WorksheetsKata Kerja Transitif dan Tak Transitif
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Amir _________ kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
merintih
mengeluh
mengenang
mengerang
Badan Nabilah _________ kerana ketakutan.
menggeliat
menggelupur
menggeletar
merinding
Pengemis itu _________ oleh pekerja restoran.
dibuang
dihalau
dicampak
dihumban
Ibu _________ kelapa untuk mendapatkan santannya.
memicit
melenyek
memerah
menindih
Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba __________.
merenggut
menyambar
meragut
mencakar
Persatuan Kaligrafi SJKC Chung Hwa Tamparuli akan __________ pameran hasil kaligrafi murid.
mempersembahkan
mengadakan
menayangkan
menunjukkan
Kampung Berlian dan Kampung Permata ________ oleh sebatang sungai.
terpisah
terbahagi
terbelah
terpecah
Ular sawa itu __________ ayam di dalam reban.
mengunyah
menghisap
melulur
meneguk
Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan, kita perlulah __________nya terlebih dahulu.
melihat
menulis
merancang
melaksana
Lilian __________ buku cerita yang dipinjamnya kepada Tan.
memberikan
memulangkan
menyerahkan
menghulurkan
Peniaga itu ________ keuntungan dengan meletakkan harga yang tinggi kepada pelanggannya.
meraih
mencapai
mengaut
menghasilkan
Mulut adik ________ mendengar kisah datuk melawan penjajah.
tersengih
tersenyum
tertutup
terlopong
Fauzan _________ kedatangan Encik Halim ke rumahnya dengan ramah.
menyambut
menunggu
menjemput
mengajak
Banduan itu terpaksa _________ di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.
menginap
menetap
meringkuk
menumpang
Kaki adik _________ kerana memakai kasut yang longgar itu.
melecit
melekit
melecur
melecet
Sang Kancil yang cerdik berjaya ___________ sungai yang dalam itu dengan tipu helahnya.
melangkahi
menyeberangi
melintasi
melangkahi
Lidahnya melecur kerana _______ air yang masih panas itu.
terhirup
terteguk
tersedut
terhisap
Bekalan air di kampung kami sering __________.
terpotong
terganggu
terkandas
terputus
Chong Meng _________ sebaik sahaja bangun dari tidur.
menguap
menggeliat
mendengkur
menganga
Murid-murid kelas 4 Merah ketawa mendengar cerita yang ________ hati itu.
menggeletek
menyentuh
mengguris
mencuit
