 km/min
6 km/min
12 km/min
Azmirul mendapati banyak buah kelapa sawitnya dimakan oleh tikus. Antara yang berikut, haiwan manakah yang boleh membantu Azmirul menyelesaikan masalah ini?
Helang
Bangau
Harimau
Burung Hantu
Maklumat berikut menunjukkan satu rantai makanan di sebuah habitat.
Rumput -> Beluncas -> Burung -> Q
Anatara haiwan berikut, yang manakah diwakili oleh Q?
Rusa
Katak
Ular
Belalang
Rajah menunjukkan seorang atlit gimnastik.
Apakah yang patut dia lakukan bagi mengelak dirinya daripada tergelincir?
Memakai sarung tangan
Membasahkan tapak tangan
Menyapu losyen di tapak tangan
Menyapu serbuk kapur pada tangan
Akilah memberi Zayana banyak buah rambutan. Apakah cara yang paling baik untuk mengawet buah rambutan itu supaya tahan lama dan tidak membazir?
Membekukan buah rambutan
Menyalut buah rambutan dengan lilin
Menjemur buah rambutan di bawah Matahari
Membuat jem rambutan dan simpan di dalam botol kedap udara
Batrisya ingin membuka sebotol sos cili tetapi penutupnya sangat ketat. Apakah cara yang dapat membantu Batrisya membuka penutup botol itu?
Ketuk penutup botol itu
Rendamkan botol sos cli itu di dalam air sejuk
Rendamkan botol sos cili itu di dalam air panas
Rendamkan penutup botol sos cili itu di dalam air panas
Rajah menunjukkan satu fenomena semula jadi. Apakah fenoena yang ditunjukkan pada rajah tersebut?
Gerhana Matahari
Gerhana Bulan
Kejadian bulan purnama
Pantulan cahaya matahari oleh Bulan ke Bumi
Pada suatu malam, Fateha melihat satu jalur cahaya yang terang turun dari langit. Apakah objek itu?
Komet
Meteor
Asteroid
Buruj
Sharifah ingin melihat bintang di langit. Apakah alat yang sesuai digunakan untuk melihat bintang dengan jelas?
Teleskop
Binokular
Mikroskop
Kanta Pembesar
Adriana ingin menaikkan kotak-kotak berat ke dalam sebuah lori. Mesin ringkas manakah yang boleh digunakan untuk menjadikan kerjanya lebih mudah?
Tuas
Gear
Satah Condong
Roda dan Gandar
Berdasarkan rajah di atas, apakah kesimpulan yang boleh dibuat?
Udara mempunyai bentuk yang tetap
Udara tidak boleh dimampatkan
Udara mempunyai jisim
Udara mempunyai isipadu yang tetap
Faraisya mendapati bahawa rumahnya terdapat banyak nyamuk di sekitar rumahnya. Antara yang berikut, penanaman spesies tumbuhan yang manakah boleh membantu Faraisya menyelesaikan masalahnya?
Cendawan
Pokok Cermin
Pokok Keladi
Pokok Pong Pong
Semasa mencuci stokin dan kasut, Fakhrie mendapati terdapat banyak biji benih kecil yang mempunyai cangkuk dan melekat pada stokinnya. Antara berikut, tumbuhan manakah yang mempunyai biji benih ini?
Lalang
Kemuncup
Pokok Meranti
Pokok Keembung
Buran laut yang melekatkan dirinya pada cangkerang umang-umang memberikan perlindungan tambahan kepada umang-umang manakala buran laut pula mendapat pengangkutan percuma apabila umang-umang bergerak. Apakah neis interaksi yang ditunjukkan oleh umang-umang dan buran laut?
Parasitisme
Mutualisme
Persaingan
Komensalisme
Rajah menunjukkan satu aktiviti haiwan. Mengapakah haiwan ini bermigrasi?
Mencari habitat baru
Mengelakkan persaingan
Melindungi diri daripada serangan musuh
Menyesuaikan diri dengan pertukaran musim
Aryshah jatuh tergelincir semasa mandi di dalam bilik air. Apakah yang boleh dilakukan oleh Zarina bagi mengelakkan nenek atau ahli keluarganya yang lain daripada tergelincir di bilik air?
Meletakkan kain di atas lantai
Menaburkan pasir di atas lantai
Menyemburkan minyak di atas lantai
Meletakkan tikar anti-gelincir di atas lantai
Rajah menunjukkan satu situasi pada awal pagi. Apakah yang menyebabkan embun ini terbentuk?
Air tersejat daripada daun
Hujan lebat pada waktu malam
Daun menghasilkan air pada awal pagi
Wap air di udara terkondensasi di atas permukaan daun
Antara berikut, yang manakah menukarkan warna kertas litmus biru menjadi merah?
Madu
Jus oren
Ubat Gigi
Soda bikarbonat
Satu gerhana bulan diperhatikan di Bandar Z. Antara berikut, yang manakah waktu yang mungkin di Bandar Z?
8.30 pagi
12.00 tengahari
5.00 petang
9.00 malam
Kompas sekumpulan pelayar rosak. Antara berikut, buruj manakah yang TIDAK boleh membantu mereka menuju ke utara?
Buruj Pari
Buruj Biduk
Buruk Skorpio
Buruj Belantik
Apakah yang akan berlaku sekiranya Bumi berputar dari Timur ke Barat?
Tempoh satu hari menjadi 12 jam
Kejadian siang dan malam tidak berlaku
Matahari terbit dari arah barat dan terbenam di Timur
Kedudukan Matahari menjadi tetap sepanjang hari
