Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Lengkapkan peribahasa berikut. Bulat air kerana pembentung,

a)

bulat perut kerana makanan.

b)

bulat kuih kerana acuan

c)

bulat kata kerana muafakat

d)

bulat hati kerana tekad

2.

Berakit-rakit ke hulu, ...

a)

berenang-renang ke tepian

b)

berenang-renang ke hilir

c)

berperahu ke muara

d)

berakit-rakit ke tepian

3.

Orang muda kini sudah tidak mengendahkan budaya masyarakat Malaysia dan lebih suka akan budaya Barat. Mereka sepatutnya menjunjung adat dan budaya tempatan kerana .......

a)

Bagai limau masam sebelah

b)

Biar mati anak jangan mati adat

c)

Balik belakang lain bicara

d)

Biar putih tulang jangan putih mata

4.

Masyarakat pada hari ini sangat mementingkan diri sendiri. mereka hidup seperti ....

a)

enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

b)

elok lenggang di tempat datar

c)

embun di hujung rumput

d)

enggang lalu ranting patah

5.

Kemudahan pembelajaran di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia.Oleh itu , kita seharusnya berbangga kerana ... dengan negara-negara lain.

a)

dalam berselam, diangkat berjingkat

b)

dalam dua, tengah tiga

c)

di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak

d)

duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

6.

Ayah berusaha untuk menyelesaikan prselisihan faham rakan-rakannya itu dengan berhati-hati agar tidak seorang pun daripada mereka yang berkecil hati.

a)

Ibarat beban, belum lepas daripada bahu

b)

Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak

c)

Ibarat perahu takkan karam sebelah

d)

Ibarat melukut di tepi gantang

7.

Ibu .... apabila melihat pelbagai warna dan corak fabrik ketika mengunjungi sebuah gedung pakaian yang terkenal di Kuala Lumpur sehingga dia sukar untuk membuat pilihan.

a)

rambang mata

b)

jatuh hati

c)

sakit mata

d)

lemah iman

8.

Dia dianggap .... apabila tidak pulang ke kampung melawat keluarganya setelah mengahwini anak jutawan itu.

a)

seperti menangguk di air keruh

b)

seperti menunggu buah yang tak gugur

c)

seperti kacang lupakan kulit

d)

seperti rusa masuk kampung

9.

Perdana Menteri memberi amaran kepada peniaga agar tidak .... dengan menaikkan harga barang pada waktu Arahan Kawalan Pergerakan (AKP) kerana perbuatan tersebut akan menambah penderitaan rakyat.

a)

menangguk di air keruh

b)

macam ular kekenyangan

c)

makin banyak orang, makin banyak niat

d)

mahal dibeli sukar dicari

10.

Kata-kata ibu bagai .... kerana Adam tetap dengan perangai lamanya yang suka berpeleseran dengan kawan-kawannya.

a)

mabuk di enggang lalu

b)

mengangkat bendera putih

c)

malas bergarit perut perit

d)

mencurah garam ke laut

11.

Setelah tamat pengajian di luar negara, Fauzi kembali ke kampung halamannya .

a)

Bagai bulan jatuh ke riba

b)

Bagai dakwat dengan kertas

c)

Belut pulang ke lumpur

d)

Burung terbang dipipiskan lada

12.

Pada zaman kegawatan ekonomi banyak firma kecil yang ... kerana rugi dalam perniagaan.

a)

gaji buta

b)

gelap mata

c)

gigit jari

d)

gulung tikar