wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANTI NAMA DIRI

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Murali dan Kok Cheong murid tahun enam. _____________ bersekolah di SJK(C) Tuan Poon.

a)

Dia

b)

Kita

c)

Kami

d)

Mereka

2.

Encik William ialah seorang peguam. _____________ telah dilantik menjadi Yang Dipertua PIBG sekolah anaknya.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Saya

d)

Kami

3.

Ayah Kamal ingin berjumpa dengan Cikgu Ruzaini kerana _____________ ingin mengetahui perkembangan pembelajaran anaknya di sekolah.

a)

kami

b)

dia

c)

kamu

d)

beliau

4.

"Mesyuarat agung PIBG akan diadakan hujung bulan ini. Ibu bapa _____________ perlu hadir pada hari tersebut," kata Guru Besar kepada semua murid.

a)

kita

b)

saya

c)

kalian

d)

mereka

5.

"Ibu bapa _____________ akan hadir dalam program motivasi itu," kata Kak Meng kepada Raju.

a)

kita

b)

beta

c)

saya

d)

beliau

6.

" _____________ akan bertolak pada pukul 8.00 pagi," kata Meng Ho dan Kang Yoon kepada ibu mereka.

a)

Saya

b)

Kami

c)

Kamu

d)

Mereka

7.

“Peraduan ini terbuka kepada semua pendengar Radio Ceria dan ____________ diminta menulis nama serta alamat dengan jelas,” kata juruhebah itu.

a)

anda

b)

engkau

c)

patik

d)

mereka

8.

“___________ berharap agar rakyat jelata memberikan kerjasama untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomi,” titah Sultan Selangor.

a)

Dia

b)

Beta

c)

Kami

d)

Beliau

9.

"Pastikan ___________ semua mematuhi peraturan yang telah ditetapkan agar tidak akan tersesat,” kata Cikgu Umar kepada semua ahli pasukan pengakap.

a)

kita

b)

kamu

c)

anda

d)

mereka

10.

“Tun Perak, panggil Laksamana Hang Tuah mengadap ___________ sekarang juga,” titah Sultan Melaka.

a)

patik

b)

tuanku

c)

hamba

d)

beta